. Berjauhan Lagi .

Posted by shukriah sharuddin at 16:34 1 comments
Assalamualaikum wbt

"Salam Maulidur Rasul SAW 1435H" 

Huhu entry ni entry sedih . Sedih sebab walid Amnea kena posting ke Sarawak Isnin depan . Dua hari lepas result posting keluar . Tapi penempatan untuk ke Sabah dan Sarawak . 

Kisahnya, walid Amnea duk bergroup whatsapp dengan kawan-kawan GSTT dia . Then walid bagitau yang posting Sabah Sarawak dah boleh check . Mamanea pun usik-usik la walid kata nak check untuk walid . 

Mamanea : "mai mama check nama abang"
Walid : "belah semenanjung tak dak lagi la mama"
Mamanea : "mai laa . saja check ja abang" <-- sambil rampas tablet walid dan gelak-gelak

Mamanea buka link yang kawan walid bagi tu dan terus masuk IC walid . Tekan SEMAK then tup!!!

Nama : Mohd Fuad bin Mohd Arshad
No KP : 830703******
Negeri Ditempatkan : SARAWAK
Tarikh Penempatan : 20-January-2014

Gulp!!! 

Mamanea : "Abangg!!! nama abang ada!!"
Walid : "isy mama ni tipu aih . betoi ka??"
Mamanea : "ni tengokkk" <-- laju-laju tunjuk tablet dekat walid
Walid : "Mamaa!!!! huhuhuh" 

Tak tau nak gambarkan perasaan . Seronok pun ada . Sedih pun ada . Seronok sebab walid dah pun posting . Sedih sebab --> alamakkk jauhhnyeee!! Dua-dua blurr . Walid kata tiba-tiba walid rasa KOSONG .. KOSONG .. KOSONG .. (ala-ala lagu NajwaLatip) . Walau apapun tetap bersyukur . Ni rezeki yang Allah SWT nak bagi dekat kami sekeluarga . Mungkin ada hikmah disebaliknya . Allah dah atur segalanya dengan baik . Mamanea cuma berharap agar segalanya dipermudahkan . Amin . So PJJ la? Ermm buat masa sekarang tunggu walid settlekan semuanya dulu . Survey tempat nun jauh di sana dulu . Kalau line clear, laju-laju mamanea packing diri sendiri dan Amnea fly ke SARAWAK! 

So cukup bulan ni mamanea dan Amnea akan berpindah ke rumah tok Amnea . Semua risau kalau mamanea tinggal berdua dengan Amnea aje di rumah sewa tu . Huhuhuhu sayangnya nak pindah sebab rasa dah seronok duduk rumah tu walaupun bukan rumah sendiri . hurmmm . *malassnya nak berkemas!*

Sekian dulu cerita sedih untuk entry sedih . isk isk . T_T

: owhh Sarawakkk, mu tunggu kami datangggg!! :

. Pengantin .

Posted by shukriah sharuddin at 22:15 0 comments
Assalamualaikum 

Pengantin? hehe ye pengantin . Semalam mamanea tengok HipTV dengan Amnea . Ada la yang tunjuk-tunjuk pasal pengantin-pengantin tu . Retiss yang kawen tahun lepas . Ada la si Black, CikTa&Zain dan sape lagi entah tak ingat . Then Amnea tunjuk :

Amnea : "mama! tu pengantinn"
Mamanea : "ya pengantin . cantiknyaaa kan?"
Amnea : "macam ciyahh je" (baru ni kan cik ah Amnea kawen . so mesti dia set dalam otak kalau pengantin tu mesti macam cik ah . hahaha)
Mamanea : "bukan la . tu orang lain"
Amnea : "ooo orang lain ka mama?'
Mamanea : "haa tu orang lain . (terus teringat nak keluarkan album mamanea kawen dulu) . Amnea nak tengok gambaq mama jadi pengantin dak?"
Amnea : "nakk . mama pegantin ka mama?"
Mamanea : "ya la mama jadi pengantin . cantikkkk ooo mamaaa . hahaha"

Dan laju-laju la mamanea keluarkan album kawen yang sangat berat tu sebab nak tunjuk dekat Amnea . First time tunjuk ni . Selama ni simpan aje dalam stor album kawen tu . hehe (; dah tengok anak mamanea ni selalu saja excited bila tengok pengantin, dan-dan la mamanea terasa nak tunjuk gambaq devassss mamanea time jadi pengantin tu kans . awww~

Amnea duk tengok album : "ni mama pengantin . ni walid pun pengantin"

Belek punya belek, tenung punya tenung, tiba-tiba:

Amnea : "Amea mana?"
Mamanea mengusik : "wuuuu Amnea tak dakk . tengok ni semua ada . qaireen ada aimi ada kakak nurin ada niesa ada abang alif ada wan ada tok ada maktok ada nekk pun ada . Amnea sorang ja takdak . mama dengan walid pun ada"
Amnea : "ni Amea" (sambil tunjuk gambaq qaireen)
Mamanea : "ni bukan Amnea . ni Qaireen la . wuuuuu Amnea sorang ja takdakk"
Amnea : "Amea duk umah tok laa" (sambil tunjuk background belakang ada rumah . dia duk dalam rumah la konon-konon time tu . hahahaha)





Hehe ape-ape aje la Amnea oi . Punya lama dia belek gambar pengantin tu . Nak simpan nangis-nangis tak bagi sebab dia kata nak tengok lagi pengantin . Uols nak tahu tak, kalau bawak pegi kenduri kawen, memang asyik tanya "mama, pengantin mane?" Kalau nampak pengantin, kemain duk tunjuk dekat mama . Sengihh sampai telinga kalau pengantin tengok dia . Hai la yangg, kalau dah anak dara tu memang cenggitu ler peelnye kans . Ala-ala gurly gittew . hehe . Itu aje nak story pasal PENGANTIN . Sekian dulu . Tenkiu sudi cekidouts!~

: Selamat Pengantin Baru buat kawan-kawan yang baru kawen!! :

. Walid Kena Jampi .

Posted by shukriah sharuddin at 05:54 0 comments
Assalamualaikum (:

Malam ni Amnea tidur awal . So mamanea kena ambil peluang ni untuk qado hapdet blog kesayangan ni . :) . Tenks pada yang sudi baca . Lagi cerita pasal Amnea . Tadi kisah Amnea dengan mamanea . Entry kali ni pulak kisah Amnea dengan walid . (;

Sambungan entry tadi . Lepas sampai rumah petang tadi mamanea terus masuk dapur sebab nak masak . Amnea pulak kacau walid buat kerja . Walid duk buat ape ntah tadi siap gunting-gunting manila card bagai . Yang mamanea dengar dari dapur suara walid duk larang jangan itu jangan ini dekat Amnea . hehe main la dua beranak oi . Jangan kacau mamanea masak sudah . :)

Tak lama lepas tu Amnea lari ke dapur and mengadu dekat mamanea : sambil tu mamanea dengar walid cakap : "mama! Amnea merajuk dengan walid"

Amnea : "mamaa, alid buat amea"
Mamanea : "alalala ciannya sayang mama ni . walid buat apa dekat Amnea?
Amnea : "alid tak agi tu . tak mau awan alid . bluwek!" (hahaha gaduh dengan walid pastu tak mau kawan dengan walid . sebenarnya walid tak bagi dia nak gunting manila card walid)
Mamanea : "alaa pi la kawan dengan walid . mama nak mandi nak sembahyang sat"

Lepas mandi solat semua kami bertiga rehat-rehat depan TV . Amnea takmau duduk dekat walid . Walid panggil pun dia tak mau . Dia kata tak mau kawan dengan walid . Merajuk dari tadi . hehe . Last-last walid baca Bismillahirrahmanirrahim then tiup dekat ubun-ubun Amnea . Nak lawan punya pasal, Amnea baca balik :

Amnea : "bismillahirrahmanirrahimmmm fuhhh!!" (dia tiup balik dekat walidd!! hahahaha . Hamik kau walid kena jampi balik dengan Amnea . kuangkuangkuangg)
Tergelak mamanea dengan walid . Amneaaa Amneaaa . ^_^y . 

: Try baca doa dan hembus di ubun-ubun anak yang tak dengar cakap . Inshaa Allah keajaiban berlaku! :

. Sabar Itu Separuh Daripada Iman .

Posted by shukriah sharuddin at 05:31 0 comments
Assalamualaikum uols :)

Uols nak baca satu cerita lawak tak? :) Petang tadi mamanea balik kerja then terus pergi ambil Amnea dekat rumah tok Amnea . Then singgah dekat kedai pemborong untuk beli barang-barang dapur . Beli kicap , sos , cabai , sayur , bawang-bawang dan sebagainya . <-- oke bukan nak cerita pasal nak masak ape malam ni tau . hehe

Amnea pun macam biasa la ikut mamanea ke hulu ke hilir . Dia pun rembat jugak apa yang dia nak . Macam biasa roti gardenia coklat dan air kotak . Belum sempat nak bayar, si anak dara siap letupkan roti gardenia tu dah . haha . Kasi letup sebab nak makan ler . Then, lepas bayar terus masuk kereta nak balik rumah . On the way dalam kereta tu Amnea mintak mamanea bukakan air kotak . Mamanea pun dengan lemah lembut berdialog dengan Amnea :

Amnea : "mama buka sat ayaq" (sambil hulurkan air kotak dekat mamanea)
Mamanea : "sat tau mama tengah drive . satgi sampai rumah mama buka tau" (kena cakap lembut-lembut dengan anak dara ni . kalau tak mengamuk ler dalam kereta tu)
Amnea : "mama buka sat niii" (adoi dia suruh buka lagi)
Mamanea : "sat ja satgi kita sampai dah rumah . depan tu ja lagi . Amnea sabaq tau . sabar itu separuh daripada imann"
Amnea : "buka la mamaaa" 
Mamanea : "mama kata apa tadi yanggg . sabar itu separuh daripada??? iiimannnn . (panjang mamanea tarik tu . hehe) Nama Amnea Nur Eiman Amnea kan? Amnea kena la sabaq .

Then mamanea ulang lagi : "sabarrr ituuu separuhhh daripadaaa....?? "  <-- sambil ikut jugak mamanea cakap
Amnea sambung : " Nur Eiman Amnea!!!!" 

hahahaha . Alamakk anak dara mamanea tersalah konsep pulakkkk . Adoiyaiii . Oke itu saja cerita lawak daripada anak dara mamanea . Sekian :))

: Ibu bapa perlu banyak sabar dalam mendidik anak-anak <-- ingatan untuk mamanea :

. Latihan 'No Diaper' Success!! .

Posted by shukriah sharuddin at 19:45 0 comments
Assalamualaikum wbt

Wahh baru berkesempatan nak hapdet aihh . hehe . Tarik nafass dulu . Fuhh!! Oke today nak story pasal anak dara <-- macam biasa ler . Tengok tajuk post pun dah boleh agak mamanea nak story ape kans?? 

Ya betull!Story pasal anak dara mamanea tu dah tak pakai diaper . Sebelum ni mamanea ada cuba try test tak pakai diaper dekat Amnea . Tapi weekend aje . So hari biasa masih pakai diaper . Mula try tu time Amnea nak masuk 2yo tapi on off  sebab kadang-kadang weekend keluar jalan . So memang wajib la pakai diaper kans . hehe . Dekat rumah tok pun on off jugak sebab tok cakap tak sempat nak pantau tiap masa . huhu . Kalau weekend duduk dengan mamanea, tiap saat tiap detik kena tanya nak kencing atau berak tak . hehe . Almaklumla mama Amnea ni takut kena mop satu rumah . kuikuikui . 

Latihan 'No Diaper' ni terhenti agak lama . Sebab masa <-- oke salahkan masa (sebenarnya kemalasan mamanea sendiri) haha . Tiba satu masa tu Amnea sendiri yang tak mahu pakai diaper . Bila kasi pakai aje dia tanggal . Tok pun cakap macamtu . Mungkin sebab dia rimas dan satu lagi sebab tengok kakak Aimi (sepupu Amnea)  tak pakai diaper . So tok pun layankan aje tak kasi Amnea pakai diaper . Alhamdulillah tok kata Amnea kencing dan berak di toilet . :) Kebetulan satu hari tu diaper dekat rumah tok Amnea memang tinggal satu . Tok Amnea lupa nak bagitau mamanea . So satu hari tu memang betul-betul 'No Diaper' la!! hehehe . Orang yang paling gembira dengar berita ni mestilah mamanea! Yeaaahooo!! Dah boleh save dekat diaper . Tq sayang!!! hehe . Cuma malam nak tidur aje pakai diaper <-- kalau tak pakai memang hari-hari la kena sidai tilam! hahaha . 

Tapi sekarang nak keluar pun Amnea tak mau pakai diaper . Semalam walid bawak mamanea dan Amnea ke Pekan Ahad dekat rumah maktok . Sebelum keluar memang suruh kencing dulu ler . hehe . Diaper pun spare jugak dalam beg ni takut atas kereta nanti Amnea cakap nak kencing ke nak berak ke tak sempat nak cari toilet, laju-laju la sarukkan aje diaper tu . hahaha . Nak dijadikan cerita, dekat Pekan Ahad tu, sambil jalan-jalan beli ikan bagai, mamanea tergerak nak tanya Amnea :

mamanea : "Amnea nak kencing dak?"
Amnea : nak aak! (berak ler tu)
mamanea : "haaa??nak berak??betoi ni??
Amnea : "Amnea tut . hehe " (kentut haha)

Dengan tanpa membuang masaaaa, mamanea terus jalan laju-laju ke toilet . Nasib baik ada toilet! hahahaha . Dah sampai di toilet dua-dua toilet ada orang pulakk . hahahaha . Terus pass Amnea dekat walid suruh guna toilet laki . Rupanya walid kata Amnea tak berak pun . Kencing aje . Betul ler dia cakap dia 'tut' aje . kuangkuangkuangg . Penat mamanea marathon aje tadi . Buat saspen betul Amnea ni . hahaha . Itsoke sayang take your time untuk biasakan diri :) <--untuk mamanea jugak .

So kebimbangan mamanea sebelum ni untuk ajar anak tak pakai diaper dah pun hilang . Sebelum ni selalu google cari maklumat macam mana nak ajar anak tak pakai diaper dan pada umur berapa . Ada jugak mintak petua dan cara dari kawan-kawan . Dari info yang mamanea dapat, paling awal kanak-kanak tak pakai diaper setahun lebih (selalu yang momies surirumah atau yang taska or BS tolong ajarkan) . Ada jugak yang 3yo/4yo ikut kanak-kanak tu sendiri . Kira oke la Amnea 2yo dah boleh bagitau sendiri nak kencing/berak . Alhamdulillah :) dapat lagi satu experience tentang anak . hehe . 

Sedikit cara/petua dari mamanea untuk ajar anak tak pakai diaper : ikut pengalaman mamanea dengan Amnea
  • Bagitau contoh : mamanea selalu bagitau Amnea yang kakak Aimi PANDAI kencing/berak di toilet .  Mama dengan walid pun pandai . Nanti mesti Amnea tanya : "Amnea?" <-- dia nak mamanea cakap dia PANDAI jugak :) . time ni dan-dan la nak pegi toilet bila kita cakap dia pun pandai . hehe . Kes nak puji ler ni
  • Tiap 5minit tanya : kena tanya selalu sama ada nak kencing atau tak sebabnya nak ingatkan anak supaya kena kencing di toilet
  • Ajak ke toilet : try ler ajak . sure kencing punya! haha . kadang-kadang kalau tanya tu memang jawapan 'tak' je selalu . Bila pegang tangan bawak ke toilet, 'ade' plak ye kencingnye . hehe . ikut sela masa yang sesuai ler . takkan seminit sekali nak ajak . ye dak? tunggu ler tiap setengah jam :) . Lagi-lagi lepas minum susu 
  • Jadikan rutin : Maksudnya kat sini, bila anak dah biasa tak pakai diaper, jangan pulak tiba-tiba pakai pulak . Nanti dia keliru dan lupa kena kencing dekat mana . Cuma kena cakap baik-baik,explain elok-elok . macam mamanea cakap dekat Amnea lepas makan malam : "malam-malam nak tidoq Amnea kena pakai pampers tau" . So dia akan faham . Kadang-kadang dia tanya Aimi pakai pampers?Niesa pakai pampers?Ayeen pakai pampers? Iye kan aje .  Kes nak tiru orang jugak ni . hehe
  • Pesan : Mamanea selalu pesan/tanya dekat Amnea : " kalau Amnea nak kencing/berak kena kencing/berak di mana?" Amnea : "bilik ayaq" . So kena la jawab bagi dia excited sikit macam cakap : "betulll!!! yayy" atau "pandainyaa!!!" . Confirmla sengeh-sengeh sampai pipi sebab bagi jawapan yang betul .
  • Oke actually bergantung kepada anak jugak . Lagi cepat anak pandai cakap, lagi cepat la dia pandai nak bagitau nak kencing/berak tu . Macam mana nak train anak cakap? kita sendiri kena keluarkan perkataan tu . Contoh : time kencing, cakap la yang dia tengah kencing/syusyu/syisyi atau sebagainya . kalau berak, cakap la dia tengah berak/poopoo atau bahasa yang kita nak dia kenal . Cakap ulang-ulang . So dia bolehla tau nama perbuatan tu . 
Oke itu saja yang sempat mamanea share kali ni . Rasanya dah panjang berjela sangat dah entry mamanea ni . Kang sampai muntah-muntah orang nak baca . hehe . Pada yang sudi baca tu tenkiu banyak-banyak . :) Pada yang ada anak tu, boleh la kalau nak intai-intai cara yang mamanea share tu . Sekian dulu ye . tata!~

: comel aje tengok buntut tak pakai diaper tu . hehe :
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea