. Mama Akan Selalu Ada Untuk Amnea .
Assalamualaikum :)
Sedih pilu hati seorang mama bila tengok anak terbaring lemah di atas katil di hospital . Terasa ingin menggantikan tempat si anak kecil agar kesakitan yang ditanggungnya hilang . Melihatkan tangan kecil yang di'drip' membuatkan air mata ingin saja mengalir laju . Begitulah perasaan mamanea tatkala melihatkan anak kecil mamanea, Nur Eiman Amnea yang admit ward dua hari lepas akibat cirit-birit, demam dan batuk .
. Mata Amnea nampak cengkung .
29/7/2013
3.30am
Mamanea tersedar dari tidur bila terdengar suara Amnea . Tiba-tiba mamanea terbau macam Amnea 'poopoo' . Mamanea check pampers . Memang betul Amnea 'poopoo' . Cirit .
6.30am (mamanea nak ke kerja)
Sekali lagi Amnea cirit . Di tempat kerja, mamanea terfikirkan Amnea dan terus call tok Amnea dan tanya keadaan Amnea . Tok Amnea cakap yang Amnea masih lagi cirit . Cepat-cepat mamanea keluar dan bawak Amnea pergi klinik untuk check up .
11.00am (lepas balik dari klinik)
Tiba-tiba badan Amnea panas . Demam . Cepat-cepat mamanea SMS walid Amnea suruh balik rumah sebab time ni walid Amnea ada di rumah maktok Amnea .
Malam tu
Amnea masih cirit . Mamanea dan walid buntu . Kesian tengok keadaan Amnea yang lemah . Makan pun tak mahu . Dan last, Amnea muntah . Terus mamanea dan walid bawak Amnea ke hospital .
30/7/2013
12.30am
Amnea kena admit ward sebab doktor takut Amnea collapse sebab banyak kali cirit-birit . Amnea di'drip' . Suhu badan naik 38 degrees . Mamanea tunggu Amnea di ward .
. Amnea cakap tag nama tu jam . hehe
. Amnea suruh mamanea pegang tangan yang didrip tu . Dia cakap sakit . Bila mamanea pegang, terus dia diam, lali dan terus tidur .:(
9.00 am
Doktor datang check pagi tu . Amnea masih belum dibenarkan discaj sebab masih demam dan masih cirit . Doktor cakap nak masukkan antibiotik . Mamanea pelik sebab keadaan Amnea tak berubah . Najis Amnea cair . Yang mamanea geramkan sangat sebab doktor tak check up detail pun . Just tengok report file Amnea yang nurse catat saja . Bila mamanea cakap Amnea tak nak makan, baru doktor tu check tekak Amnea . Tekak Amnea oke . Tak bengkak tak merah . Mungkin Amnea tak nak makan sebab takut nanti cirit lagi . Kesian tengok bila Amnea pegang perut dan cakap dekat mamanea "mama, akit yut :(( . Amau akan" . Mamanea ada jugak paksa suruh minum Yakult, 100plus, air kotak laici . Sebab nak bagi tenaga balik dekat Amnea . Makan bubur yang hospital sediakan pun Amnea makan satu dua sudu saja . Risau mamanea tengok keadaan anak dara mamanea macamtu . Kejap-kejap Amnea mintak mamanea pegang perut dia . Bila mamanea pegang, terus dia diam . Mungkin hilang sikit kesakitan yang Amnea tanggung tu . T___T
. Lepas mandi terus tidur . Tak mau makan apa-apa .
. Lolo peneman setia Amnea di ward . :))
. Nak tangkap gambar pun Amnea tak bagi . Dia tak sihat . Tak ada mood . huhu
31/7/2013 (hari kedua)
9.00 am
Doktor datang check lagi . Tapi macam biasa, just refer report file yang nurse catat . Doktor tanya mamanea :
Doktor : "Oke, anak dah tak demam . Dia masih cirit ke?"
Mamanea : "Masih lagi doktor . Makan pun sikit-sikit"
Doktor : "Dia cirit tu cair atau lembut?"
Mamanea : "Campur doktor"
Doktor : "So ibu macamana?nak keluar hari ni atau nak stay lagi?"
Mamanea : [fikir] "Keluar la doktor"
Doktor : "Demam dia dah oke . Tapi kita tak cakap dah oke sepenuhnya . Tapi dia dah nampak aktif . Macam border line la . Kalau ibu nak keluar hari ni, kita kasi keluar la" .
Mamanea : "Saya oke doktor, keluar pun takpa" <-- dah tak tahan nak duduk di ward sebab keadaan Amnea sama saja . Demam saja yang oke tapi cirit tu masih belum oke
. Katil yang mamanea share tidur dengan Amnea . :)
. "Mama Akan Selalu Ada Untuk Amnea" .
~mama sayang anak mama sangat-sangat~
12.30pm
Walid datang dan bawak mamanea dan Amnea balik . Di rumah pun Amnea masih lagi cirit . Lepas bagi ubat pun Amnea cirit lagi . Asyik pegang perut dan cakap sakit . Makin risau pulak mamanea .
5.30pm
Walid ajak mamanea bawak Amnea pergi ke Klinik Pakar Kanak-kanak Doktor Ho . Mamanea cerita semua dekat doktor pasal admit dan ubat yang hospital bagi . Mamanea tunjuk surat hospital dekat doktor pakar tu . Doktor tu cakap ubat yang hospital bagi tu akan membuatkan Amnea lagi cirit . Patutla cirit Amnea tak berkurang . Doktor tu siap angkat Amnea letak atas katil untuk check up . Check perut, check mulut, check punggung . Kalau nak compare dengan doktor di hospital, pegang Amnea pun tak . huhu . Doktor pakar tu cakap Amnea oke, sihat . Cuma bila cirit, akan ada virus dalam perut tu . Doktor tu bagi ubat cirit, ubat minum untuk serap virus, ubat untuk naikkan selera makan, ubat sapu punggung sebab dah merah-merah, dan ubat bakteria baik . Doktor tu suruh stop ambil ubat hospital .
Balik rumah tu mamanea bagi ubat yang doktor suruh campurkan dalam susu Amnea . Amnea minum susu sikit saja , Mungkin dia rasa lain sebab dah campur dengan ubat kot . Malam tu time mamanea dan walid nak berbuka, Amnea datang mintak nak makan nasi . Lega mamanea dengar Amnea mintak sendiri nak makan . Walaupun Amnea makan hanya sesudu . Lepastu Amnea mintak nak makan roti gardenia . Yang bestnya punya la dia pulun makan . hehe . Malam tu sekali lagi Amnea 'poopoo' . Tapi kali ni nampak najis Amnea macam dah oke sikit . Alhamdulillah . Harap ubat baru ni sesuai dengan perut Amnea . In Shaa Allah .
Hari ini mamanea dah datang kerja . Amnea tinggal dengan tok Amnea . Harap-harap hari ni Amnea dah selera nak makan dan cirit dia pun dah berkurangan . Amin~
Setakat ini dulu update daripada mamanea . Terima kasih sudi baca entry mamanea ni .
: Mamanea sayang Amnea . Tenkiu walid sebab ulang alik hantarkan barang dan bawakan makanan untuk sahur dan berbuka mamanea masa dalam ward . Mamanea sayang walid jugak :
insyaallah, cepat sembuh ye sayang.. nak raya dah ni.. boleh tolong mama kemas rumah..
ReplyDelete:)...tq aunty...amin...
Deletesedih dgr amnea sakit..tp sedih jgk dgrkeadaan kt hospital mcm 2..diagnose sakit silap pulak..huhu
ReplyDeletetu la..depa langsung xtnya njis dia kaler apa ka...sbb sblum p hspital tu, bawak amnea p klinik...doktor tu ckp jgn smpai najis kaler hijau n cair..yg depa pntau cuma dmm ja..
Deletekesiannye dia...
ReplyDeleteala comelnya. baguslah dah makin sihat =D
ReplyDeleteolo . ciannye dieee . semoga cepat sembuh ye :P
ReplyDeletetq semua..huhuhu...
ReplyDelete