. Dah Boleh Jadi Kakak??? .

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuanya :))

Sambil duk layan novel 'Suami Aku Ustaz' tiba-tiba mamanea teringat satu cerita . Suatu cerita yang agak lucu bagi mamanea . Cerita si kecil yang mampu berfikir dan berkelakuan agak seperti orang dewasa . Terus mamanea terfikir nak share cerita dalam blog . Oke sebelum tu mamanea nak tanya : Siapa baca entry mamanea pasal Saya Dah Tinggi?? <-- kalau belum baca, sila laju-laju baca dulu!! ^____^

Cerita yang mamanea nak ceritakan pagi ni ada jugak kena mengena dengan entry tu . Pada suatu hari tu mamanea sibuk memasak di dapur untuk lunch . Selesai memasak bagai dan hidangan pun tersedia di atas meja, mamanea pun terus ke ruang tamu untuk panggilkan walid dan Amnea lunch sama-sama . 

Mamanea : "Abang! jom kita makan . Mama dah lapaQ la"
Walid : "Ok mama"
Mamanea : "Amnea jom makan cepat . Nak nasi dak?"
Amnea : "Acik nak" <-- terus berjalan laju-laju tuju ke dapur . 
Mamanea : "Lauk semua ada atas meja dah walid . Nasi ja mama tak ambik lagi" (walid dan Amnea terus ke dapur tapi mamanea masih duk tengok TV . hehe)
Walid : "Oke mama" <-- walid pun dengan rajinnya ambil pinggan untuk kami tiga orang dan cedukkan nasi dari rice cooker . 

Mamanea yang dari tadi masih di ruang tamu pun segera tuju ke dapur . Tiba-tiba mamanea terpandang meja makan . Aikkkk??? 

Mamanea : "Sapa yang ambik cawan ni walid??" <-- sambil tunjuk cawan plastik color hijau atas meja
Walid : "Lailahaillallahhhh" <-- walid terus terkejut sambil buat muka macam orang terkejut la . hahahaha . 

Mamanea terus ketawa dan ketawa sambil peluk-peluk anak dara mamanea yang sorang tu . Ermm apa yang membuatkan mamanea ketawa???? Kenapa walid terkejut sampai buat muka terkejut??? heheheh . Uols nak tahu tak? Si anak dara tu ambilkan cawan plastik tu tiga biji . T.I.G.A!! <-- untuk kami tiga orang la . huhu . Lepastu mamanea tengok dalam gelas plastik tu siap ada air kosong . Air kosong yang dia ambil dari tong air tu la . Tong air mana?? Haa sebabtu mamanea suruh baca entry yang berkaitan tu DI SINI . Ya Allah Ya Tuhanku . Anak sekecil ini mampu nak berfikir macam ni . Tolong mamanea dan walid sediakan cawan untuk minum . :)) . Mamanea dah penat-penat masak, walid tolong ambilkan nasi, dan anak dara kecik tolong sediakan cawan!!! hehehe . Bahagia sungguh mamanea rasa saat itu . Berkali-kali la mamanea puji anak dara tu . Apalagi kembang semangkuk la dia . ^__________^y . Yang paling nak tergelak air yang dia ambil tu seciput je . hehe . Sekali minum dah habis . kihkihkih . 

Dan dua hari lepas, berpetang-petangan sambil tengok TV, mamanea suapkan anak dara tu makan nasi . Walid pun makan nasi sekali . Cuma mamanea saja yang tak makan sebab dah makan time kesayangan-kesayangan mamanea tu tidur . Lepas dah makan empat lima suap, anak dara tu cakap nak 'air teh' <-- semua air dia panggil air teh . 

Amnea : "mama nak ayaQ teh"
Mamanea : "Kita makanla dulu . Satgi mama ambik ayaQ dekat Amnea tau" <-- sambil mamanea pujuk suruh makan dulu .
Amnea : "Amau . Nak ayaQ teh"
Mamanea : "Amnea pi ambik sendiri kat dapoQ"

Tanpa berlengah teruslah si anak dara tu laju-laju jalan ke dapur . Lama jugak tunggu dia ambil air tu . Ambil air dekat tempat biasa la . hehe . Mamanea memang dah letakkan cawan plastik di aras bawah rak pinggan tu supaya anak dara tu boleh capai sendiri . Tiba-tiba dengan bersopan santunnya anak dara tu jalan slow-slow ke arah mamanea sambil bawak dua biji cawan isi air kosong . hehehe . Satu dia bagi mamanea . Mamanea pun letak la di bawah . Lepas tu satu lagi dia pegang sambil cakap :

Amnea : "ni Amnea nya" <-- nak bagitahu air satu lagi tu dia punya la . 
Mamanea : "Oke duduk minum elok-elok"
Amnea : "Alid nya na??" (walid punya mana?) <-- dia tanya sebab dia tengok cawan dekat walid tak ada . hehe . Ate dah kamu ambik dua saje cawan memangla walid punya tak ada . hehe . 
Mamanea : "Ni walid punya . Mama tak mau . Ni walid punya tau . :))" <-- sambil mamanea pass air tu dekat walid . Baru la anak dara tu senyum sengeh dan teruskan makan nasi . :)) hehehe .

Oke itu saja cerita lucu yang mamanea nak share . Terima kasih kepada yang sudi baca . Psstt psstt! agak-agak Amnea dah boleh jadi kakak tak?? Jeng Jeng Jeng!! ^__^y . 

: Tak dapat bayangkan kalau Amnea ada adik :

Comments

Popular Posts