. Ujian .

Posted by shukriah sharuddin at 17:04 0 comments
Salam Selasa 

Tahun ni banyak betul ujian yang datang menimpa kami sekeluarga . Kadang-kadang sedih bila fikirkan semua ini tapi semua ujian yang Allah berikan bererti Dia masihkan sayangkan kami . 

Ermm semalam kereta rosak lagi . Tak boleh nak hidup . Hubby kata starter yang rosak . Entahlah . Baru ni pun dah hantar workshop . Ingatkan dah ok semua tapi masih belum ok . Kereta ni start asyik masuk workshop lepas terlibat kemalangan dulu . Ada saja benda yang rosak . :((

Dah banyak duit habis untuk repair kereta ni . Nak jual pun sayang sebenarnya . Tapi taktau la lepas ni macam mana . Sepatutnya belanja repair untuk kereta ni pun dah boleh bayar untuk beli kereta baru . Tapi tu la kan, semuanya perlu duit . Buat masa sekarang ni memang kewangan kami belum stabil  sebab hubby pun belum posting lagi . Hanya kesabaran yang perlu kuat dalam diri . Harap-harap kami tabah hadapi semua ini . InsyaAllah . Amin~

. Tak Sihat .

Posted by shukriah sharuddin at 23:21 0 comments
Salam Khamis :(

Badan tak sihat . Demam + batuk + selsema . Semalam balik kerja kena hujan . huhu . Cuaca harini nampak cerah . Alhamdulillah . Takla bermandikan hujan lagi aku hari ni . :( . Esok mungkin aku ambil cuti atau MC . Kalau rajin pergi klinik, dapatlah mc tapi kalau tak rajin nak pegi terpaksa la guna cuti rehat yang hanya berbaki 7 hari lagi tu . hukhuk . Ok la doakan aku supaya cepat sembuh tau . Kesian kalau si budak kecik amnea terjangkit plak dengan mama dia ni . :((

. Kereta Merajuk .

Posted by shukriah sharuddin at 17:31 0 comments
Salam Rabu (:

Alhamdulillah kenyang sudah perut ini lepas diisi dengan nasi lemak telur mata . <-- sejak cuti sekolah ni, inilah menu aku hari-hari plus tiga ketul kuih . Kuih kak tu jual sedap . Nasi lemak kurang sikit tapi boleh la kalau nak makan . :)

Back to title, sepanjang cuti sekolah aku datang kerja naik motor . Merempit lebih save sebab kalau drive, petang-petang nak balik mesti jalan jammed . Yang tu yang tak boleh nak hadap tu . Thats why la aku merempit . Di samping dapat elak dari jammed, dapat jugak aku save belanja .

Tapi kereta kecilku merajuk pulak . huhu . Dia tak mau hidup . Start pun bunyi pelik yang keluar . Jawapannya DUIT la apa lagi . Aduhai kereta . Time fulus tak ada la nak buat perangai . Aku ni bukan reti nak repair pun . Terpaksa la tunggu si suami pulang esok . Mintak-mintak la dapat direpair . Amin~

. Sweet Sangat Nur Eiman Amnea .

Posted by shukriah sharuddin at 17:58 0 comments
Salam Isnin Sekali Lagi (:

Sangat sweet anak mama semalam . Mama perasan anak mama ni dua tiga hari ni selalu nak manja-manja dengan mama . Tok Ton cakap Amnea rindu dekat walid kot . hehe . Mama pun rasa macam tu . Walid tak balik minggu lepas . Kiranya dua minggu la Amnea tak jumpa dengan walid . Kesian dekat anak mama sorang ni . 

Semalam anak mama tak mahu tidur . Tiba-tiba walid call . Mama bagi Amnea cakap dengan walid . Dia senyum suka sangat . hehe . Walid pesan dekat Amnea suruh tidur sebab mama nak pergi kerja esok . Dia jawab "ha" . Semua yang walid cakap, Amnea respon . Walid suruh sayang (kiss) walid, Amnea terus kiss phone mama bagi dengar bunyi kiss . hehe . Selalu kena pesan suruh kiss bagi bunyi tapi semalam pandai je bagi bunyi siap-siap . Tergelak mama . hehe . Saaayanng anak mama !! . 

Lepas walid letak phone, Amnea terus baring sebelah mama , hisap jari dan terus tidur . Alahai kesian anak mama . Rindu nak cakap dengan walid rupanya then baru nak tidur . hehe . Tidur nyenyak sampai ke pagi . Tak mintak pun susu . Puas la tu kot dapat dengar suara walid dia . Amnea .. Amnea .. Sweet sangat! ^_^
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea