. Ujian .

Posted by shukriah sharuddin at 17:04
Salam Selasa 

Tahun ni banyak betul ujian yang datang menimpa kami sekeluarga . Kadang-kadang sedih bila fikirkan semua ini tapi semua ujian yang Allah berikan bererti Dia masihkan sayangkan kami . 

Ermm semalam kereta rosak lagi . Tak boleh nak hidup . Hubby kata starter yang rosak . Entahlah . Baru ni pun dah hantar workshop . Ingatkan dah ok semua tapi masih belum ok . Kereta ni start asyik masuk workshop lepas terlibat kemalangan dulu . Ada saja benda yang rosak . :((

Dah banyak duit habis untuk repair kereta ni . Nak jual pun sayang sebenarnya . Tapi taktau la lepas ni macam mana . Sepatutnya belanja repair untuk kereta ni pun dah boleh bayar untuk beli kereta baru . Tapi tu la kan, semuanya perlu duit . Buat masa sekarang ni memang kewangan kami belum stabil  sebab hubby pun belum posting lagi . Hanya kesabaran yang perlu kuat dalam diri . Harap-harap kami tabah hadapi semua ini . InsyaAllah . Amin~

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea