. Destinasi Jalan-jalan Hujung Tahun : Zoo Taiping .

Posted by shukriah sharuddin at 20:12 0 comments
Assalamualaikum (:

Tahun 2013 dah semakin nak melabuhkan tirainya . 2014 dah stanby nak perkenalkan diri . :) Budak-budak sekolah pun dah tak sabar nak masuk sekolah setelah sekian lama bercuti . Sebut pasal cuti, entry kali ni mamanea nak storymory pasal aktiviti semalam .

Semalam walid ajak mamanea dan Amnea pergi Zoo Taiping . Tak la jauh sangat pun Zoo Taiping dari rumah mamanea . 25minit lalu highway dari tol Bandar Baharu-Tol Taiping (RM4.40 bayaran tol) + 15minit more sampai ke Zoo . Ramai jugak orang yang datang bawak family . Alhamdulillah cuaca baik-baik aje . Risau jugak kalau hujan . Kami keluar pun dah tengahari pukul 11 am macam tu . Lunch pun dalam kereta aje sebab mamanea dah bekalkan nasi dari rumah :) . Sambil walid drive sambil mamanea suapkan nasi . hehe . 

Tiket masuk untuk dewasa RM16 . Untuk kanak-kanak 3-12years RM8 . Warga emas pun harga RM8 . Disebabkan Amnea baru 2 tahun, so bayaran hanya untuk mamanea dan walid (: . Mula masuk tu ingatkan nak round naik tram dulu . Tapi disebabkan orang-orang yang tunggu turn naik tram terlalu ramai, kami decide nak jalan-jalan dulu . Maka bermulalah pengembaraan Amnea mengenali binatang-binatang .

. ikans .

. dalam benda ni ada kura-kura, ada batman & satu lagi ape ntah dah lupa . haha .

. reaksi Amnea bila tengok anak kera duk melompat .

. cimpanzi . nak tergelak tengok lagak cimpanzi ni . pandai makan pisang . duduk pun brutal . hehe .


. tengok spesis kera jugak yang bergayut tu .

. buaya tembaga . besarr . gerun tengok . huhu . 

. Amnea kasi rusa makan daun pokok . :)

. yang ni rusa besar . walid cakap rusa ni yang santa clause naik tu . hehe

. memerang licin . nampak tak dekat cermin bawah tu . yang Amnea tengah tengok tu . memerang ni berenang laju . ramai orang tengok lagi dia ligat buat show :)

. the real bearbear . hehe . besar dan sangat menakutkan . bila bear ni tengok kita, rasa macam dia nak lompat ke sini . jarak bear dengan kita pun macam dekat jer . 

. bearbear ni datang dekat . 

. pentas baru untuk tengok rusa . Amnea tengah cakap dekat mamanea yang tahi dekat bawah tu banyak . hehe . 

. dalam ni tempat bangau . kita kena masuk dalam sangkar (ala-ala sangkar ler) . selamber jugak bangau tu  terbang-terbang . tapi dia tak datang dekat kita pun . ikan keli besar pun ada dalam tu . walid cakap tu ikan keli australia . besarr . batman pun ada tengah sangkut-sangkut dekat jaring . tido gamaknye . hehehe

. pose di tempat yang sama .

. lambai-lambai dekat bangau oh bangau . :)

Aikk gambar dah habis . huhu . Disebabkan mamanea asyik bergambar, bervideo, last-last battery phone weak . huhu . So tak sempat pulak nak bergambar dengan gajah, zebra, unta, burung unta, burung kakak tua . banyak lagi la tak sempat snap . huhu . Lepas pusing-pusing tu kami rest jap dekat playground . Budak kecik tu macam biasa la layan gelongsor . :) . 

Dah habis rest terus pegi bergambar dengan ular sawa batik kaler kuning tu . Gambar kenangan family outing la konon-konon . Tapi gambar tu lupa nak bawak pulak . Nanti la mamanea scan :) RM10 je kena charge . Mamanea rilex ajer time orang zoo tu letak ular dekat leher . Walid ada sikit goyanggg sebab kena pegang bahagian kepala ular . hahaha . Si Amnea pulak jerit-jerit tak mau ambil gambar . Then last sekali kami naik tram pusing-pusing zoo . Sempat jugak mamanea beli magnet fridge tulis Zoo Taiping buat kenangan . Ececece macamla tak penah pegi zoo . hehe . Tamatlah pengembaraan mengenali binatang untuk penutup tahun 2013 . :) Sekian dulu . 

: Next destination nak ajak walid bawak Amnea pegi Taman Rama-rama Penang pulak :

. Kita PASTI Dijemput Pulang .

Posted by shukriah sharuddin at 17:40 0 comments
Assalamualaikum 

Sebelum mamanea mulakan coretan kali ini, dengan rendah diri mamanea ingin mintak lima minit daripada kawan-kawan yang terbaca post mamanea ni untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham suami sahabat mamanea (meninggal kerana kanser lidah) , Allahyarham ayahanda dan Allahyarhamah bonda sahabat mamanea (meninggal kerana kemalangan) yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini . Al-Fatihah . Moga roh arwah-arwah dicucuri rahmat . Amin

Sebagai sahabat kepada kawan-kawan yang menerima berita sedih ini, mamanea juga turut terasa kehilangan atas pemergian orang-orang yang mereka sayang . Janji Allah itu pasti . Setiap daripada kita pasti akan dijemput PULANG suatu hari nanti . Tanpa kita sendiri ketahui bila masa dan ketika . Tanpa mengira usia . Ya Allah , Kau tabahkanlah hati-hati mereka untuk menerima ujian daripadaMu . Kuatkanlah iman mereka dan iman kami semua supaya lebih dekat kepadaMu . Amin :(

Terkadang dalam suka pasti ada dukanya . Tiba-tiba mamanea terfikir jika ujian ini menimpa mamanea . Mampukah mamanea hadapi dugaan yang kawan-kawan mamanea hadapi? Tetapi siapa kita untuk menolak ujian yang datang dari Yang Maha Esa? Segalanya telah tertulis . Timbul rasa insaf dan kesedaran dalam diri untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal tiba . Allahu Akbar . :(

Terasa kerdil diri ini . Banyakkah amalan yang dikumpul selama kehidupan di dunia ini? Banyakkah kebaikan yang mampu dibawa dan dihitung di akhirat kelak? Ya Allah , ampunkan segala dosa-dosaku . Sesungguhnya belum cukup amalan yang mampu aku bawa sebagai bekalan ke akhiratMu . 

Kepada kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian, dikesempatan ini ingin mamanea menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala kekhilafan mamanea yang mungkin telah buat kawan-kawan tersinggung atau berkecil hati . Setiap manusia punya kekurangan . Maafkan segala kekurangan yang ada pada diri mamanea . Mamanea doa supaya Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua . Inshaa Allah . :)

: Yang pergi menghadap Ilahi . Yang tinggal mencari redha Ilahi . AlFatihah :
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea