. Cara-cara Menyediakan Larutan Bahan Kimia .
Assalamualaikum semua kawan-kawan :))
Hai hai hai! Buat apa tu? Mesti semua tengah sibuk buat kerja kans? Oke pagi ni mamanea nak kongsikan satu daripada tugas mamanea di lab ni . Lab? Oh bagi sesiapa yang belum tahu, mamanea adalah seorang Lab Assisstant di sebuah sekolah . Mamanea ditugaskan untuk bekerja di lab Kimia, Biologi dan Fizik . Walaupun tiga matapelajaran Sains Tulen, namun lab yang digunakan hanyalah dua . Dan mamanea bekerja dengan seorang lagi rakan setugas .
Semalam mamanea ada dapat order untuk eksperimen Kimia . Order ni maksudnya mamanea kena sediakan radas/bahan dan larutan kimia untuk digunakan dalam eksperimen . Ikut peraturan, cikgu-cikgu yang ingin membuat sebarang eksperimen, perlu menghantar borang pesanan barang tiga hari (hari bekerja sahaja) sebelum eksperimen dijalankan . So semalam mamanea dapat borang pesanan daripada cikgu Kimia form 5 . Eksperimennya akan dijalankan pada minggu hadapan . Disebabkan rakan sekerja mamanea cuti dua hari, mamanea kena siapkan larutan kimia ni sorang-sorang la . Oke contoh borang pesanan eksperimen adalah seperti dalam gambar di bawah . ^_^
. Contoh borang pesanan radas/bahan untuk eksperimen .
Oke jom cekidout barang-barang yang perlu digunakan untuk membuat larutan kimia . :)) . Pagi ni mamanea sediakan larutan Silver Nitrate (AgNO3) atau dikenali juga sebagai Argentum Nitrate . Untuk eksperimen kali ini, Larutan AgNO3 yang diminta adalah berkepekatan 0.5moldm-3 sebanyak 1000ml x 2 .
. Dah bersedia untuk belajar?? Oke jom cekidouts!!~ .
1. Sediakan barang-barang seperti di bawah :
(volumetric flask 1000mlx2, AgNO3, rod kaca, beaker, distilled water, spatula, electronic balance, filter funnel)
. Ini adalah Silver Nitrate 100g . Harganya untuk 100g tu RM400 . huhu sangat mahal .
2. Timbang bahan kimia yang hendak digunakan
(formula n=mv/1000)
. Kalau ikutkan larutan yang mamanea nak timbang ni, mamanea perlukan 85g AgNO3 untuk menyediakan 0.5moldm-3 untuk 1000ml .
. mamanea gunakan beaker untuk timbang .
3. Campurkan bahan kimia tadi dengan air suling dan kacau hingga larut
. mamanea kacau menggunakan rod kaca .
4. Masukkan larutan kimia yang telah larut tadi ke dalam volumetric flask 1000ml
5. Campurkan air suling/distilled water hingga mencatat bacaan 1000ml
. Di sini mamanea gunakan botol air suling tu untuk cukup kan air suling hingga bacaan 1000ml supaya kita tak terlajak masukkan air . :)) . Macam mana nak buat bacaan?? Oke dekat volumetric flask tu memang dah ada tanda aras 1000ml . So masukkan air suling hingga paras yang ditanda itu saja . Ada jugak bahan kimia seperti asid, kita tak perlu cukupkan air hingga ke tanda aras sebab nanti bahan kimia tu akan meruap sendiri dan cukupkan bacaan .
6. Oke next kita hanya perlu goncangkan volumetric flask seperti dalam gambar di bawah untuk sebatikan larutan :) .
7. Last sekali label perlu dipamerkan pada larutan bahan kimia tersebut .
. Nampak tak label putih tu? Dekat label tu perlu tulis nama larutan, formula, kepekatan dan tarikh . Contohnya macam ni --> Silver Nitrate, AgNO3, 0.5moldm-3, 14/6/2013
Oke siap!! So macam mana? Senang kan nak menyediakan larutan kimia di lab? hehe . Ini baru contoh larutan kimia yang biasa . Kalau rajin nanti mamanea ajarkan pulak cara-cara nak menyediakan larutan asid . Asid ni lain sikit . Kena banyak berhati-hati . Oke sekian terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca . ^_^y
: Saya juga budak baru belajar . Kalau salah tolong tunjukkan :) :
emm...ok tu... ;-)
ReplyDelete