. Amnea Baca Doa Tidur .

Posted by shukriah sharuddin at 20:50 0 comments
Salam sekali lagi . kuikuikui .

Oke kali ni mamanea nak share video si anak dara mamanea yang dah pandai baca doa tidur . Actually tak ambil video pun . Just rekod suara si kecik Amnea tu sebelum tidur . Tapi nak share audio saja memang tak boleh . So mamanea pun dengan sungguh-sungguhnya meng'edit' audio tadi untuk jadikannya video . hehe . Edit biasa-biasa saja pakai "Windows Live Movie Maker" . Videonya seperti di bawah :


Alhamdulillah walaupun tak berapa betul lagi bacaan tapi dah boleh dengar-dengar bunyi . :) . Walid kata dekat mamanea, lepas ni ajar doa ibu bapa pulak . hehe . Oke boss! In Shaa Allah . hehe . Tadi nak makan cucur suruh budak kecik ni baca doa, dia baca doa tidur daa . haha . Doa makan panjang sangat . :) . Takpa sayang, nanti mamanea ajar baca doa makan pulak tau . Oke bye~

. Eh Eh Samala Kegemaran Kami :) *wink*

Posted by shukriah sharuddin at 19:59 0 comments
Salam Rabu <-- Cuti kannn . Mesti la nak post entry sampai lebam! haha .

Oke entry yang ketiga untuk hari CUTI!! hehehe . Nak cerita pasal kegemaran si kecik Amnea tu . Kalau uols pandai, cuba teka apa kegemaran kami?? Ofcos la uols tak tau kan sebab bukan best pun nak ambil tahu pasal kami . hahahaha . Oke fine :)

Kalau nak tahu, sila cekidout gambar kat bawah ni . :) . Nampak tak budak kecik tu makan apa ??

 . yayy kami suka makan laksa!! .

 . oit-oit anak dara makan terkangkang . tak malu . :P


Betul uolss si kecik Amnea ni suka makan laksa! Mamanea baru tau time pergi kenduri aqiqah anak kawan mamanea baru-baru ni . Tambah laksa sampai 3x! Ohcomeytakkakton!!! hahahah . Sebijik mamanea dia la suka laksa . Semalam pulak tok Amnea buat laksa . Apalagi laju-laju bungkus la makan dekat rumah . hehehe . Makan sampai somot-somot! Kan mamanea cakap kegemaran kami samaaa :)) . Oke itu saja mau cerita . 

: Nanti nak buat laksa la dekat kesayangan mamanea ni ^_^y :

(psstpsst nampak tak seluar si Amnea tu . haa itu lagi tabiat baru dia . Suka tarik seluar sampai ke lutut . Tak sure pulak dia tiru siapa tapi haritu tengok dia tiru kakak Aimi tarik seluar tu time ada di rumah tok . hehe . Macam-macam)

. Mengigau Daa . haha

Posted by shukriah sharuddin at 19:42 0 comments
Salam Cuti buat semua kawan-kawan! :)

Pagi tadi kan, lepas solat Subuh mamanea baring-baring balik . Si budak kecik tu masih tidur . Tiba-tiba mamanea terdengar budak kecik tu mengigau . hehe . Dia mengigau panggil "mama..mama.." hehe apa la yang dimimpi oleh si kecik tu ye . :)))) <---tu la tidur tak mau cuci kaki!! haha .

. Cuti Sehari .

Posted by shukriah sharuddin at 19:37 0 comments
Salam semuaaa!! :)

"Selamat Hari Pekerja" untuk semua yang bekerja . Best-best sebab dapat cuti sehari hari ini . Cuti-cuti ni tak tahu pulak nak buat aktiviti apa . Kalau duduk saja-saja di rumah pun bosan jugak kan . Ermm masih belum ada idea . Tapi kalau bawak si kecik tu pergi swimming best jugak . heheh . Oke satgi tanya walid dulu . ^_^

: Tema Hari Pekerja 2013 : Perkerja Pemangkin Transformasi Negara :) :

. Ban Pecah .

Posted by shukriah sharuddin at 20:44 0 comments
Salam kawan-kawan :)

Siapa pernah dengar tempat yang nama Ban Pecah angkat tangan??! Kalau tak penah dengar sila tanya encik Google . hehe . Sebab aku pun tak berapa arif sangat pasal sejarah Ban Pecah  ni .

Just nak cerita hari Ahad petang tu lepas yang mamanea cerita pasal Si Amnea Tuition tu kan, walid ada ajak mamanea pergi Ban Pecah . Walid tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana . Actually Ban Pecah ni terletak di Tanjung Piandang (Kalau tak salahla . hahaha) . Walid teringin sangat nak tengok tempat itu yang dikatakan misteri sampai cerita kemisterian itu masuk "Misteri Nusantara" dekat TV3 . :) . So mamanea pun bawak la walid pergi .

Kalau nak tahu macam mana tempat ni sila tengok gambar-gambar dekat bawah ni . Ramai orang suka lepak-lepak sini . Ada jugak yang memancing . Lautt kann . Tapi tak ada pulak yang mandi . Tak tahu la pulak boleh mandi ke tak . hahaha . Yang bestnya dekat sini ada gerai-gerai tepi laut tu . Sedap-sedap . Time makan pun best sebab angin laut sepoi-sepoi hembus ke muka . hahaha . Time pergi tu mamanea makan laksa yang sangat mebelesss uols! Walid pulak makan kerang rebus . Tambah pulak dengan Laicikang . Fuhh! Layann~

 . mereka berdua! .

 . dua-dua kesayangan mama . luv!


. bersama mamanea yang cumil . hahahaha . jangan jelesss~

. oke jom pulang . hari dah nak malam . :)

Oke itu saja cerita Ban Pecah . Gambar gerai-gerai makanan tak snap pulakkk . Oke next time! Daaa~

. Kongsi-kongsi .

Posted by shukriah sharuddin at 20:03 0 comments
Salam Selasa sekali lagi uols :)

Lupa nak bagitahu yang mamanea sudah pun kongsi blog ni dengan semua orang! Semua orang la sangat kan . hahaha . Tak ada cerita yang hot-hot pun dalam blog ni . Just cerita pasal diri sendiri saja . Jom la ramai-ramai follow mamanea . Memang tiada paksaan pun untuk follow . Tapi kalau ada yang follow mamanea, in shaa Allah mamanea follow uols balik ye . ^_^y 

: mood berblog kembali terjalin setelah sekian lama blog yang dulu kian usang sesepi sekuntum mawar merah (apa aku meraaapikkk niii) :

. Pujuk .

Posted by shukriah sharuddin at 16:34 0 comments
Salam Selasa :)

Ermm . Geram semalam dekat si budak kecik Amnea tu . Suka sangat nak kacau mamanea buat kerja . Walid yang senang lenang tengok TV dia tak pergi kacau pun . :( . Dahla semalam mamanea penat dan mengantuk . (Walaupun jam masih awal) . 

Mamanea kemas barang dia pun nak 'mengemas' . Mintak dekat mamanea itu ini . Tak pasal-pasal semalam kena marah dengan mamanea . Mamanea diam tengok dia sambil buat muka masam+garang <-- garang la sangat . hahaha . Sambil duk buat-buat muka garang tu, boleh pulak si budak kecik tu datang dekat dan pegang dagu mamanea sambil cakap "nyenyenyenye" then dia kiss mamanea . Ecececece pujuk mamanea la tu . hehe . Terus mamanea tergelak dan peluk budak kecik tu . Sumpah sweet!!! ^_^

: Alahai la sayang kecik mamanea . <3 :

. Rahsia La . :)

Posted by shukriah sharuddin at 00:12 2 comments
Salam uolsss ^_^

Hehe RAHSIA?? Apa yang rahsia sangat tu? Biasala kan mood PRU13 ni . hehe . Satu malam tu sambil tengok berita dekat TV, tiba-tiba walid tanya dekat mamanea ;

Walid : "Mama nanti mama nak pangkah apa?"
Mamanea : "Undi adalah RAHSIA . hahaha" <-- kerek tak mamanea . 
Walid : "Mama ni kita kahwen bopa tahun dah pun nak rahsia-rahsia lagi"
Mamanea : "Tak boleh bagitau jugakkk . Rahsiaaa laaaa . hahahah" <--sambil duk buat muka terhegeh-hegeh :P

Mesti walid bengang dengan mamanea kan? hehe . Apapun kepada semua pengundi, undi adalah RAHSIA!!! kuikuikui . Buatlah pilihan dengan BIJAK . Jangan duk berkempen teruk-teruk sangat . Nanti kita yang rugi sebab bukan kita pun tercalon dalam PRU13 ni . hehe . Selamat Mengundi semuaaa!! ^_^y 

: Mamanea first time nak mengundi ni . Oke habis dah cerita! :

. Tuition Dengan Mama Saja . :)

Posted by shukriah sharuddin at 23:09 0 comments
Salam Isnin :)

Semalam mamanea dengan Amnea tinggal berdua saja di rumah . Walid kami pergi sekolah sebab nak siapkan soalan exam untuk students (walid buat kerja dari pagi sampai ke petang . huhu . sian walid sebab laptop walid rosak . Sebabtu kena buat kerja di sekolah) . Ermm bosan jugak kalau tak buat apa-apa di rumah kan . Rutin mamanea bila weekend, bangun pagi, sediakan breakfast (kadang-kadang suruh walid beli roti canai/nasi lemak) . Kalau si budak kecik tu belum bangun, mamanea kemas-kemas rumah, iron baju kerja, basuh baju , mop lantai buang sawang sesawang bagai . Tapi semalam si budak kecik bangun awal pulak . hehe . Terpaksa layan si kecik tu dulu . 

Lepas mandi dan breakfast (nasi goreng mamanea), Amnea ambil beg sekolah dia . Apa lagi mamanea kena layan dia buat homework la tu . hehe . Jom layan gambar-gambar kami study tonggeng-tonggeng dekat bawah ni . hehe :

buat kerja dua-dua tangan baru cepat habis . hehe .

buat kerja sampai mulut muncung-muncung .

 . itu beg sekolah dan color saya! .

 . color jangan tak color . :)

 (perasan tak Amnea pegang color tangan kiri . Dan gambar bawah ni Amnea pegang tangan kanan pulak . Ermm boleh guna dua-dua tangan ke budak kecik ni??? konfius mama)
 . kesian la kena berdiri . Nanti mama belikan Amnea kerusi kecik tau! .


 . saya dah penat study . :(

 . koleksi buku-buku Amnea .

 . Color dah 3set mamanea beli . Kotak semua dah koyak! haha .

. Note book untuk lekat-lekat sticker . Dah lekat sampai 4buku! .

Dah sampai tengahari tu mamanea pun pergi dapur sebab nak sediakan lunch (masak sambal tumis telur je pun . Malas la nak masak . huhu). Mamanea tinggallah si Amnea study sorang-sorang . Tinggalkan dia dengan sticker dia tu suruh dia lekat dalam note book . Tengok-tengok  budak kecik tu kedek-kedek bawak sticker datang dapur pastu duk lekat-lekat sticker tu dekat kabinet dapur . Ooi! kabinet orang la . Pegi lekat dekat buku! . hehehe . Hek elehh takut la tu duduk di depan sorang-sorang . Haa satu lagi mamanea tak cerita pasal budak kecik ni . Dia memang macam takut duduk sorang-sorang lagi-lagi kalau malam . Nak suruh letak botol susu dekat sinki pun takmau . Kalau siang boleh je letak sendiri . Kalau malam tu orang suruh letak botol dekat sinki dia buat tak dengor je . heheh . Dalam kereta bila siang boleh je duduk seat belakang . Tiba malam nak ke seat belakang pun takut . haha . Dalam kereta je kot Amnea oi! hahaha . 

Oke back to cerita study . Lepas habis study and dah lunch dengan mamanea, sekali dengan mamanea tidur! Tidur tak sedar diri . hehe . Amnea plak tidur sampai pukul 4.30petang . Haa puass! Letih pegi tuitionn . Kuangkuangkuang!~ Oke sudah letih bercerita . Jom solat Zohor dulu! :))

. Sekolah Ganti .

Posted by shukriah sharuddin at 16:24 0 comments

Salam Sabtuu!!!! 

Pagi ni hujan . Sejuk woo . best-best! ^_^ . Mandi pun grrrrr <-- sejuk ketaQQ . hahaha . Wey-wey harini mamanea kerja!! Harini kena ganti sekolah untuk cuti CNY haritu . Ikut jadual Jumaat . Jumaat?? yayy Jumaat tak ada kelas . hoye-hoye!! 

So duduk lab diam-diam sambil layan blog mamanea ni . Ala kerja sampai tengahari je . Sampai pukul 12.15 . Jumaatttt kannnns~ hahahaha . Ciss belagak plak . Oke itu saja mau bising . Daaa!~

(Oke dekat bawah ni pic gedik-gedik :))


. peace yoo jangan marah . haha

. Amboi-amboi Diaaa .

Posted by shukriah sharuddin at 20:51 0 comments
Sekali lagi Salam Khamis ^_^

Hahahahahah . Terlupa mamanea nak cerita satu kisah yang lucu ni dekat kawan-kawan semua . Memang nak cerita haritu tapi asyik duk cerita pasal benda lain . Mamanea kalau dah jumpa blog ni memang mula la gatal tangan nak cerita macam-macam . Tapi best jugak kan boleh coret semua dalam blog ni . Bila-bila ada masa boleh baca blog sendiri . Pastu gelak-gelak sendiri . Last-last SYOQ sendiri!! kahkahkah . Biasa la tu kan . Pedekisahhh??? bluwekk~

Oke berbalik kepada storymory mamanea, tak lain tak bukan la cerita pasal si kecik tu . kuikukui . Oke-oke nanti mamanea cerita pasal benda lain pulak . In Shaa Allah . hahaha . Nak cerita la budak kecik ni sekarang suka-suki bernyanyi-nyanyian tau uolss . Ohcomeytakkaktonnnn!! Main sorang-sorang sambil nyanyi-nyanyi . Dalam kereta nyanyi-nyanyi . Tengok TV ada iklan yang nyanyi-nyanyi dia pun nak nyanyi . hahaha . Macam la pandai sebut . Podacit! hehehe .

Uols nak tau tak semalam ada lagu "Terima Kasih" tu dekat TV . Budak tu pun ikut la jugak nyongnyangnyongnyang bunyinya pastu tiba-tiba dekat part :
"Terima Kasih Kuucapkan Padamu...Kerna Aman Sentosa Selalu...blablabla..." kan, muncung-muncung la duk sebut "muuuu" dengan "luuuu" tu . hahaha . Biasa la yang belakang saja dapat bunyi . Yang depan-depan hentam sebut saja . hahaha . Tak larat nak gelak la mamanea dengan walid . Adoi pecah perut ni tengok gelagat Nur Eiman Amnea ni .

Oke itu saja mau update . Daa!!

. Beg Sekolah .

Posted by shukriah sharuddin at 19:59 0 comments
Salam Khamis semua orang! :)

Sebelum ni mamanea ada cerita pasal Amnea dan buku-buku dia kan? What??belum baca lagi?? Kalau belum baca sila baca di . sini . ^_^ . hihi

Oke kali ni nak cerita pasal beg sekolah si Amnea ni . Bukan nak cerita pasal beli dekat mana dan harga berapa tau . hahaha . Cuma nak cerita si kecik Amnea ni dah pandai sebut "beg lah"  hahaha . Comel kan? Mamanea selalu sebut dan suruh dia ambil "beg sekolah" kalau nak buat aktiviti main color-color atau lekat-lekat dengan dia . Tak sangka lama-lama dia ikut cakap kita . Padahal mamanea tak ajar pun sebut beg sekolah tu . Cuma selalu mention saja dekat dia yang itu beg sekolah . 

Tiba satu hari ni dia sebut "Mama,beg lah" sambil bawa beg sekolah tu tunjuk dekat mamanea, wahhh begitu seronok bila dengar anak mama dah tahu itu namanya beg sekolah . Senyum sampai ke telinga . ^______^ . 

Oke itu saja nak cerita . heheh . Tata!

. Kanan Ke Kiri? . Teruja Nak Tahu .

Posted by shukriah sharuddin at 21:20 0 comments
Salam Uolss!~ ^_^

Lagi dan lagi new entry . Bak kata mamanea sebelum ni --> pedekisahh??? hahaha . Oke kali ni mamanea nak share satu lagi kisah pasal Amnea . Mamanea duk perhati jugak Amnea ni cekap pakai tangan sebelah kiri atau kanan? Kadang-kadang mamanea tengok dia asyik pakai tangan kiri . Kita bagi barang, dia akan sambut dengan tangan kiri . Pegang color, pensel atau sebagainya pun tangan kiri . Oke mula-mula mamanea assume Amnea ni kidal . Tapi kadang-kadang tengok dia cekap jugak pakai tangan kanan . Isy konfius pulak mamanea . Kalau betul kidal, maybe dia ada genetik Nek (tok sebelah ayah mamanea) atau genetik Tokwan Lid (ayah walid) dia . Kalau ikut mamanea dengan walid, memang kami dua-dua orang kanan . Idok ler pulak kidal . hehehe .

Actually dari kecik lagi mamanea perasan Amnea pakai tangan kiri . Tapi time tu buat tak tahu saja sebab biasa la kan budak kecik lagi . Bila-bila masa boleh tukar tangan . Bapak sedara dia pun tegur . Dia cakap  : "budak ni kidal ni" . Sebab dia ambil benda tangan kiri . Makan biskut ke apa semua kiri . Bapak sedara Amnea cakap jangan diubah tangan dia tu sebab nanti dia konfius . Bila kita pakai tangan kiri, kita akan guna otak kanan dan sebaliknya . So biarkan saja dia .

Bukan setakat bapak sedara dia tegur, kawan-kawan facebook yang tengok video-video yang mamanea post pun tanya sama ada Amnea kidal atau tak . Erm budak-budak memang cekap kalau pakai dua-dua tangan . Cuma dah besar sikit nanti baru kita akan tahu kanan atau kiri . Kan kan kan?? . Tapi kalau Amnea boleh tulis menggunakan kedua-dua tangan tu memang keistimewaan dia la kan . Apapun kita tengok bila dia dah besar nanti oke? ^_^y . Oke peace ~

. Saya Ada Jam Tangan!! :) .

Posted by shukriah sharuddin at 20:37 0 comments
Salam semuaaa!! 

Banyak betul mamanea nak cerita hari ini . Sangat tamak post entry banyak-banyak dalam satu hari . hehehe . Tapi pedekisah kan? Ini kan blog mamanea . So bila-bila pun boleh post new entry dekat blog yang cantik sikit-sikit ni kan . Oke stop merapu!

Post kali ni pasal jam tangan si Amnea tu . Ada satu hari tu pergi pasar malam tiba-tiba mamanea nampak jam tangan budak-budak yang syomey-syomey . Amnea pun nampak jam-jam tu . Sengaja mamanea tengok reaksi dia tu . Macam teruja jaaa . hahaha . Nak la tu . Macam la mamanea tak tahu . kahkahkah . Mamanea terus tanya : "Amnea nak jam tak?" . Sambil sengeh-sengeh duk angguk-angguk kepala . hahaha : "Oke Amnea pilih la nak yang mana" . Kalau nak suruh mamanea dengan walid pilih memang tak pasal-pasal duk gaduh dekat situ la sebab masing-masing nak pilih itu ini . hahaha . So mamanea cakap dekat walid suruh Amnea pilih sendiri . 

Lokasi : Pasar Malam Parit Buntar (Jumaat)

Haaa nampak tak Amnea pilih yang mana? Tuu nampak tu dia pegang jam color biru tu . Yang tu la pilihan dia . hehe . Lepas pilih zappp! walid bayar terus . RM5.90 . hahaha . 'Mahal' oke . Bayar terus la takut-takut mamanea dia tukar yang lain pulak nanti . kahkahkah . Dah ada jam tu asyik main dengan jam saja . Nak keluar pergi mana-mana pun mintak : "mama, jam!" . Macamla dah pandai tengok pukul berapa . hehe . Tapi mamanea layan saja si budak kecik ni . Haa lagi satu nak bagitahu, jam ni magik tau! Eleh magik la sangat . hahaha . Jam ni kena picit dekat button kecik tu dulu baru boleh tengok pukul berapa . Hahaha . Itu saja magik yang ada! kahkahkah!~ Ok habis cerita pasal jam! Sekian :)

. Hobi Amnea .

Posted by shukriah sharuddin at 20:07 0 comments
Salam Rabu kawan-kawan :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjalankan kehidupan seperti biasa pada hari ini . :) . Harini mamanea (eh ada nama baru plak . hehe . nickname yang aku guna untuk keek dan wechat . Jom add!! hahaha . sempat lagi promote . Jangan marah haaa) nak ceritakan mengenai hobi Nur Eiman Amnea . [Oooo patut la guna nama mamanea . hahahaha . Mestila singkatan untuk mama amnea!! <-- oke iklan! . hahaha] 

Hobi si Amnea ni suka main-main dengan buku . Dalam erti kata lain, dari kecik lagi mamanea dah latih dia main-main dengan buku . Dulu mamanea belikan baby softbook tu . Macam gambar kat bawah ni :


Tapi bila dah besar sikit, mamanea belikan color, buku latihan, dan coloring book untuk Amnea . Memang nampak dia berminat dengan buku-buku ni . Coloring book ofcos untuk dia color-color kan . Pandai color??  Mestilah dia pandai! hahaha . Color ikut kesesuaian umur dia la orang kata . Senget sana senget sini . Bukan dah macam color dah . Somot-somott semuanya! haha . Sambil nak color-color tu mamanea ajarkan dia nama-nama benda/binatang yang dia color tu contohnya gambar kasut . Mamanea akan cakap : "oke jom kita color kasut ni" . So lama-lama dia akan tahu itu kasut . Alhamdulillah Amnea kalau kita ajarkan dia, sekali saja dia akan ingat benda tu . Tapi ajar benda yang simple-simple dulu ikut kemampuan dia la kan . At least dia tahu dan faham apa yang kita bagitahu . :) . Bila dia dah color and kita puji : "wow cantiknya Amnea color!! Tepuk tangannnnn" . <-- Nahh lagi la dia duk pulun color . haha . Tekan color sampai jadi terang . kihkihkih~

. senget-senget badan pulun duk study . :)

. pesyen meniarap tu bila buat homework . hehe .

Buku latihan pulak untuk dia lekat-lekat sticker . Pergi pasar malam atau supermarket mesti mamanea belikan sticker untuk Amnea . First time beli dia oke je . Kita ajar-ajarkan dia lekat dalam buku latihan tu alhamdulillah dia tahu lekat sendiri . Kita just bagikan sticker tu dekat dia . Dah banyak dah koleksi buku latihan dia . :) . Lepas dia tahu aktiviti melekat-lekat ni best, memang asyik nak melekat je la dia . hehe . Sampaikan kalau kita bawa dia pergi pasar malam, then jumpa sticker, memang jerit-jerit la dia sambil cakap : "mama,lekat!" . Duk tersengih-sengih gedik-gedik la dia dekat situ . hehe . Teruja jumpa sticker . A'ah dia panggil "lekat" sebab time duk ajar dia melekat-lekat sticker dekat buku latihan tu, mamanea selalu cakap : "Oke lekat dekat sini" . Sebabtu la dia panggil sticker tu "lekat" . hehe . 

Pulun duk lekat-lekat . Buat homework la tu gayanya .

. haaa style tak? hahaha . kau ade? :P

Lagi satu mamanea belikan Amnea alphabetic poster (yang gambar animal) dan lekat dekat dinding . Memang hari-hari la dia jadi cikgu dan ajar diri sendiri . hehe . Buat masa sekarang hanya dengar bunyi ABCIMNZ . Alif Ba Ta Ya . Ikut sedap mulut dia la nak sebut apa . hehe . Tapi semua bercampur konon duk mengajar la tu . Lawak betul mamanea dengar . 

. Cikgu Kecik Amnea .


Dan yang paling dia suka mestila bab-bab mengaji ni . Bila nampak mamanea atau walid nak mengaji, memang kalut tarik buku atau tunjuk-tunjuk nak mengaji jugak . Kalau kita bagi buku biasa memang dia takmau . Nangis-nangis nak Al-Quran jugak . So mamanea pun bagila Al-Mathurat/Yassin tu . Atau buku doa-doa harian tu . Janji ada tulisan Jawi dekat buku tu . hehe . Ya memang dia kenal pun tulisan Jawi atau tulisan rumi biasa . Kalau ada Jawi memang untuk mengaji . heheh . Itu la kot yang dia set dalam otak dia . Tak apa la kan at least dia dapat bezakan yang Jawi dan yang rumi . :) . Lepas dah dapat buku tu mengaji la dia sama naik dengan kita . Alhamdulillah dia dah pandai baca "Bismillahirrahmanirrahim" <-- memang dengar dia baca tu walaupun ada la yang tertinggal kan . :) . Kalau kita baca Al-Fatihah pun dia ikut . Tapi just keluar satu-satu kalimah je la . 

Ustazah Kecik Amnea . hehe . In Shaa Allah

Mamanea dengan walid selalu jugak bawak Amnea pergi kedai-kedai buku kalau keluar jalan mana-mana . Selalunya kami pergi kedai buku Popular la . Paling best pergi Popular time walid dapat Baucer Buku la . hehe . Yang paling happy mestila mamanea ni . Sungguh-sungguh cari novel . hahaha . Antara aksi Amnea di kedai buku ada dekat bawah ni k :

 . mamanea bacakan buku untuk Amnea yang time ni tahu hisap jari je . hehe


 . time ni dah besor dan boleh pilih buku dan baca sendiri . hehe

. kusyuk duk tunjuk apa la tu sayang mama ni .

. time shopping pakai baucer buku walid . berbakul-bakul bagai . haha .hoorayy!! . ^_^

Oke itu antara hobi-hobi Amnea yang sempat mamanea cerita . Pening dah kepala ni sebab nak cerita sambil cari gambar-gambar . hehe . Sampai sini dulu oke . Nanti update lagi . Tata! ^_^

. Pandai Nak Pilih-pilih Sekarang .

Posted by shukriah sharuddin at 18:38 0 comments
Salam Isnin yang agak ceria!! :)

Ceria la kalau dikenangkan telatah si kecik tu . hehe . Ni satu lagi perangai terbaru dia . OhMakJemah nak cerita pun sambil duk gelak-gelak . Kemarin lepas mandikan si kecik tu, aku dengan dia pun masuk bilik la nak ambil pampers dan baju nak pakai . Aku pun tengok-tengok la baju yang mana nak bagi pakai . 

Sambil diperhati oleh budak kecik tu, aku pun cakap la dekat dia ;
Mama: "Ermm nak pakai baju apa Amnea?" . Sengaja la aku cakap-cakap sambil duk pilih-pilih baju tu . Dah pegang satu baju ni , aku tanya dia lagi ;
Mama : "Baju ni, nak?" :) . 
Dia jawab ;
Amnea : "Amau, ni mama!" <-- sambil tunjuk baju kurung .
Mama : "hehe baju kurung kita pakai pi kenduri la sayang . Kita pakai yang ni oke?" . Sambil pegang baju yang nak bagi dia pakai . Dia pun angguk-angguk sambil senyum . hehe . Comel!!

Then petang tu plak mandi lagi . Lepas mandi aku ingat malas nak bagi dia pakai baju . Lagipun panas . Aku just suruh dia ambilkan pampers . Dia memang tahu dah dekat mana nak ambil pampers . So kerja ambil pampers dah boleh pass dekat budak kecik tu dah . hehe . Tapi nak tahu tak alangkah terkejut terperanjat aku time tu . adehhhh . Si kecik tu ambil pampers + t-shirt hijau <-- yang dapat free beli Drypers tu + track-suit!!!!! Ohla sayang mama . Kenapa begitu sweet . Terkejut mama tau anak mama pandai ambil lengkap pampers + baju + seluar . hehehe . 

Walid pun tergelak tengok budak kecik tu . Geleng kepala walid tengok anak dara dia pandai sangat . hehe . Masalahnya pandai pulak dia ambil baju dan seluar . Padahal seluar dan baju susun asing . hehehe . Dah ada skill choose and match la sayang kecik mama yang syomey-syomey ni . hehehe . Terharu mama T_T .

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah SWT sebab dikurniakan anak yang sihat, cergas dan cerdas akal fikiran . Amin Ya Rabbal'alamin . In Shaa Allah akanku didik 'amanahMu' ini dengan sebaik mungkin . :)

. Tudung .

Posted by shukriah sharuddin at 17:29 0 comments
Salam & Selamat Pagi :)

Harini aku nak cerita pasal budak kecik tu lagi . :) . Budak kecik ni kalau kita ajak keluar rumah nak pi ronda-ronda tu memang laju ja dia . Kalau nak suruh simpan barang dia buat tak tahu plak . haha . Memang akal jenuh sungguh .

Kalau kita ajak nak keluar, suruh ja buat apa pun memang laju . Suruh ambil benda apa-apa pun laju . Sampaikan time mama dia ni duk siap-siap kan, dia kalut dah tunjuk-tunjuk tudung suruh kita ni pakai sambil kata "Mama, dung!" hahah . Kalut betul la . Mama tau la nak pakai tudung tu satgi . Adoi tak sabaQ betul la budak kecik oi . (:



. Apa Ni Tolak-tolak .

Posted by shukriah sharuddin at 19:23 0 comments
Salam Rabu sekali lagi . hehe :)

Baru teringat kisah baru anak dara mama yang kecik tu . Alkisahnya aku bawak Amnea mandi sekali dengan aku . Selalunya balik kerja aku suka mandi dengan anak dara aku sorang tu . (Kalau dia belum mandi la time ambil dari rumah tok) . Kalau nak mandikan dia sorang, memang bagi mandi dalam bilik air kat  dapur tu je . Ada satu time tu saja bawak dia mandi sekali dalam bilik mandi yang dalam bilik tidur tu . Bilik mandi ni ada shower . Mula-mula dapat mandi shower memang jerit-jerit la suka . hehe . Maklumla duk jakun-jakun lagi . hehe . 

Yang aku perasan sekarang ni kalau tengok aku nak masuk mandi, memang dia pun kalut suruh buka baju  dan pampers sebab nak mandi dan gosok gigi . (Ha sekarang dah pandai gosok gigi tau . Cakap saja "jom mandi" terus bangun nak pergi bilik air dan cakap "mama, jiji") . Dulu kalau mandi shower memang aku akan dukung dia dan bagi kena 'air hujan' (air shower) tu . Tapi sekarang tak payah dah . Biar je dia mandi sendiri . Yang nak tergelaknya, sambil aku sabun-sabun badan atau syampu atau gosok gigi sambil berdiri dekat air shower tu, ada la tangan kecik yang nak tolak-tolak aku ni sambil kata "tepi arr" . Amboi budak kecik ni duk tolak-tolak buntut mama plak . hahaha . Dia suka main 'air hujan' tu . Dah aku halang dia, memang kena tolak la . hahaha . 

Lagi satu aku dah ajarkan dia sabun badan sendiri . Aku picit baby bath tu bagi dekat dia then suruh dia sabun-sabun badan, kaki, tangan, ketiak, perut, boQboQ (buntut) dan petpet . hehehehe . Semua dia tahu buat dah . Alhamdulillah sayang kecik mama ni dah pandai ikut apa yang mama suruh buat . Nanti dah besar sikit boleh la tengok dia mandi sendiri . :) . Lepas mandi pun nak bubye-bubye 'air hujan' tau . haha . Entah apa-apa la sayang mama ni . 

Dah habis mandi aku suruh pergi ambil pampers pun dah pandai ambil dah . Dia tahu mama dia simpan pampers dekat mana . Aku memang selalu buat kerja depan dia . Sambil simpan pampers, sambil cakap yang benda tu 'pampers' . So dia tahu la kalau kita suruh ambil satu-satu benda tu . Aku akan cakap ulang-ulang kali . Alhamdulillah semua yang aku ajar tu, sekali je dia dah pick up . Satu tabiat si kecik ni suka sangat dengan kain lampin . Dulu kalau tak ada kain, dia selalu mintak "tain" . Sekarang ni dia tahu dah aku lipat dan simpan kain dia tu dalam almari dia . Walau aku ada di dapur, dia akan ambil sendiri kain dia dalam almari tu . Aku tahu sebab bila dia tutup pintu almari, memang akan bunyi . So aku ni tersenyum-senyum sorang-sorang dekat dapur sambil kata dalam hati --> "budak tu ambik kain dia la tu . hehe " . Kalau spot check balik almari, memang senget-senget la kain-kain lampin dia yang lain sebab dia tarik kain yang bawah . hahahah . lawak la sayang . Main bedal je nak ambil yang mana . Lepas tu kantoi almari selerak sikit . ^_^y  .

Sayang mama ni memang selalu buat mama tersenyum sorang-sorang :)) . Kat bawah ni ada sedikit gambar-gambar Amnea waktu kecik dengan almari kesayangan dia tu . Jom layannzz :)





p.e.a.c.e ^_^y

. Ni Mama Ni! .

Posted by shukriah sharuddin at 18:27 0 comments
Salam Rabu Yang Sejuk :)

Bestnya! Semalam hujan . Sejuk sangat dan rasa malas nak bangun pagi tadi . Tapi kena bangun jugak la sebab nak pergi kerja . hehe . Sebelum tunggu alarm bunyi pagi tadi, aku dah terjaga dulu dah . Sambil duk baring sana baring sini melayan kesejukkan tiba-tiba budak kecik tu bangun ke arah aku . Aku pun tarik la dia dan peluk . Mungkin budak kecik tu sejuk kot . hehehe . Comel ja anak mama ni mamai-mamai . 

Lepas bunyi alarm tu aku pun bangun pergi mandi . Lepas mandi tu duk siap-siap tiba-tiba muncul si budak kecik tu depan pintu bilik . "Aikk? Anak mama bangun awal? hehe" (Aku sapa budak kecik tu) Budak kecik tu senyum pastu dia masuk semula dalam bilik and baring-baring . Aku pun buat susu untuk budak kecik tu walaupun dia tak mintak . :) . 

Lepas dah siap-siap semua, aku pun ambil barang-barang nak masukkan dalam kereta . Tiba-tiba budak kecik tu bangun and keluar dari bilik . Siap bawak kain dia tu . Time aku buka grill dan keluar nak masukkan barang dalam kereta, budak kecik tu panggil aku sambil tunjuk kereta kecik dia tu . Dia cakap "Ni mama!" . "Ya satgi mama ambik . Mama letak beg ni dulu tau" . Tak sempat aku nak ambil kereta kecik dia tu, dia siap ambil dah letak depan pintu . hehe . Nak bawak kereta kecik dia tu pergi rumah tok . Ala sayang mama ni pandai la . Selalunya mama tak bawak . Harini dah dia bangun awal, dia pesan la suruh bawak . Selalu dia lena bila angkat masuk kereta . hehe . :) . Jangan berebut dengan kakak Aimi sudah la nanti . Tak pasai-pasai nanti Kakak Aimi tak mau kawan sampai esok . ^_^y

. Teringin Pulak Dia .

Posted by shukriah sharuddin at 17:04 0 comments
Salam Selasa kawan-kawan :)

Al-kisahnya tentang budak kecik Amnea ni dah pandai nak teringin-teringin . Teringin la dia nak ada kereta tolak dengan kaki tu . Ala-ala basikal la jugak tapi tolak pakai kaki . Asalnya aku memang tak mau beli sebab dah beli dekat dia basikal tiga roda tu . Tapi budak kecik ni teringin pulak basikal roda empat ala-ala kereta ni . Kes pergi rumah sepupu dia la ni si Qaireen tu . Naik kereta kecik Qaireen tu sampai tak mau balik rumah . 

Mula-mula uncle suruh bawak balik pinjam sat . Tapi si Qaireen tu tak bagi pulak . Biasa la kan budak-budak mana nak bagi barang dekat orang . hehe . Esoknya tu aku dan hubby bawak la si kecik Amnea ni pegi beli kereta kecik tu dekat Manjaku Baby . Harga pun boleh tahan jugak ni . Harga pulak ikut jenis-jenis . Kami beli yang paling murah la . Takkan nak beli yang mahal kot kan . hahaha . Paling murah pun RM49.90 tau . Paling mahal pun dalam RM199.90 . Fuhh! telan air liur aku . Padahal benda tu sama ja kot . Cuma design je lain . Pandai betul la orang cari duit, kan? 

Tengok je benda alah tu si budak kecik ni jerit-jerit seronok macam dah kena histeria pulak . hahaha . Oke lah malas nak cerita panjang-panjang . Tengoklah gambar si budak kecik tu dengan kereta kecik dia . hehe ^_<y 



. Hijrah .

Posted by shukriah sharuddin at 18:42 0 comments
Salam Isnin kawan-kawan blog :)

Alhamdulillah sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang terusik di hati . Sesuatu yang bakal membawa perubahan ke arah kebaikan untuk diri aku dan suami . Mungkin juga si suami berdoa dalam solatnya supaya aku diberi hidayah untuk berhijrah . In Shaa Allah aku akan berhijrah untuk mengubah cara berpakaian aku lebih kepada cara berpakaian seorang Muslimah . Ya Allah tetapkanlah niat di hati aku ini dan berilah aku kekuatan untuk menjaga aurat aku sebagai seorang Muslimah . Amin~ 

Langkah Pertama:
1. Beli tudung-tudung yang labuh yang menutup keseluruhan dada :)
2. Beli baju yang labuh menutup paras punggung :)

In Shaa Allah aku boleh! ^_^y (Thanks kepada suami sebab beli baju Muslimah baru-baru ni . iloike)

. Serindu Taj Mahal .

Posted by shukriah sharuddin at 21:03 0 comments
Salam Rabu :)

".. Astaghfirullahal'azimm.." mengucap panjang aku bila terjaga daripada tidur pagi tadi . Cepat-cepat aku toleh cari suami yang sedang nyenyak tidur . Ya Allah aku mimpi rupanya . 

Mimpi yang aku lalui sewaktu tidur itu sangat-sangat menakutkan . Aku mimpi suami aku meninggal dunia . :( Tapi wajah orang yang meninggal tu bukan lah wajah suami aku . Tapi watak dalam mimpi itu seolah-olah dia suamiku . Ya Allah tak dapat aku bayangkan sewaktu itu . Hati aku kosong . Hidup terasa seperti kehilangan semuanya . 

Semuanya gara-gara sebelum tidur aku tonton drama dekat TV bertajuk "Serindu Taj Mahal" . Kasih seorang isteri yang kehilangan si suami hingga si isteri hidup di dalam dunia khayalannya . Dunia yang dicipta sendiri seolah-olah suami dan anaknya masih hidup . Tersentuh aku tengok drama tu sampaikan aku terfikir dan termimpi apa yang bakal terjadi pada aku sekiranya Allah menguji aku dengan ujian sebegitu . Sungguh aku tak kuat Ya Allah . :(

Semenjak dua menjak ni aku selalu terfikir pasal mati . Cukupkah amalan yang bakal kubawa ke alam satu lagi kelak? Layakkah aku menjadi ahli Syurga Allah nanti . Banyakkah pahala yang aku terima atau lebih banyakkah dosa sedang aku tanggung? Erm sesungguhnya aku hanya hamba Allah yang sangat hina . 

Hari ini dan saat ini aku sedang baca sebuah buku yang bertajuk "Peringatan Dari Mayat & Kubur" kisah yang diceritakan oleh Ustaz Dasuki Abd Rani mengenai cerita-cerita di saat kematian dan berkaitan dengan kematian dan mayat . Sedang baca buku tadi, tiba-tiba aku termenung dan membayangkan saat aku ditanam dan ditinggalkan sorang-sorang dalam tanah . Seorang . Bersama membawa amalan di dunia . Ya Allah sesungguhnya ini adalah hidayah yang aku terima dariMu . Bantulah aku . Bimbinglah aku ke jalan yang diredhauMu Ya Allah . Sesungguhnya dengan mengingati mati, aku akan lebih dekat denganMu . In Shaa Allah . Amin~

. Hok Olohh Touching Pulak Dia .

Posted by shukriah sharuddin at 20:26 0 comments
Salam bloggers kesayangan!! :)

Masih cerita pasal si budak kecik Amnea . Baru-baru ni aku dengan my hubby duk belek-belek sembang-sembang tunjuk-tunjuk pasal cerita dekat facebook ni dekat tablet my hubby . Tiba-tiba budak kecik tu menangis kuat . Rupa-rupanya dia geram orang tak layan dia . Hok oloh yang tu pun nak nangis . Time dekat rumah tok tu boleh pulak dia tak layan mama dia ni . Jumpa kawan je terus lupa mama . Mama tak nangis pun . hehe . 

. Amnea Jumpa Kawan Baru .

Posted by shukriah sharuddin at 18:44 0 comments
Salam bloggers!

Sabtu baru ni aku dapat jemputan ke majlis perkahwinan kawan karib aku time sekolah rendah dulu merangkap kawan time dekat UiTM :) dekat Penang . Sebelum kenduri tu ada la plan nak jumpa kawan-kawan UiTM dulu . Maklum la dah lama tak jumpa kan . Ada yang dah kawen dan ada anak dah pun . Cepat sungguh masa berlalu . huhu . Dekat bawah ni sedikit sebanyak sesi bergambar dengan pengantin dan kawan-kawan . Layanzz ^_^y

 1. Amnea bersama pasangan mempelai

2. Bersama kawan-kawan UiTM

3. Amnea atas pentas

4. Lagi bersama pengantin

5. Mama bersama kawan-kawan SKAI

6. Amnea & Aidiff (baby boy Irni)

7. 1st time met - with Aidiff


8. Kami singgah di Pantai Queensbay

9. Mama & Amnea <-- cumil tak kami??!! ^_^y


Oke itu saja gambar yang ingin dikongsi . :) (psst..semua gambar walid yang ambil, so gambar walid tak ada!! hehehe) tenks walid!!! Kami sayang walid! muahmuah!
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea