. Tak Nampak Pun! .

Posted by shukriah sharuddin at 20:26 0 comments
Salam Isnin!! hihihi :)

Ohmennn! Apakes pulak si budak kecik ni duk tutup-tutup muka bagai? hahaha ini lah fesyen terbaru . Dulu mula-mula dia buat macam ni mama tak perasan kenapa . Si budak kecik ni buat tutup-tutup muka ni kalau dia mintak susu. Time mama nak bagi botol susu tu dia tutup muka siap-siap . Ohhhhh nak main nyorok-nyorok dengan mama rupanya . hahahahah . very the funny la Amnea!!

 Tutup muka kononnya tu tapi duk intai celah jari . hahaha . Sapa ajar??? Mungkin dia tiru wan dia kot tutup muka buat-buat nangis kalau main-main dengan dia . hehe .
 Mama pun terpaksa la layan . Buat-buat tak nampak . Cari-cari Amnea . Buat-buat terkejut time dia alihkan tangan tu . hahahahah . Sweet anak mama! Luv Amnea sangat-sangat! <3

. Amnea Mengada-ngada!! .

Posted by shukriah sharuddin at 19:31 0 comments
Salam (:

Krem perut mama duk tergelak dekat budak kecik mama tu . Cik kecik Amnea laaa!! . Mama baru perasan dia dah pandai nak cari gaduh tau . Tok Amnea kan mengasuh Amnea dan Kakak Aimi . Dua-dua ni kalau nak main mula-mula memang oke ja . 5 minit lepas tu dah jadi tak oke dahhh . haha . 

Baru ni mama balik makan tengah hari dekat rumah tok . Boleh la mama tengok perangai Amnea ni . Masa tu kakak Aimi duduk atas riba tok . Dia pun nak rebut duduk jugak . Siap keluar ayat "piii laaa" <-- Tepi la . Sambil tangan tu tolak-tolak kakak Aimi . Cucu-cucu tok semua macamtu . Semua suka sangat nak duduk atas riba tok . Semua jenis jelous . Sorang duduk, sorang lagi pun nak duduk jugakkk . Kesian tok kiri kanam cucu duduk . hehe

Tapi yang mama nak cerita ni pasal si Amnea tu pandai pulak jelir-jelir lidah kalau nak gaduh . Aduhaiii . Pengsan mama tengok! Belajar mana tak tau . Ermmm . Sekali dengan mama pun dia jelir . Boleh pulak mama marah dia, tapi dia tak takut . Siap jelir gelak-gelak dekat mama . Terus mama tak jadi marah! hahahaha . Sebab tergelak tengok dia jelir tu . Mama jegilkan mata dekat dia, then dia tengok je mama sambil keluarkan lidah dia sikit-sikit . Hahahahahaha! Bertuah punya anak dara . Orang marah dia tapi dia main-main . Dia ingat mama main-main dengan dia kot . Adoi pening kepala mama macam ni T_T .

. Luv u Nur Eiman Amnea . N.E.A~

. Saya Dah Besar . :)

Posted by shukriah sharuddin at 18:59 0 comments
Salam Selasa buat semua :)

Cuba tengok gambar si anak dara kat bawah ni . Nampak macam dah besar tak? hehe . Gambar ni time dekat Klinik Desa Tanjong Berembang sebab nak cucuk anak dara ni la . Cucuk untuk 1 year 6 months .

Gambar yang gedik-gedik ni mama dia tangkap time bosan-bosan tunggu turn . hehe . Duduk tak diam . Jalan merata-rata . Time nak tangkap gambar ni pun asyik nyorok-nyorok seronok tak tentu pasal . Dia tak tahu yang mama dia bawak pergi klinik ni sebab nak cucuk dia . hahaha . 

Nurse ada sorang saja semalam . Time nak pegang nak kena cucuk tu nurse suruh pegang kuat-kuat sebab si anak dara ni dah besar . Takut dia tolak & takut pulak jarum patah . Nasib baik time tu ada sorang akak ni bawak baby dia datang klinik . Dia datang jenguk dalam bilik nak inject tu . Dia pun pujuk-pujuk si anak dara ni supaya tengok baby yang dia dukung tu untuk alih perhatian . Time si anak dara ni tengah tengok baby tu, nurse pun apa lagi INJECT ler! hahahah . Nangis la kejap anak dara ni . Sambil tangan duk pegang-pegang peha yang dicucuk tu . Siap cakap "akittt" <-- sakit . hehehe . Tapi kejap je menangis . Lepas tu oke la . :) Good girl mama . Kan mama cakap "Amnea dah besar!" ^_^y . 

Cucuk kali ni yang last . Lepas ni just datang timbang berat saja . Mama doa supaya Amnea sihat-sihat & ceria-ceria selalu . Mama sayang Amnea sangat-sangat! Muaaaahhhhh!!!

. Tetamu Yang Sangat Istimewa .

Posted by shukriah sharuddin at 19:42 0 comments
Salam 

Baru-baru ni rumah sewa kami dikunjungi oleh seorang tetamu yang sangat istimewa . Seorang alim ulama' yang tersohor --> Ustaz Don Daniyal Biyajid . Memang tak sangka sangat . Hari Sabtu 16/3/2013 aku kerja . Kena ganti sekolah sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni . Tiba-tiba tengahari tu my hubby SMS cakap kemungkinan Ust Don nak singgah rumah nak rest . 

Sebenarnya Ust Don ada program di USM Penang . My hubby & kawan-kawan yang anjur program tu dan jemput Ust Don . Lepas habis program di USM, my hubby bawak Ust Don singgah ke rumah cikgu they all dulu sementara nak tunggu program untuk malam <-- Ceramah di Relau . Di antara waktu Asar & Maghrib tu la Ust Don cakap nak lepak-lepak rumah kami . Dalam pukul 6.30pm Ust Don & hubby sampai dekat rumah sewa kami . Time ni aku ada di rumah mak aku . 6.45pm macamtu baru aku balik . Kesian Ust Don datang lepak rumah kami yang tak seberapa tu . Malu jugak orang besar datang rumah yang tak seberapa ni . Tapi aku salute la dekat Ust Don sebab dia sangat-sangat lah humble . Sangat tak kisah . Jadi aku pun tak kisah jugak la . Tetamu kena muliakan . Barula rezeki masuk . :)

Lepas Maghrib (pukul 8.00pm), mak, ayah & adik-adik aku datang rumah aku sebab nak jumpa dengan Ust Don secara life . Selalunya dapat tengok dalam TV je kan . hehe . Ayah & mak la yang teruja . Ust Don panggil dekat ayah & mak --> Tuan Haji & Hajjah (walaupun ayah & mak belum dijemput menjadi tetamu Allah) mudahan berkat panggilan dari Ust Don tu akan jadi kenyataan suatu hari nanti . Amin . (Psstpsstt dekat aku pun Ust Don panggil Ustazah tau! ahaks! ^_^). 

Bertuah rasanya rumah kita yang tak segah rumah orang lain dapat kunjungan hormat dari seorang penghafaz Al-Quran . Rasa terharu sangat-sangat time Ust Don melaungkan azan dalam rumah kami . :) . (Alangkah baiknya kalau rumah itu rumah kita sendiri) . Takpa-takpa nanti dah ada rumah sendiri nak jemput Ust Don datang singgah lagi . hehe berangan!

Kat bawah ni antara pic yang sempat ambil :


Opps lupa pulak nak cerita, lepas Maghrib & tangkap gambar kenangan tu, kami semua terus gerak ke PLKN Relau untuk dengar ceramah Ust Don . Time Ust Don bagi ceramah tu boleh pulak si kecik Amnea duk jalan lalu lalang depan pentas tu . Actually dia nampak walid dia duduk sebelah pentas tu . Sebab tu dia terkedek-kedek jalan depan pentas nak pergi dekat walid dia . hehe . Ust Don tengok budak kecik lalu depan dia, dia siap cakap "aik malaikat mana yang lalu ni" hehehe . Sebab time ni Ust Don ada sebut pasal Malaikat . Tup-tup budak kecik tu duk lalu depan pentas . Siap jadi bahan dia la . hehe . Apa la Amnea ni . malu kat orang ja . :) .




. Tolong Picit! .

Posted by shukriah sharuddin at 19:04 0 comments
Salam semua kesayangan! (;

Mama : Walid boleh tolong picit mama tak?
Walid : Picit dekat mana mama?
Mama : Picit dekat bahu ni . Mama ada angin la . 
Walid : Ok (sambil picit bahu mama)

Sambil walid duk picit-picit mama tiba-tiba ada sorang budak kecik datang dan duduk di riba mama . Then dia cakap;
Amnea : Mama! Picit! (sambil dua-dua tangan dia buat lagak picit di bahu sendiri)

OMG! haha tergelak mama . Tak padan dengan budak kecik nak suruh orang picit-picit bahu dia . Macam la dia tu lenguh sangat! haha . Mama pun layankan je la picit-picit bahu kecik yang tak ada isi tu . hehe . Gelak-gelak dia rasa geli . :) . Pandai la nak main picit-picit jugak . 

Kejadian picit-memicit ni bukan setakat di bahu . Mama Amnea ni selalu lenguh-lenguh badan terutama di kaki . Time malam je mula la terasa lenguh . (memang dari kecik macam tu) . Walid Amnea la yang selalu jadi tukang urut . Tapi proses urut-mengurut ni selalu je terganggu dengan si budak kecik tu . Walid urut kaki mama, dia pun nak suruh urut kaki dia . Yang mama perasan setiap kali nak tidur dia akan mintak untuk urut kaki dia . Memang pentiru mama! Bila kita urut-urut kaki baru la dia nak lelap . 

Yang mama nak tergelak sangat, baru-baru ni mama dengan walid baring-baring depan TV sambil tengok TV . Si budak kecik Amnea ni duk main sorang-sorang . Dengan tiba-tiba dia datang duduk dekat mama (membelakangkan mama) sambil dua-dua tangan pegang bahu dan cakap : "Mama! Picit!" . hehe . Haisyy lenguh bermain ke? 

Mama dengan walid tergelak dengan Amnea . Ingatkan dulu dia cuma tiru apa yang mama buat , tapi dia ingat perbuatan tu . Walaupun time tu walid tak picit bahu mama . hehe alhamdulillah anak mama makin bijak dan makin membesar . Lagak pun nak tiru orang besar . :) . Amnea . Amnea ..

. Swimming .

Posted by shukriah sharuddin at 18:43 0 comments
Salam sayang
Sangat lama rasanya tak update entry . Dah rindu sangat-sangat dah nak mencoret . Oke harini aku ingat nak habiskan masa bersama blog kesayangan . Off dulu facebook yang sememangnya hari-hari aku login tu . hehe . 

Mood harini nak cerita pasal si kecik sorang tu . Baru-baru ni aku & hubby ada bawa si kecik pergi swimming (actually dah kali ke dua) . Selalunya dia mandi dalam kolam kecik je dekat rumah tok . Kali ni si mama yang sayang sangat dekat budak kecik tu rasa nak bawa dia pergi mandi di kolam yang betul pulak . hehe . 

Kompleks Renang ni terletak di Seberang Jaya je . Bayaran masuk untuk dewasa RM3.00 dan kanak-kanak RM1.50 . Bayaran ni hanya untuk orang yang nak mandi saja . Untuk yang menjadi pemerhati tak payah bayar oke! hehe . Duduk diam-diam tepi kolam sambil capture gambar orang mandi . hehe .

Mula-mula bawak si kecik tu dia memang teruja habis-habisan. Time tukar swimming-suit tu oke lagi duk tengok-tengok orang mandi . Lepas walid bawak masuk dalam kolam tu dia asyik tersengih-sengih menjerit-jerit entah apa-apa . haha . Kalau tak percaya sila tengok gambar di bawah . hahaha . (Gambar 1st time pergi lupa nak copy dalam pendrive pulakk)

Gambar kat bawah ni 2nd time pergi swimming . 1st time pergi swimming tak bawak pelampung . Kali ni bawak pelampung dengan ball sekali . Yang nak tergelak tu si budak kecik ni tak dapat tangkap ball dalam air tu . hahaha . 

 Tersengih-sengih macam kerang busuk . Suruh swim tak reti . Ada pelampung pun asyik terminum air kolam  je . Apadaa~
Gambar hiasan~ kuikuikui . Akhirnya mama terjun jugak setelah sekian lama hanya memerhati di tebing kolam sambil buat muka 'teringin nak masuk kolam' . (Nasib baik walid faham . hahaha . Sebabtu dah salin baju siap-siap . :p Strategi itu penting! hahahaha) .
Kali kedua ni si kecik tak 'histeria' macam dulu . Ajak naik salin baju pun dah oke . Tak macam mula-mula dulu nangis-nangis tak mau naik . Nak mandi lagi . Orang bagi mandi & nak pakaikan baju pun nangis kuat-kuat . Malu semua orang tengok . hehe . Dah siap pakai baju segala bole pulak dia bangun & lari laju-laju tuju ke kolam . haha . Nasib baik mama dulu atlit maraton . Sempat la tangkap dia . hahaha . Geleng kepala layan si Nur Eiman Amnea ni . ^_^y
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea