. Hujan .

Posted by shukriah sharuddin at 00:41 0 comments

Assalamualaikum kawan-kawan

Hari ini mamanea melaporkan hujan lebat-renyai-lebat-renyai sepanjang hari . ;) . (Location : Nibong Tebal, Pulau Pinang)

: best jugak hujan . Sejuk . Grrr :

. Nasi Ayam Mamanea .

Posted by shukriah sharuddin at 07:47 2 comments
Assalamualaikum dan selamat malam (;

Hai kawan-kawan dah tidur ke . Jangan la tidur lagi . Meh layan entry mamanea dulu meh . ^_^ . Mamanea just nak menunjuk-nunjuk pic nasi ayam yang mamanea masak petang tadi ni . Hehehe .  Nyum-nyum .

Lama dah mamanea teringin nak makan nasi ayam yang dimasak sendiri tapi asyik malas je . Pagi tadi sambil duk borak-borak dengan member mamanea pasal nasi ayam ni terus semangat nak masak tu datang berkobar-kobar . Apalagi laju-laju la mamanea whatsapp walid Amnea suruh belikan ayam . Hehehe .

Balik kerja terus masuk dapur ketang ketong hempas pulas siapkan nasi ayam ni . Taraa!! (Sila cekidout gambar nasi ayam tu di bawah . Terima kasih) . Hehehe .
: update pakai blogger android macam tak feel la . Huhu :

. Sorry Mama .

Posted by shukriah sharuddin at 21:50 6 comments
Assalamualaikum ;)
Entry kedua untuk hari ini . ;)) . Wahh banyak masa betul mamanea duk post entry ye . Memang masa agak banyak sekarang memandangkan budak-budak form five tengah trial sekarang ni . So hanya budak-budak form four sahaja yang masuk lab . Oke entry kedua ni mamanea nak story mory pasal anak dara kesayangan mamanea lagi . ;) . Siapa nak tahu apa kisahnya jom sambung baca sampai habis . ^_^y

Alkisahnya begini --> ada suatu hari tu (mamanea dh tak ingat exact time dia) mamanea marah anak dara tu . Biasa la kalau ibu marah anak tu ada la sebab benda yang si anak buat tak betul . Dan kesalahan yang Amnea buat tu tidaklah seserius mana pun . Biasalah kenakalan budak-budak kecik ni kans . Hehe . Tumpahkan air, sepahkan rumah, panjat sana panjat sini .

Lepas dah marah-marah (dengan buat muka garang . Hehe) tu mamanea tengok muka si kecik tu macam kesian pulak . Hehe . Terlintas pulak di hati yang budak kecik tak tahu pun benda yang dia buat tu salah . Sepatutnya kita kena explain betul-betul bagi budak tu faham . Kans? Kans? Kans? Hehe . Oke lepas dah rasa bersalah sebab marah-marah anak dara tu, mamanea pun pujuk-pujukla balik . Mamanea cakap baik-baik dengan anak dara tu dan ajarkan dia say sorry kalau dah buat salah .

Mamanea : "Amnea cakap sorry mama dulu"
Amnea : (sambil datang dan peluk mamanea & kiss pipi) "sowi mama . Aaayangg mama" . <-- arghh pengsan!! @_@


Alololo sweet pulak rasa . Terus reda kemarahan mamanea tadi . Mamanea pun peluk dan kiss anak dara tu jugakk . Hehehe . Best dan bangga pulak bila dah jadi ibu dan punya anak sendiri ni . ^_^ .

Dannn uols nak tahu tak?? Berkat dari ajaran mamanea tu tadi sekarang ni bila mamanea marah anak dara tu mesti cepat-cepat anak dara tu datang dan peluk & kiss mamanea sambil cakap "sowi mamaaa" . Dalam mamanea duk marah boleh stop marah dan tergelak dengan anak dara tu . Hehehe . Ajaibb!! Ye memang ajaib kans perkataan "maaf" ni . Kalau dulu setiap kali marah anak dara tu , mamanea yang mintak dia say sorry tu . Tapi sekarang tak payah mintak dah . Yayy anak dara mamanea dah faham istilah "sorry" !!! . ;)))))) . *wink*wink* . Oke sampai sini saje nak story . Tenkiu sudi cekidout .


: maafkan mamanea ye kawan-kawan!! <-- masih dalam mood hari raya :

. Perkongsian Ilmu : Qado Solat .

Posted by shukriah sharuddin at 17:25 2 comments

Assalamualaikum kawan-kawan ;)

Hari ini mamanea nak share pasal qada solat . Mesti ramai antara kita yang pernah tertinggal solat sama ada sengaja atau tak sengaja kans? Hehe . Kantoi . Mamanea sendiri pun pernah tertinggal solat . Oops tak sengaja tau . Kadang-kadang terlajak tidur .

Qada solat = Menggantikan solat yang tertinggal

Orang yang dibolehkan mengqada solat yang tertinggal :
i) orang yang tertidur sehingga melepasi waktu solat tertentu;
ii) orang yang lalai atau terlupa waktu solat dengan tidak sengaja .

Kedua-dua golongan ini tidak berdosa tapi WAJIB QADA SERTA MERTA . Waktu mengqado solat ialah ketika ia menyedari bahawa ia telah meninggalkan solat tersebut .

So siapa-siapa yang terrtinggal solat tu cepat-cepatlah qada ye . Ingat, kita dah berhutang dengan Allah swt . Hutang sesama manusia pun wajib bayar inikan pula hutang dengan Yang Maha Esa . Oke itu saja ilmu yang mamanea nak share dalan entry kali ini . Peringatan untuk diri mamanea juga . Peace yo ^_^y

~ Indahnya hidup bersyariat ~

: Solat tiang Agama :

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea