. Hobi Amnea .

Salam Rabu kawan-kawan :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjalankan kehidupan seperti biasa pada hari ini . :) . Harini mamanea (eh ada nama baru plak . hehe . nickname yang aku guna untuk keek dan wechat . Jom add!! hahaha . sempat lagi promote . Jangan marah haaa) nak ceritakan mengenai hobi Nur Eiman Amnea . [Oooo patut la guna nama mamanea . hahahaha . Mestila singkatan untuk mama amnea!! <-- oke iklan! . hahaha] 

Hobi si Amnea ni suka main-main dengan buku . Dalam erti kata lain, dari kecik lagi mamanea dah latih dia main-main dengan buku . Dulu mamanea belikan baby softbook tu . Macam gambar kat bawah ni :


Tapi bila dah besar sikit, mamanea belikan color, buku latihan, dan coloring book untuk Amnea . Memang nampak dia berminat dengan buku-buku ni . Coloring book ofcos untuk dia color-color kan . Pandai color??  Mestilah dia pandai! hahaha . Color ikut kesesuaian umur dia la orang kata . Senget sana senget sini . Bukan dah macam color dah . Somot-somott semuanya! haha . Sambil nak color-color tu mamanea ajarkan dia nama-nama benda/binatang yang dia color tu contohnya gambar kasut . Mamanea akan cakap : "oke jom kita color kasut ni" . So lama-lama dia akan tahu itu kasut . Alhamdulillah Amnea kalau kita ajarkan dia, sekali saja dia akan ingat benda tu . Tapi ajar benda yang simple-simple dulu ikut kemampuan dia la kan . At least dia tahu dan faham apa yang kita bagitahu . :) . Bila dia dah color and kita puji : "wow cantiknya Amnea color!! Tepuk tangannnnn" . <-- Nahh lagi la dia duk pulun color . haha . Tekan color sampai jadi terang . kihkihkih~

. senget-senget badan pulun duk study . :)

. pesyen meniarap tu bila buat homework . hehe .

Buku latihan pulak untuk dia lekat-lekat sticker . Pergi pasar malam atau supermarket mesti mamanea belikan sticker untuk Amnea . First time beli dia oke je . Kita ajar-ajarkan dia lekat dalam buku latihan tu alhamdulillah dia tahu lekat sendiri . Kita just bagikan sticker tu dekat dia . Dah banyak dah koleksi buku latihan dia . :) . Lepas dia tahu aktiviti melekat-lekat ni best, memang asyik nak melekat je la dia . hehe . Sampaikan kalau kita bawa dia pergi pasar malam, then jumpa sticker, memang jerit-jerit la dia sambil cakap : "mama,lekat!" . Duk tersengih-sengih gedik-gedik la dia dekat situ . hehe . Teruja jumpa sticker . A'ah dia panggil "lekat" sebab time duk ajar dia melekat-lekat sticker dekat buku latihan tu, mamanea selalu cakap : "Oke lekat dekat sini" . Sebabtu la dia panggil sticker tu "lekat" . hehe . 

Pulun duk lekat-lekat . Buat homework la tu gayanya .

. haaa style tak? hahaha . kau ade? :P

Lagi satu mamanea belikan Amnea alphabetic poster (yang gambar animal) dan lekat dekat dinding . Memang hari-hari la dia jadi cikgu dan ajar diri sendiri . hehe . Buat masa sekarang hanya dengar bunyi ABCIMNZ . Alif Ba Ta Ya . Ikut sedap mulut dia la nak sebut apa . hehe . Tapi semua bercampur konon duk mengajar la tu . Lawak betul mamanea dengar . 

. Cikgu Kecik Amnea .


Dan yang paling dia suka mestila bab-bab mengaji ni . Bila nampak mamanea atau walid nak mengaji, memang kalut tarik buku atau tunjuk-tunjuk nak mengaji jugak . Kalau kita bagi buku biasa memang dia takmau . Nangis-nangis nak Al-Quran jugak . So mamanea pun bagila Al-Mathurat/Yassin tu . Atau buku doa-doa harian tu . Janji ada tulisan Jawi dekat buku tu . hehe . Ya memang dia kenal pun tulisan Jawi atau tulisan rumi biasa . Kalau ada Jawi memang untuk mengaji . heheh . Itu la kot yang dia set dalam otak dia . Tak apa la kan at least dia dapat bezakan yang Jawi dan yang rumi . :) . Lepas dah dapat buku tu mengaji la dia sama naik dengan kita . Alhamdulillah dia dah pandai baca "Bismillahirrahmanirrahim" <-- memang dengar dia baca tu walaupun ada la yang tertinggal kan . :) . Kalau kita baca Al-Fatihah pun dia ikut . Tapi just keluar satu-satu kalimah je la . 

Ustazah Kecik Amnea . hehe . In Shaa Allah

Mamanea dengan walid selalu jugak bawak Amnea pergi kedai-kedai buku kalau keluar jalan mana-mana . Selalunya kami pergi kedai buku Popular la . Paling best pergi Popular time walid dapat Baucer Buku la . hehe . Yang paling happy mestila mamanea ni . Sungguh-sungguh cari novel . hahaha . Antara aksi Amnea di kedai buku ada dekat bawah ni k :

 . mamanea bacakan buku untuk Amnea yang time ni tahu hisap jari je . hehe


 . time ni dah besor dan boleh pilih buku dan baca sendiri . hehe

. kusyuk duk tunjuk apa la tu sayang mama ni .

. time shopping pakai baucer buku walid . berbakul-bakul bagai . haha .hoorayy!! . ^_^

Oke itu antara hobi-hobi Amnea yang sempat mamanea cerita . Pening dah kepala ni sebab nak cerita sambil cari gambar-gambar . hehe . Sampai sini dulu oke . Nanti update lagi . Tata! ^_^

Comments

Popular Posts