. Belajar Menggunting .
Salam semua ^_^
Dua hari tak berblog rasa macam tak lengkap pulak rutin harian . hehe . Maklumla cuti tiga hari . Jemputan kenduri pulak banyak . Hari ini pun ada banyak kenduri tapi rasanya sempat pergi dua kenduri saja kot . Satu kenduri kawan mamanea dan satu lagi kenduri kawan walid . Wakil satu-satu saja . hehe . Yang jauh-jauh tu kami minta maaf la sebab tak dapat nak pergi . Apa-apapun doa kami agar semua majlis berjalan dengan lancar . Dan buat mempelai --. Selamat Pengantin Baru . Semoga berbahagia hingga ke syurga dan cepat-cepat timang baby . Amin . ^_^y
Oke berbalik pada tajuk asal entry ini . Sekarang ni mamanea dalam proses nak ajar Amnea gunting-menggunting . Pembelajaran color mencolor dan lekat melekat Amnea dah pro dah . hehe . Sekarang time untuk aktiviti mencabar sikit . Set gunting ni ada lapan jenis corak . Walid belikan untuk Amnea time dapat baucer buku tu . Dah alang-alang dapat baucer buku tu beli la siap-siap set tu . Geram tengok sebab gunting-gunting tu comel . Sebelum ni sorok-sorok dulu tak mahu Amnea tengok . hehe . Sekarang baru tunjuk dekat Amnea . Bukan main seronok lagi bila mamanea tunjukkan set gunting tu . Sekarang memang asyik nak menggunting pulak . Antara gambar-gambar yang mamanea sempat capture ada di bawah ni . Jom cekidouts!~ oooyeahh .
. mula-mula nak belajar pegang gunting .
. geram sangat tak dapat nak gunting . last-last mintak tolong mamanea letakkan gunting di tangan . hehe .
. inilah antara gunting-gunting dengan corak yang berlainan .
. itu tangan budak kecik yang sibuk nak curi gunting! .
. testing gunting kertas kajang .
. lepas ni baru nak beli kertas color-color .:)
. psstpsst kertas-kertas tu mamanea potong pendek-pendek dulu . lepastu baru Amnea potong kecik-kecik .
. yang ni pulak sambung gunting-gunting lepas dah mandi wangi-wangi .
. gambar-gambar di atas tu baru bangun pagi . belum mandi . busyuk . hehe .
. kusyuk betul bila dah pandai pegang gunting .
(yang ni keesokkan harinya)
. kusyuk sangat buat kerja . benda baru la katakan . sampai mamanea duduk sebelah pun dah tak endah dah . :))
Percubaan pertama dalam aktiviti menggunting ni agak berjaya . Amnea dah pandai gerakkan jari-jari untuk membuka gunting dan menggunting . Cumanya Amnea belum pandai nak letakkan gunting sendiri dekat jari-jari . Mesti nak mintak tolong mamanea letakkan dulu untuk dia . huhu . Kalau biarkan Amnea buat sendiri, dia just bole buka gunting tu dan pegang dengan cara yang salah . But itsoke sayang mamanea, lama-lama nanti sure Amnea pandai masukkan jari-jari di gunting tu . :)) . Mamanea always sokong sayang mamanea ni . Dekat bawah ni ada video Amnea belajar gunting kertas . Lets cekidout!~
. video nampak tangan saja sebab Amnea seksi . hehe .
: Belajar gunting bagi pro dulu baru tukar aktiviti lain pulak . hehe . Chaiyokk sayang!! :
Comments
Post a Comment