. Tuition Dengan Mama Saja . :)
Salam Isnin :)
Semalam mamanea dengan Amnea tinggal berdua saja di rumah . Walid kami pergi sekolah sebab nak siapkan soalan exam untuk students (walid buat kerja dari pagi sampai ke petang . huhu . sian walid sebab laptop walid rosak . Sebabtu kena buat kerja di sekolah) . Ermm bosan jugak kalau tak buat apa-apa di rumah kan . Rutin mamanea bila weekend, bangun pagi, sediakan breakfast (kadang-kadang suruh walid beli roti canai/nasi lemak) . Kalau si budak kecik tu belum bangun, mamanea kemas-kemas rumah, iron baju kerja, basuh baju , mop lantai buang sawang sesawang bagai . Tapi semalam si budak kecik bangun awal pulak . hehe . Terpaksa layan si kecik tu dulu .
Lepas mandi dan breakfast (nasi goreng mamanea), Amnea ambil beg sekolah dia . Apa lagi mamanea kena layan dia buat homework la tu . hehe . Jom layan gambar-gambar kami study tonggeng-tonggeng dekat bawah ni . hehe :
. buat kerja dua-dua tangan baru cepat habis . hehe .
. buat kerja sampai mulut muncung-muncung .
. itu beg sekolah dan color saya! .
. color jangan tak color . :)
(perasan tak Amnea pegang color tangan kiri . Dan gambar bawah ni Amnea pegang tangan kanan pulak . Ermm boleh guna dua-dua tangan ke budak kecik ni??? konfius mama)
. kesian la kena berdiri . Nanti mama belikan Amnea kerusi kecik tau! .
. saya dah penat study . :(
. koleksi buku-buku Amnea .
. Color dah 3set mamanea beli . Kotak semua dah koyak! haha .
. Note book untuk lekat-lekat sticker . Dah lekat sampai 4buku! .
Dah sampai tengahari tu mamanea pun pergi dapur sebab nak sediakan lunch (masak sambal tumis telur je pun . Malas la nak masak . huhu). Mamanea tinggallah si Amnea study sorang-sorang . Tinggalkan dia dengan sticker dia tu suruh dia lekat dalam note book . Tengok-tengok budak kecik tu kedek-kedek bawak sticker datang dapur pastu duk lekat-lekat sticker tu dekat kabinet dapur . Ooi! kabinet orang la . Pegi lekat dekat buku! . hehehe . Hek elehh takut la tu duduk di depan sorang-sorang . Haa satu lagi mamanea tak cerita pasal budak kecik ni . Dia memang macam takut duduk sorang-sorang lagi-lagi kalau malam . Nak suruh letak botol susu dekat sinki pun takmau . Kalau siang boleh je letak sendiri . Kalau malam tu orang suruh letak botol dekat sinki dia buat tak dengor je . heheh . Dalam kereta bila siang boleh je duduk seat belakang . Tiba malam nak ke seat belakang pun takut . haha . Dalam kereta je kot Amnea oi! hahaha .
Oke back to cerita study . Lepas habis study and dah lunch dengan mamanea, sekali dengan mamanea tidur! Tidur tak sedar diri . hehe . Amnea plak tidur sampai pukul 4.30petang . Haa puass! Letih pegi tuitionn . Kuangkuangkuang!~ Oke sudah letih bercerita . Jom solat Zohor dulu! :))
Comments
Post a Comment