. Rekod Berat .

Posted by shukriah sharuddin at 19:35 0 comments
Assalamualaikum :)

Hai semua . Hope semua sihat-sihat macam selalu . Semalam mamanea kena bawak Amnea pergi klinik untuk timbang berat 1 tahun 9 bulan . Penimbang dekat klinik tu betul ke tak eh? Selalu saja tak sama dengan penimbang dekat rumah . Semalam nurse tu timbang Amnea 10.6kg . Erkk? Hari-hari Amnea timbang diri dia sendiri dekat rumah 10.8/9 macam tu . Mamanea pun bajet timbang di klinik jadi 11kg la . Sekali tak sampai 11kg pun . 

Haa cakap pasal berat ni, terasa macam nak share saja berat-berat Amnea dari baby sampai sekarang . Jom cekidout :)

Umur : Berat

Lahir : 2.61kg
1month : 3.9kg
2month : 4.6kg
3month : 5.3kg
4month : 5.9kg
5month : 6.4kg
6month : 6.7kg
8month :7.2kg
10month : 7.8kg
12month/1year :9.4kg
15month/1y3m : 9.8kg
18month/1y6m : 10.1kg
21month/1y9m : 10.6kg

So far graf berat Amnea oke lagi . Normal . Alhamdulillah . :) . Anak momies yang lain macam mana??

: Berat mamanea tak mau share ke???hehehe :

. Lagu Kanak-kanak #2 .

Posted by shukriah sharuddin at 20:33 0 comments
Assalamualaikum semua :))

Ceria-ceria harini sebab pagi tadi hujan mula turun walaupun pada awal paginya mamanea sampai ke sekolah dengan keadaan cuaca yang berkabus dan gelap . Walaupun hujan turun hanya sekejap sudah cukup untuk membersihkan sikit udara yang kini tercemar . :) Alhamdulillah . Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi . Berkat doa semua orang dan dengan keizinan Yang Maha Esa, jerebu yang membelenggu penduduk Malaysia kini semakin pulih . In Shaa Allah . Amin~

Entry baru ni mamanea nak share lagi satu lagu kanak-kanak yang mamanea ajar kepada Amnea . Sambil berbosan-bosan membelek phone, mamanea terjumpa satu video yang mamanea rakam ni . Teringat pulak janji mamanea haritu nak share lagu "Bangun Pagi" . huhu . Oke jom cekidout sama-sama jom! :)

video

Lirik lagu ni mamanea telah 'renovate' . hehe . Kalau nak join menyanyi sila ikut lirik di bawah :

Bangun Pagi

Bangun pagi, gosok gigi
Cuci muka, pakai baju
Minum susu, bawak buku
Saya pergi sekolah

Sebenarnya mamanea sendiri tak ingat lirik lagu asal . Sebab tu terkeluar lirik sendiri . huhu . Jangan marah ye . ^_____^

: Next entry lagu Satu-satu saya sayang Allah :) :

. Peringatan Dari Yang Maha Berkuasa .

Posted by shukriah sharuddin at 18:46 0 comments
Assalamualaikum semua :)

Selamat pagi semua kawan-kawan mamanea . Hope pagi ni semua orang ceria dan memulakan tugas masing-masing dengan bersemangat waja . ^_^y . Pagi ni mamanea bangun ke kerja seperti biasa . Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bernafas pagi ini . Hari ini sekolah sunyi sikit sebab budak budak sekolah dan cikgu-cikgu cuti peristiwa sempena Hari Anugerah Kecemerlangan yang telah diadakan pada Sabtu lepas (22/6/2013) . Kenapa mamanea tak cuti? Ermm sebab kami staf-staf tak terlibat pun dengan Hari Anugerah yang telah dijalankan tu . Kalau terlibat, kami juga akan dapat cuti peristiwa ni (isy kenapa la Boss besau tak mintak kami terlibat . isk isk)

Syukur ke hadrat Ilahi jugak sebab cuaca pagi ni sangat baik . Hati memang mula risau dengan keadaan jerebu di sesetengah negeri yang semakin membimbangkan . Jerebu sudah pun merebak di kebanyakkan tempat dan sesetengah negeri sudah pun diisytiharkan sebagai darurat . Darurat bererti cuaca sangatlah tidak sihat dan berada pada aras yang sangat bahaya . 

Mamanea nasihatkan kepada negeri-negeri yang terlibat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan minuman air kosong yang banyak, tidak melibatkan diri dengan aktiviti di luar rumah dan sentiasa memakai face mask . Sedia maklum, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 300 pun dah masuk paras bahaya (beracun) . Inikan pula sekarang bacaan IPU dah pun mencecah ke 700++ . Sangat-sangat merbahaya . 

Baru-baru ni Pulau Pinang dikejutkan dengan ribut yang mampu merobohkan bangunan menara konkrit . Keruntuhan jambatan kedua yang sedang dibina . Johor pula negeri terawal diserang jerebu . Merebak hingga ke Melaka, Negeri Sembilan , Selangor, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi . Ya Allah, jika ini adalah teguran dan amaran untuk kami, kami bersyukur ya Allah kerana Engkau masih memberi peluang kepada kami untuk terus berdoa dan kembali kepadaMu . Sesungguhnya kami leka dan alpa dengan nikmat duniaMu . 

Terlalu banyak kemungkaran yang berlaku di atas dunia ini . Mamanea sebenarnya sangat sedih dan takut bila baca status orang-orang di Facebook yang seperti menyalahkan jerebu . Ada yang kata jerebu menyusahkan . Jerebu menghalang kegiatan harian . Jerebu merimaskan . Jerebu itu . Jerebu ini . Kenapa mereka masih tidak sedar bahawa jerebu dan lain-lain bencana yang kita dapat ini adalah kerana perbuatan kita sendiri? Masih belum bersyukurkah kita bahawa Allah masih sayangkan kita dan masih diberi Ujian untuk kembali mengingati dan mendekatkan diri kita kepada Allah? T____T . Penting sangatkah urusan dunia hingga urusan akhirat dibelakangkan? Ermm .

Sebaiknya kita sujud syukur dan banyakkan berdoa daripada menjerit sana sini menyalahkan takdir Allah . Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada HIKMAH disebaliknya . Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa . Peringatan buat semua dan diri sendiri . :((

: Ya Allah ya Tuhanku ampunkan dosa-dosa kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang beriman . Amin~ :

. Lagu Kanak-kanak #1.

Posted by shukriah sharuddin at 21:59 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari buat semua :)

Sebenarnya dah lama mamanea nak buat entry pasal lagu kanak-kanak ni . Dulu masa belajar di tadika, cikgu tadika selalu ajar lagu-lagu dekat kita kans? Masa standard one pun kita ada kelas muzik . Macam-macam lagu yang kita belajar . Siap ada buku muzik lagi . Buku latihan yang ada line merah-merah kecik-kecik besar tu . KansKans?? Ingat lagi tak?

Mamanea masih ingat satu lagu ni yang bertajuk 'Semut' kalau tak silap . hehe . Ala lagu yang cerita pasal semut tu . Dekat buku muzik mamanea sebelah tu tulis lirik lagu tu dan sebelah lagi yang ada ruang kosong tu kena lukis-lukis . Mamanea lukis semut berdasarkan lirik lagu tu . hehe memang lawak time tu sebab mamanea punya pening macam mana nak lukis semut yang sedang terbang di udara . hahaha . Ada lagi antara lagu 'Bunga Mawar', lagu 'Berkelah' <-- lagu berkelah ni mamanea pening time nak lukis gambar orang melompat . Time tu kan kecik lagi . So tak pandai nak lukis kaki yang melompat nak senget-senget ke mana . hahaha . Ermm ingat-ingat balik time zaman kecik-kecik dulu memang best dan memang banyak kenangan yang tak dapat nak dilupakan .

Cepat saja masa berlalu dan sekarang mamanea sudah pun ada anak seorang . (bila nak tambah anak lagi ni???hehehe) . Dengan anak lah pulak mamanea main . Macam-macam benda la mamanea ajarkan si anak dara tu termasuklah mengkompos lagu untuk budak kecik tu . Antara lagu yang mamanea ajarkan ialah lagu untuk mengenal nombor . Nombor satu dua tiga dan juga one two three . Ada dua version lagu yang mamanea reka-reka ni . hehe . Satu version orang melayu satu version orang putih . hehe . 

Oke ni video yang sempat mamanea rakam . Yang ni versi omputih . Meh kita cekidout dulu video ni meh :

video

Macam biasa mamanea just rakamkan suara si budak kecik tu . Then edit-edit ler letak gambar . Dapat dengar tak suara budak kecik tu menyanyi? Oke lirik sebenar lagu mamanea reka ni seperti di bawah:

1. Versi Omputih :)

One two three four five
Six seven eight nine ten
Ten fingers, Ten fingers
Clap clap
Hoorayy!!

2. Versi Orang Melayu :)

Satu dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan sepuluh
Sepuluh jari, Sepuluh jari
Tepuk tepuk
Horayyy!!

Lagu ni mamanea reka sekali dengan gaya tau . Keluarkan jari satu-satu . Dah sampai sepuluh, kita jemput-jemputkan jari . Then tepuk tangan dan katakan Hoorayy!! . yayy . Amnea pun dah tahu gerak gaya lagu ni . Nanti ada masa mamanea rekod gaya yang Amnea buat . Mamanea just rekod suara kali ni sebab lagu ni mamanea reka time nak tidurkan Amnea . Sebelum tidur kena layan-layankan dia dulu . Tup-tup lagu ini terkompos dengan sendirinya . hehe . 

Sekejap saja mamanea ajarkan Amnea lagu ni cepat saja dia dah ingat . Kadang-kadang tu duduk saja-saja mula lah dia nyanyi sorang-sorang . Bukan setakat Amnea, walid pun dah boleh hafal lagu mamanea ni . hehe . Budak-budak ni cepat belajar kalau benda tu berkaitan dengan muzik . Kita sendiri pun macam tu kans? Muzik ni sedikit sebanyak membantu dalam pembelajaran . Contohnya lagu nasyid Kumpulan Raihan yang bertajuk 'Nama-nama Rasul' . Senang saja kita nak hafal nama-nama Rasul tu . Kans? 

Sebenarnya ada lagi mamanea ciplak lagu dan buat lirik sendiri . Nanti mamanea rekod dulu then mamanea share lagi di sini oke? ^__^y . Kalau uols nak ciplak lagu mamanea buat ni dan ajarkan kepada anak atau adik atau anak sedara pun oke saja . Enitaimm ^_^ . Oke stop sini dulu untuk hari ini . Walid Amnea pun dah bising sebab mamanea online lama sangat dia kata . hehehehe . Tenkiu kepada yang sudi layan blog mamanea . Luv uols <3 .

: Tunggu next entry mamanea pasal lagu Bangun Pagi :

. Cerita Nenek .

Posted by shukriah sharuddin at 20:59 0 comments
Assalamualaikum semua (;

Semalam mamanea ada buat status pasal Amnea menyanyi lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' . Baru tadi mamanea rekod suara Amnea menyanyikan lagu tu . Banyak kali rekod sebab budak tu asyik nak main-main . Penat buat recoding dengan budak kecik ni T___T . Fuiyo dah macam composer pulak mamanea ni . hahaha . Video tu ada di bawah ni . Video mamanea edit sendiri dan masukkan rakaman suara budak kecik tu . Jom kita layan dulu . hehe . 

video


Dan harini mamanea nak share satu kisah di sebalik lagu "Nenek nenek" ni . Kalau ikutkan lirik lagu ni :

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa dapat dia yang jadi

Kalau tak salah mamanea lagu ni adalah lagu dari cerita filem P.Ramlee yang bertajuk Musang Berjanggut kans? Lagu ni orang menyanyi time main permainan tutup-tutup mata di mana seorang yang akan dipilih untuk menjadi nenek dan matanya akan ditutup dan perlu duduk di tengah-tengah . Manakala yang lainnya akan pusing-pusing mengelilingi nenek itu . Selesai menyanyikan lagu nenek nenek, si nenek yang kena tutup mata ni akan mencari la mangsa seterusnya untuk dijadikan nenek . hehe . Macam gitu ler ceritanya . :))

Kalau ikut kefahaman mamanea mengenai lagu ini, maksud tersirat lagu ni macam nak seram-seram sikit . kanss? Siapa perasan?? hehehe . Sebenarnya mamanea nampak lagu ni macam seram-seram sikit sebab terpengaruh tengok cerita "Nenek Kebaya" <-- haa siapa pernah tengok cerita ni dekat TV???

Cerita Nenek Kebaya ni kan seram . Ala yang Diana Rafar berlakon tu . Yang nenek dia paksa kahwin dengan laki tua lakonan ayah Sara Raisuddin tu . Ada la kisah-kisah nenek ni kahwin dengan anak raja . Pastu ada la dendam-dendam lama . Yang seramnya cerita ni sebab the truth nenek kepada si cucu ni sebenarnya dah meninggal dunia . huhu . Mayat yang mereka jumpa pun dah reput-reput bagai . Serammm . Ee takut nak cerita banyak-banyak . 

Kalau nak relate lagu ni dengan zaman datuk nenek kita dulu, macam lagu berunsur saka saja . Di mana nenek yang mempunyai saka ni duk mencari cucunya untuk diwariskan saka tersebut . huwaa takutt!! . Wahai cucu-cucu sekalian, beware!! hahahaha. Oke oke tak mau cerita dah . Sila faham sendiri . Bye!!!!!!!!!!!

: Orang tua-tua dulu kalau melarang sesuatu mesti bersebab kan? :

. Dah Boleh Jadi Kakak??? .

Posted by shukriah sharuddin at 17:25 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuanya :))

Sambil duk layan novel 'Suami Aku Ustaz' tiba-tiba mamanea teringat satu cerita . Suatu cerita yang agak lucu bagi mamanea . Cerita si kecil yang mampu berfikir dan berkelakuan agak seperti orang dewasa . Terus mamanea terfikir nak share cerita dalam blog . Oke sebelum tu mamanea nak tanya : Siapa baca entry mamanea pasal Saya Dah Tinggi?? <-- kalau belum baca, sila laju-laju baca dulu!! ^____^

Cerita yang mamanea nak ceritakan pagi ni ada jugak kena mengena dengan entry tu . Pada suatu hari tu mamanea sibuk memasak di dapur untuk lunch . Selesai memasak bagai dan hidangan pun tersedia di atas meja, mamanea pun terus ke ruang tamu untuk panggilkan walid dan Amnea lunch sama-sama . 

Mamanea : "Abang! jom kita makan . Mama dah lapaQ la"
Walid : "Ok mama"
Mamanea : "Amnea jom makan cepat . Nak nasi dak?"
Amnea : "Acik nak" <-- terus berjalan laju-laju tuju ke dapur . 
Mamanea : "Lauk semua ada atas meja dah walid . Nasi ja mama tak ambik lagi" (walid dan Amnea terus ke dapur tapi mamanea masih duk tengok TV . hehe)
Walid : "Oke mama" <-- walid pun dengan rajinnya ambil pinggan untuk kami tiga orang dan cedukkan nasi dari rice cooker . 

Mamanea yang dari tadi masih di ruang tamu pun segera tuju ke dapur . Tiba-tiba mamanea terpandang meja makan . Aikkkk??? 

Mamanea : "Sapa yang ambik cawan ni walid??" <-- sambil tunjuk cawan plastik color hijau atas meja
Walid : "Lailahaillallahhhh" <-- walid terus terkejut sambil buat muka macam orang terkejut la . hahahaha . 

Mamanea terus ketawa dan ketawa sambil peluk-peluk anak dara mamanea yang sorang tu . Ermm apa yang membuatkan mamanea ketawa???? Kenapa walid terkejut sampai buat muka terkejut??? heheheh . Uols nak tahu tak? Si anak dara tu ambilkan cawan plastik tu tiga biji . T.I.G.A!! <-- untuk kami tiga orang la . huhu . Lepastu mamanea tengok dalam gelas plastik tu siap ada air kosong . Air kosong yang dia ambil dari tong air tu la . Tong air mana?? Haa sebabtu mamanea suruh baca entry yang berkaitan tu DI SINI . Ya Allah Ya Tuhanku . Anak sekecil ini mampu nak berfikir macam ni . Tolong mamanea dan walid sediakan cawan untuk minum . :)) . Mamanea dah penat-penat masak, walid tolong ambilkan nasi, dan anak dara kecik tolong sediakan cawan!!! hehehe . Bahagia sungguh mamanea rasa saat itu . Berkali-kali la mamanea puji anak dara tu . Apalagi kembang semangkuk la dia . ^__________^y . Yang paling nak tergelak air yang dia ambil tu seciput je . hehe . Sekali minum dah habis . kihkihkih . 

Dan dua hari lepas, berpetang-petangan sambil tengok TV, mamanea suapkan anak dara tu makan nasi . Walid pun makan nasi sekali . Cuma mamanea saja yang tak makan sebab dah makan time kesayangan-kesayangan mamanea tu tidur . Lepas dah makan empat lima suap, anak dara tu cakap nak 'air teh' <-- semua air dia panggil air teh . 

Amnea : "mama nak ayaQ teh"
Mamanea : "Kita makanla dulu . Satgi mama ambik ayaQ dekat Amnea tau" <-- sambil mamanea pujuk suruh makan dulu .
Amnea : "Amau . Nak ayaQ teh"
Mamanea : "Amnea pi ambik sendiri kat dapoQ"

Tanpa berlengah teruslah si anak dara tu laju-laju jalan ke dapur . Lama jugak tunggu dia ambil air tu . Ambil air dekat tempat biasa la . hehe . Mamanea memang dah letakkan cawan plastik di aras bawah rak pinggan tu supaya anak dara tu boleh capai sendiri . Tiba-tiba dengan bersopan santunnya anak dara tu jalan slow-slow ke arah mamanea sambil bawak dua biji cawan isi air kosong . hehehe . Satu dia bagi mamanea . Mamanea pun letak la di bawah . Lepas tu satu lagi dia pegang sambil cakap :

Amnea : "ni Amnea nya" <-- nak bagitahu air satu lagi tu dia punya la . 
Mamanea : "Oke duduk minum elok-elok"
Amnea : "Alid nya na??" (walid punya mana?) <-- dia tanya sebab dia tengok cawan dekat walid tak ada . hehe . Ate dah kamu ambik dua saje cawan memangla walid punya tak ada . hehe . 
Mamanea : "Ni walid punya . Mama tak mau . Ni walid punya tau . :))" <-- sambil mamanea pass air tu dekat walid . Baru la anak dara tu senyum sengeh dan teruskan makan nasi . :)) hehehe .

Oke itu saja cerita lucu yang mamanea nak share . Terima kasih kepada yang sudi baca . Psstt psstt! agak-agak Amnea dah boleh jadi kakak tak?? Jeng Jeng Jeng!! ^__^y . 

: Tak dapat bayangkan kalau Amnea ada adik :

. Quran Kena Gunting T___T .

Posted by shukriah sharuddin at 21:33 0 comments
Assalamualaikum 

Hai uols . Ingat lagi mamanea cerita pasal Amnea belajar gunting? Haa? tak pernah baca? haha . Oke-oke dan itsokee . Kalau belum baca, boleh saja cekidout bila-bila masa pun . :)) . Dalam entry tu mamanea just cerita pasal Amnea baru kenal dengan gunting dan hari-hari praktis pegang gunting dan menggunting-guntingan kans . 

Kali ni mamanea nak update yang Amnea dah pandai pun letak gunting di jari sendiri . Lepas seminggu macam tu dia praktis, terus pandai dah pegang apatah lagi mengguntinggg . hoho . Hari-hari la duk semakkan  meja study dia tu dengan kertas-kertas yang dia gunting . Itsoke sepah-sepah tu . Nama pun budak baru belajar kans . :)) . Paling teruk pun mamanea kena sapu saja la kertas-kertas tu . T__T . 

Lepas gunting tu pandai pulak datang dekat mamanea dengan bawak gam nak suruh mamanea bukak gam tu . :)) . Tapi sekali saja mamanea ajarkan cara-cara buka gam, terus dia tau buka sendiri . Tapi ada jugak kadang-kadang dia tak bole bukak sendiri sebab mamanea tutup kuat-kuat dan ketat-ketat! hahaha . Takut time kita tak tengok pun dia ambil masuk mulut ke apa . Just berjaga-jaga . 

Oke dua hari lepas mamanea jemput Amnea dari rumak tok Amnea dan terus balik rumah . Time ni walid balik lambat sikit sebab dekat sekolah walid ada latihan rumah sukan . Entah dari mana datangnya kerajinan mamanea, masuk rumah tukar baju t-shirt dan terus keluar basuh kereta . Sebelum basuh kereta tu, mamanea sediakan dekat Amnea biskut dan air solivite depan TV dengan harapan dia akan duduk diam-diam tengok TV sambil menjamu selera . Mamanea pun dapatlah mandikan kereta yang terlalu somott tu . 

Mula-mula tu mamanea ingat dia sedang bersenang-senangan depan TV la duk layan cerita kartun . Sambil duk syampu-syampu kereta tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh dari dalam rumah . Mamanea pun intai-intai la dari luar rumah ni . Tak nampak pun budak kecik tu dekat depan TV . Erm ada la tu tengah main apa-apa . So mamanea biarkan je . Ada jugak mamanea duk panggil-panggil nama Amnea ni dari luar . Kejap-kejap nampak jugak dia keluar dari bilik study dia tu . Mamanea assume dia tengah buat homework la tu . Oke jugak dia tak nangis nak keluar ikut basuh kereta . <--kata mamanea dalam hati . hehehe . 

Oke dah selesai basuh membasuh tu, mamanea masuk rumah dengan tak tahu apa yang dah berlaku dalam rumah . Pergi dapur tengok ada botol kosong (botol susu Marigold kalau tak silap botol susu Goodday) jatuh di lantai . Dalam hati --> oowh botol ni la kot yang budak tu bagi jatuh sampai dengar ke luar rumah . Lepas tu masuk dalam bilik study Amnea . Masyaa Allah!! Ada Quran mamanea atas sejadah . Tepi Quran tu ada gunting budak kecik tu! Huh . Quran mamanea kena gunting!!!! Nasib baik la sikit saja . Tak pasal-pasal Quran mamanea ada corak-corak gunting dekat tepi-tepi . huhuhu . Mamanea marah la budak kecik tu : 

Mamanea : "Amnea gunting Quran mama ka??"
Amnea : "Ha"
Mamanea : "Sapa suruh Amnea gunting Quran mama?"
Amnea : "Amea" <--sambil duk sengih-sengih buat muka macam bangga-bangga sebab dia gunting
Mamanea : "Mama pesan suruh gunting kertas atas meja saja kan?? Kenapa Amnea tak mau dengaQ cakap mama?? <-- sambil dah buat muka super garang ni!! Geram betul dekat budak kecik ni .
Amnea : Sambil tersengeh-sengeh dan terus lari . T__________T

Time dekat rumah tok Amnea, tok Amnea cerita budak kecik tu ambil gunting sebelah tangan, ambil kain sebelah tangan . Dah action-action nak gunting ni . Nasib baik tok Amnea sempat tengok . Kalau takkkkk . hahahahaha . 

: Ermm dah pandai gunting ni semua dia nak gunting pulak :

. Mamaneamade .

Posted by shukriah sharuddin at 22:17 0 comments
Assalamualaikum :)

Aikk apa dia tu 'mamaneamade?' . Hehe cer teka cer teka! 'Mamaneamade' tu macam sesuatu yang mamanea buat menggunakan tangan mamanea sendiri . Amboi susah betul la nak explain . Selalu kan orang cakap homemade la handmade la . Haa macamtu la . Apa yang mamanea dah buat? Erm baru-baru ni terfikir nak buat sendiri flash card ABC dekat Amnea . Sedia maklum, flash card ni ada saja jual bersepah-sepah di kedai . Di internet pun ada orang jual . Tapi mamanea nak jugak buat sendiri! Bukan sebab mamanea rajin atau tak mampu nak beli (ala murah saja kan harga di kedai) tapi sebab mamanea suka dan minat! ^_^y . 

Jom tengok hasil kerja tangan mamanea . Tidak lah secantik mana . Just simple . Orait lets cekidout!~

1. Print abjad-abjad ABC-Z  dengan menggunakan pelbagai jenis kertas warna (;

2. Guntingkan abjad-abjad dengan kemas (; 

3. Lekatkan abjad-abjad yang digunting tadi pada kad keras (seperti dalam gambar) (;
kad keras tu kalau nak buat sendiri pun boleh dengan menggunakan kotak atau apa-apa jenis kertas yang keras . Untuk projek mamanea ni, mamanea just beli saja kad keras di kedai . hehe . 35 keping RM3.50 . 

4. Siap!! (; 

Lepas ni boleh la demo dekat Amnea . Harap-harap Amnea bertambah minat untuk belajar . Kalau kita tengok yang jual di kedai tu, flash card dia ada abjad dan gambar mengikut abjad . Mamanea ni malas nak google-google bagai even nak letak huruf kecil pun malas . hehe . Kalau datang kerajinan tu, mungkin mamanea akan add on saja di belakang kad . Oke jugak kans ^____^y .

: Agak-agak boleh buat business flash card tak?hahaha . Owh mamanea bukan businesswomen :

. Macam Mana Nak Suruh Anak Dengar Cakap? .

Posted by shukriah sharuddin at 00:49 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan (;

Wah-wah best sangat bangun pagi tadi rasa sejukkk saja sebab semalam hujan lebat sangat . Rasa malas sangat nak bangun pergi kerja (tapi kena bangun jugkk T___T) . Eh eh entry kali ni bukan nak cerita pasal sejuk-sejuk tu . hehe . Just nak cerita pasal semalam . 

Semalam mamanea tinggal berdua saja dengan Amnea sebab walid Amnea kena pergi Kulim iring budak-budak sekolah adakan perkhemahan . Malam baru walid Amnea balik rumah . Macam biasa la mamanea ni buat kerja-kerja rumah . Malam tu mamanea lipat-lipat baju . Si budak kecik Amnea tu duk study sorang-sorang . Ni ha duk buat kerja-kerja dia tu : 


Punya kusyuk buat kerja sampai tak nampak orang lain dah . Tapi oke lagi la sebab dia tak kacau mamanea . So mamanea pun sambung lipat-lipat baju lepas nak tergelak tengok anak dara tu buat kerja sorang-sorang . :)) . Tapi kusangkakan panas hingga ke petang . Rupa-rupanya hujan di tengah hari . hehe . Dia dah bosan buat homework, dia datang kacau mamanea pulakkk . Adeh . Kacau macam mana?? Haa meh tengok sini :


Nampak tak apa yang mamanea capture? (Tak nampak ke jari-jemari yang kecik tu?? )Haaa kalau tak nampak meh tengok yang ni pulak :

. Tadaa!! .

Tu tu duk main-main dalam almari pulak dia . Selalu sangat nak kacau mamanea kalau lipat kain baju . Ermm . Penat-penat kita susun baju-baju dia dalam almari, kejap lagi senget-senget balik . huhu . Kadang-kadang tu geram sangat sebab kita ada lagi benda lain nak dibuat, duduk lipat kain baju pun dah jadi berjam-jam kena buat dua tiga kali . Marah pun dia gelak-gelak balik dekat kita ni . 

Ada satu tabiat Amnea ni suka hisap jari . Lepas kena marah dan dia gelak-gelak tu dia terus hisap jari . Mamanea pun marah la tak kasi dia hisap jari . Lagipun dah nak masuk dua tahun pun masih nak hisap jari lagi . Jari tu pun dah berbekas dah . Dia lari dan hisap jari lagi . Mamanea pun tengok dia dengan buat muka garang macam nak marah sambil cakap :

Mamanea : "Jangan hisap jari tu Amnea! Nanti mama tak mau kawan!"
Amnea : Tersengeh-sengeh sambil duk tunjuk hisap jari lagi . 
Mamanea : "No! No! No!" <-- sambil buat tangan macam nak tampar tu . Nak tahu tak dia buat macam mana ? hehe . Meh tengok dalam gambar dekat bawah ni :

. Tu duk menyorok di sebalik kerusi sambil hisap jari .

Hok olohh macam la mamanea tak nampak dia hisap jari belakang kerusi tu . Hurmm nakal betul la Amnea sekarang ni . Geram pun ada . Nak tergelak pun ada . Nampak terhegeh-hegeh pun ada . heheheh . Amnea . Amnea . 

Satu lagi cerita time siang . Mamanea duk iron baju kerja . Amnea pulak buat aktiviti dia sendiri . Tiba-tiba maklong Amnea call . Mamanea pun letak iron dekat tempat dia tu (yang dekat iron board) dan keluar bilik untuk jawab call . Amnea masih ada dalam bilik iron tu . Time mamanea nak keluar jawab call tu, mamanea ajak Amnea sekali keluar . Tapi si Amnea ni tak keluar-keluar bilik pulak . Mula-mula ingat dia duk ralit sepahkan barang-barang walid . Lepas habis cakap dekat phone, mamanea masuk bilik tengok baikkk punya si kecik tu duk iron baju mamanea!!! Ohmakjemahhhhhhhhhhhhhh!! . Dah tu sambil sengeh-sengeh pulak dia . Yang tangan tu dah pegang iron dan letak atas baju mamanea! . Nasib baik jugak mamanea dah slowkan level heat tu . (eh betul ke orang panggil level heat?hahaha) . Dan nasib baik jugak mamanea cakap sekejap saja di phone! Kalau tidak memang berlubang la baju mamanea!!! isk . isk . Ni muka budak baru lepas kena marah sebab pandai-pandai nak main iron . huh! (time ni sempat lagi duk meneran nak poopoo . hahaha)


Marah sebab risau kalau-kalau iron panas tu terkena tangan ke terjatuh atas kaki ke . Isy bahaya betul la . Silap mamanea jugak tak dukung dia sekali keluar bilik . Adoiii . Nasib baik la tak kena apa-apa . Hurm~ Oke itu saja nak cerita . Tenkiu kepada yang sudi baca . Sekian .^_^

: Kalau walid tak ada di rumah, kelam kabut la mamanea dengan budak kecik tu . huhuhu :

. Cara-cara Menyediakan Larutan Bahan Kimia .

Posted by shukriah sharuddin at 19:05 1 comments
Assalamualaikum semua kawan-kawan :))

Hai hai hai! Buat apa tu? Mesti semua tengah sibuk buat kerja kans? Oke pagi ni mamanea nak kongsikan satu daripada tugas mamanea di lab ni . Lab? Oh bagi sesiapa yang belum tahu, mamanea adalah seorang Lab Assisstant di sebuah sekolah . Mamanea ditugaskan untuk bekerja di lab Kimia, Biologi dan Fizik . Walaupun tiga matapelajaran Sains Tulen, namun lab yang digunakan hanyalah dua . Dan mamanea bekerja dengan seorang lagi rakan setugas . 

Semalam mamanea ada dapat order untuk eksperimen Kimia . Order ni maksudnya mamanea kena sediakan  radas/bahan dan larutan kimia untuk digunakan dalam eksperimen . Ikut peraturan, cikgu-cikgu yang ingin membuat sebarang eksperimen, perlu menghantar borang pesanan barang tiga hari (hari bekerja sahaja) sebelum eksperimen dijalankan . So semalam mamanea dapat borang pesanan daripada cikgu Kimia form 5 . Eksperimennya akan dijalankan pada minggu hadapan . Disebabkan rakan sekerja mamanea cuti dua hari, mamanea kena siapkan larutan kimia ni sorang-sorang la . Oke contoh borang pesanan eksperimen adalah seperti dalam gambar di bawah . ^_^

. Contoh borang pesanan radas/bahan untuk eksperimen .


Oke jom cekidout barang-barang yang perlu digunakan untuk membuat larutan kimia . :)) . Pagi ni mamanea sediakan larutan Silver Nitrate (AgNO3) atau dikenali juga sebagai Argentum Nitrate . Untuk eksperimen kali ini, Larutan AgNO3 yang diminta adalah berkepekatan 0.5moldm-3 sebanyak 1000ml x 2 . 

. Dah bersedia untuk belajar?? Oke jom cekidouts!!~ .


1. Sediakan barang-barang seperti di bawah :
(volumetric flask 1000mlx2, AgNO3, rod kaca, beaker, distilled water, spatula, electronic balance, filter funnel)


. Ini adalah Silver Nitrate 100g . Harganya untuk 100g tu RM400 . huhu sangat mahal . 



2. Timbang bahan kimia yang hendak digunakan 
(formula n=mv/1000)
. Kalau ikutkan larutan yang mamanea nak timbang ni, mamanea perlukan 85g AgNO3 untuk menyediakan 0.5moldm-3 untuk 1000ml .
. mamanea gunakan beaker untuk timbang .



3. Campurkan bahan kimia tadi dengan air suling dan kacau hingga larut 
. mamanea kacau menggunakan rod kaca .


4. Masukkan larutan kimia yang telah larut tadi ke dalam volumetric flask 1000ml


5. Campurkan air suling/distilled water hingga mencatat bacaan 1000ml
. Di sini mamanea gunakan botol air suling tu untuk cukup kan air suling hingga bacaan 1000ml supaya kita tak terlajak masukkan air . :)) . Macam mana nak buat bacaan?? Oke dekat volumetric flask tu memang dah ada tanda aras 1000ml . So masukkan air suling hingga paras yang ditanda itu saja . Ada jugak bahan kimia seperti asid, kita tak perlu cukupkan air hingga ke tanda aras sebab nanti bahan kimia tu akan meruap sendiri dan cukupkan bacaan . 


6. Oke next kita hanya perlu goncangkan volumetric flask seperti dalam gambar di bawah untuk sebatikan larutan :) .


7. Last sekali label perlu dipamerkan pada larutan bahan kimia tersebut . 
. Nampak tak label putih tu? Dekat label tu perlu tulis nama larutan, formula, kepekatan dan tarikh . Contohnya macam ni --> Silver Nitrate, AgNO3, 0.5moldm-3, 14/6/2013



Oke siap!! So macam mana? Senang kan nak menyediakan larutan kimia di lab? hehe . Ini baru contoh larutan kimia yang biasa . Kalau rajin nanti mamanea ajarkan pulak cara-cara nak menyediakan larutan asid . Asid ni lain sikit . Kena banyak berhati-hati . Oke sekian terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca . ^_^y

: Saya juga budak baru belajar . Kalau salah tolong tunjukkan :) :

. Usaha Membuahkan Hasil .

Posted by shukriah sharuddin at 06:27 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian ^_^

Tersenyum-senyum mamanea sambil menaip entry malam ni tau uols . Happy sangat-sangat macam baru dapat baby . Baby?? hehehe . Actually entry kali ni mamanea nak update pasal Projek Taman Mini mamanea tu . Uolss nak tau tak pokok cili mamanea dah keluarkan cili tau! Yes! Betul! Mamanea pun baru perasan petang semalam lepas pulang dari tempat kerja . 

Ceritanya begini:
Ahad malam mamanea baru sampai ke rumah selepas enam hari meninggalkan rumah . Dah malam-malam tu tak perasan la apa yang telah terjadi pada pokok-pokok Taman Mini mamanea tu . Before masuk rumah, mamanea just siram pokok-pokok kesayangan mamanea yang kehausan selama enam hari itu . huhu . Sedih kan . Nasib baik jugak hujan turun membasahi tanah dalam pasu . Walaupun tak masuk ke tanah sepenuhnya . So dalam keadaan gelap memang tak nampak la keadaan pokok-pokok tu  semua . 

Oke keesokkan harinya selepas pulang dari kerja, mamanea terkejut beruk tengok pokok pandan mamanea daunnya habis kekuningan . huhu . Luluh hati tengok keadaan pokok tu macam tu . Rasa bersalah pulak tinggalkan pokok-pokok tu lama-lama . Mesti sangat-sangat dahaga! Sori! Sori! Sori! Tanpa berlengah mamanea terus potong semua daun-daun yang kuning-kuning tu dengan harapan ianya akan tumbuh kehijauan lepas ni . Hopefully! T_____T . Laju-laju jugak mamanea bajakan semua pokok-pokok dan siram dengan penuh kasih sayang . :(((

Itu bad story . Dalam keadaan yang letih dan sedih lagi pedih, tiba-tiba mamanea terpandang pokok cili a.k.a cabai melaka yang sedang tumbuh meninggi dengan berbunga-bunga putih . :)) . Belek punya belek tup-tup wahhhh!!!! <-- kira macam menjerit la tu sebab gembira . hahaha . Cabai melaka dah keluarrrr!!! hooyayyy!! Lompat bintang!! Nak tengok tak gambar??? Orait! Lets cekidouts!~

. Tadaaa!!! .
. nampak tak ??? . 

Hehe walaupun cabai tu baru keluar dua biji (cabai orang panggil biji ke??) telah menghappykan mamanea dua tahun! ^____^ <--senyum sampai ke telinga . Oh pokok cabaikuuu . Inilah yang dikatakan kejayaan yang sebenar . Tanam sendiri dan hasilnya keluar di depan mata sendiri . Mamanea telah beroleh kemenangan yang pertama!!!!!! Sangat berharap pokok cabai ni akan bertahan lama . Amin amin amin~

: Mamanea suka sangat-sangat-sangat-sangat dengan cili a.k.a cabai melaka!! :

. Walid Ke Yang Salah ? .

Posted by shukriah sharuddin at 19:48 0 comments
Assalamualaikum semua :)

Rasanya tak lengkap hari mamanea kalau tak bertyping bersama blog ni kans . Eerrmm apa ya nak cerita dalam entry kali ni? Ermm ermm fikir-fikir . Ha! oke mamanea cerita pasal budak kecik tu saja la . Oke tak? Sebab cerita pasal budak kecik tu memang tak pernah habis . hehe . 

Situasi cerita ini adalah dalam kereta . ^_^ . Kisahnya budak kecik Amnea ni memang tak reti nak duduk diam-diam dalam kereta (mana-mana saja la yang kita pergi) . Tiba suatu hari ni walid bawak kereta dan nak belok . Si budak kecik ni pulak asyik bangun ke sana sini . Kejap ke belakang kejap ke depan . Kejap bertenggek atas riba mamanea . Kejap main itu kejap main ini . Tiba-tiba time walid belok tu, budak kecik tu tersenget-senget . So terjatuh la sikit kans . Dengan tidak semena-mena dia tenung walid sambil duk kerut-kerut kening tu dan cakap :

Amnea : "Apa alid ni? Janganla walid!"  <--sambil nak tampaQ walid . hahaha .Mamanea pun gelak la Amnea marah-marah walid . Tapi walid masih tak faham . Pastu Amnea duk buat muka garang dan cakap pada mamanea :
Amnea : "Mamaa alid ni" <-- sambil ambil tangan mamanea nak suruh mamanea pukul walid . :)))


Mula-mula walid tak faham kenapa Amnea buat macamtu . Lepas mamanea bagitahu yang walid bawak kereta laju sampai dia senget-senget baru la walid faham . hahaha . Dia yang tak duduk diam . Bila dah nak jatuh salahkan walid pulak . T__________T . Tapi mamanea sokong Amnea! Marah je walid tu kalau walid bawak laju-laju lagi oke? hehehe . Sayanggg Amnea!! 

: Give me 5 sayangg!! :* :

. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan .

Posted by shukriah sharuddin at 22:40 0 comments
Assalamualaikum semua ^_^

Amboi lamanya tak bermanja-manjaan dengan blog mamanea ni . huhu . Rindu sangat dah ni nak bertyping-typing . Bukan tak ingat nak berblog tapi tak ada masa nak update . hehe . Nak tau tak ke mana menghilangnya mamanea seminggu ni? <-- amboi tanya kalah retiss aih . hehe . Tak mau tahu pun mamanea nak cerita jugak . :)) . Sebenarnya mamanea jalan-jalan ke KL . Woww keyelll~

Ambil cuti empat hari (bermula Selasa hingga Jumaat) menghabiskan cuti sekolah . Saja nak bawak si kecil tu jalan-jalan . Kebetulan jugak maktok Amnea ajak ke KL . So jalan sekali la . Tambahan pakcik-pakcik sedara Amnea semua tinggal di KL . Jadi boleh la jalan-jalan melawat kawasan . :)) . 

Bertolak pagi Rabu dari Padang Benggali (rumah maktok) dan sampai KL pukul 3 lebih macamtu sebab walid Amnea cari jalan tak jumpa . hehe . Sampai saja KL kami disambut oleh hujan yang sangat lebat . Best jugak bila hujan . Tak lah rasa panas . hehe . Malam pertama stay rumah Mak sedara Amnea di Setiawangsa . Malam tu lepas Maghrib bawak Amnea pergi jalan-jalan tengok KLCC . Naik LRT you . Wahh bestla Amnea first time dapat naik LRT . :)) . Ramai jugak manusia-manusia malam tu walaupun malam weekdays . Seronok sangat lah budak kecik tu tengok banyak lampu-lampu dalam kolam depan KLCC tu . Lari sana lari sini . Jom cekidout gambar dulu . ^_^y

#Hari Pertama : Setiawangsa --> KLCC

. Proses membeli tiket LRT .
(budak kecik tu kalut jugak nak tengok)


. Tunggu LRT tiba . 

. Seat VIP tu . hehe

. walid . amnea . maktok . syafiq .

. captain LRT yang kecil . :))

. Welcome to KLCC sayang kecil mamanea!! .

. Join kakak Wani dan Abg SyafiQ tengok lampu dalam air pancutan .

Gambar yang mamanea ambil dari kamera handphone tak banyak sangat sebab banyak pakai kamera anak sedara mamanea . Tak sempat pulak haritu nak transfer dari kamera dia . So layankan je gambar-gambar yang tak berapa nak clear sangat ni . hehe . 

#Hari Kedua : Setiawangsa --> Zoo Negara --> Sate Kajang -->Putrajaya

Hari kedua (Khamis) bawak Amnea pergi Zoo Negara . Tapi yang tak bestnya masuk saja dalam zoo terus hujan dengan lebatnya . Ermm tak ada rezeki nak tengok binatang-binatang dengan lebih dekat . 

. Just arrived .

. Tunggu walid beli tiket .

. Tunggu nak naik tram .

. hujann . huhuhu . 

Time sampai Zoo ni pun dah petang pukul 4.00pm macamtu lebih kurang . Zoo tutup pukul 5.00pm . Tambah hujan pulak . Aduhh memang betul-betul tak ada rezeki . Tapi naik jugak tram walaupun hujan turun renyai-renyai . Just pusing satu round saja . Jadi la daripada tak dapat nak tengok apa-apa langsung kan . Mahal jugak masuk Zoo Negara ni . Dewasa RM33 . Nak naik tram tambah lagi RM3 satu kepala . Dah tu naik pusing satu round saja sebab hujan . Memang sangat-sangat rugi . Sepatutnya pihak zoo bawak la pusing dua tiga round sebab bayaran untuk satu round dalam keadaan cuaca hujan memang sangat-sangat tidak berbaloi . 

Keluar Zoo terus balik Setiawangsa dulu sebelum keluar makan ramai-ramai di Satay Kajang . Malamtu semua adik beradik family walid berkumpul . Mamanea tak snap gambar sebab dah snap pakai kamera anak sedara mamanea tu . Lepas makan Satay Kajang, terus pulang ke Putrajaya pulak ke rumah pakcik sedara Amnea . Bermalam di Putrajaya .

#Hari ketiga : Putrajaya --> Cheras --> Kajang

Hari ketiga just stay di Putrajaya (Jumaat) . Seharian rehat makan ridur sahaja . Kesian dekat kami tak ada siapa-siapa nak bawak pergi jalan-jalan . huhu . Nak ke rumah member pun tak ada siapa yang nak melawat  . So just tunggu hingga malam sebab malam tu ada jemputan Kenduri Kesyukuran di rumah abang sulung walid Amnea a.k.a rumah Paklong Amnea (actually rumah mil Paklong Amnea) . Makan-makan sampai lewat malam dan pulang terus ke Kajang pulak . Juga rumah pakcik sedara Amnea . hehehe . 

#Hari keempat : Kajang --> Padang Benggali --> Penang (Kenduri Acap) --> 1st Avenue

Hari keempat (Sabtu) lepas Subuh kami bertolak pulang ke kampung halaman (Padang Benggali) . Sampai sini lebih kurang pukul 2.30pm . Sampai rumah terus mandi-mandi dan siap-siap untuk ke kenduri kawan UiTM mamanea di Penang . Kira rushing jugak sebab takut lewat sampai . Gambar pengantin ada di bawah ni . Lets cekidouts!~


Nasib baik sempat jugak jumpa pengantin . Risau jugak kot-kot pengantin ada sesi outdoor petang tu . Tapi nasib baik pengantin tak pegi outdoor . hehe . Tapi ada sedikit terkilan jugak sebab tak dapat nak jumpa sahabat-sahabat yang lain yang pergi lebih awal dari kami . Ada jugak yang pergi lebih lewat dari kami . heheh . Tak apa lah tak ada jodoh nak jumpa . Lepas lepak sekejap dengan pengantin, kami pun beransur la . 

Tiba-tiba dapat plan nak bawak Amnea tengok wayang . ^_^y . Laju-laju mamanea ajak walid Amnea pergi singgah 1st Avenue . Kami tengok wayang tajuk 'Epic' . Best cerita ni . Sangat comel . Ye cerita kartun . Ini first time Amnea tengok wayang . Mula-mula risau jugak takut-takut Amnea tak tahan duduk lama-lama dalam panggung tu . Tapi so far oke saja . Sebab cerita kartun . Dan ramai yang bawak budak-budak . So Amnea ni tak duduk diam la duk intai-intai budak-budak dalam panggung tu . hehe . Oh lupa nak bagitahu, kami ambil couple seat . Muat-muatla untuk kami tiga orang . hehe . Belikan Amnea popcorn . Separuh dah habis di luar panggung! hahaha . Mula-mula nak mintak bean seat tapi tak ada pulak . So couple seat pun oke . Nak last-last cerita baru la si Amnea ni tidur . Entah dia tengok berapa percent je cerita Epic tu . hehehe . Habis saja cerita terus pulang ke Padang Benggali . Amnea tidur dari dalam panggung hingga ke esok paginya . hahaha . 

#Hari kelima : Padang Benggali --> Permatang Saga --> Nibong Tebal

Hari Ahad tu kami pergi kenduri kawan walid yang jadi pengapit walid time kenduri kami dulu . Siapa lagi tak lain tak bukan uncle Matwan ler . Ha jom tengok gambar pengantin dekat bawah ni :


Lepas kenduri terus drive pulang ke Nibong Tebal . Huh very-very long journey . Badan masih terasa letih tapi kena gagahi jugak bangun pagi tadi datang kerja . Oke penat dah typing-typing . Jumpa lagi di lain entry! Tata uolsss . ^_^/
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea