. Berjauhan Lagi .
Assalamualaikum wbt
"Salam Maulidur Rasul SAW 1435H"
Huhu entry ni entry sedih . Sedih sebab walid Amnea kena posting ke Sarawak Isnin depan . Dua hari lepas result posting keluar . Tapi penempatan untuk ke Sabah dan Sarawak .
Kisahnya, walid Amnea duk bergroup whatsapp dengan kawan-kawan GSTT dia . Then walid bagitau yang posting Sabah Sarawak dah boleh check . Mamanea pun usik-usik la walid kata nak check untuk walid .
Mamanea : "mai mama check nama abang"
Walid : "belah semenanjung tak dak lagi la mama"
Mamanea : "mai laa . saja check ja abang" <-- sambil rampas tablet walid dan gelak-gelak
Mamanea buka link yang kawan walid bagi tu dan terus masuk IC walid . Tekan SEMAK then tup!!!
Nama : Mohd Fuad bin Mohd Arshad
No KP : 830703******
Negeri Ditempatkan : SARAWAK
Tarikh Penempatan : 20-January-2014
Gulp!!!
Mamanea : "Abangg!!! nama abang ada!!"
Walid : "isy mama ni tipu aih . betoi ka??"
Mamanea : "ni tengokkk" <-- laju-laju tunjuk tablet dekat walid
Walid : "Mamaa!!!! huhuhuh"
Tak tau nak gambarkan perasaan . Seronok pun ada . Sedih pun ada . Seronok sebab walid dah pun posting . Sedih sebab --> alamakkk jauhhnyeee!! Dua-dua blurr . Walid kata tiba-tiba walid rasa KOSONG .. KOSONG .. KOSONG .. (ala-ala lagu NajwaLatip) . Walau apapun tetap bersyukur . Ni rezeki yang Allah SWT nak bagi dekat kami sekeluarga . Mungkin ada hikmah disebaliknya . Allah dah atur segalanya dengan baik . Mamanea cuma berharap agar segalanya dipermudahkan . Amin . So PJJ la? Ermm buat masa sekarang tunggu walid settlekan semuanya dulu . Survey tempat nun jauh di sana dulu . Kalau line clear, laju-laju mamanea packing diri sendiri dan Amnea fly ke SARAWAK!
So cukup bulan ni mamanea dan Amnea akan berpindah ke rumah tok Amnea . Semua risau kalau mamanea tinggal berdua dengan Amnea aje di rumah sewa tu . Huhuhuhu sayangnya nak pindah sebab rasa dah seronok duduk rumah tu walaupun bukan rumah sendiri . hurmmm . *malassnya nak berkemas!*
Sekian dulu cerita sedih untuk entry sedih . isk isk . T_T
: owhh Sarawakkk, mu tunggu kami datangggg!! :
Comments
Post a Comment