. Amnea @ Mega Kiddies World .

Posted by shukriah sharuddin at 06:38
Assalamualaikum

Just nak share pasal anak dara mamanea yang sorang tu . :) <-- nak jugak selit pasal budak kecik tu . hehe . Kisahnya terjadi time kami berbuka di Chicken Rice Shop Sunway Carnival Mall tu . Lepas dah kenyang-kenyang makan, kami pun segera la ke Surau untuk menunaikan Solat Maghrib . Macam biasa, Amnea akan ikut mamanea masuk Surau untuk Muslimah la . hehe . Kalau dulu-dulu mamanea berganti jaga dengan walid tapi dah besar sikit ni anak dara tu kena masuk surau ikut mamanea la . hehe . 

Kisahnya, si budak kecik ni pun sibuk-sibuk nak solat sama dengan mamanea . Tapi disebabkan time tu ada sorang kakak ni duk melayan dia, dia sibuk la duk tengok-tengok orang . Actually tak kusyuk jugak mamanea solat sebab takut dia ikut orang keluar kans . Selalu kalau tak ada orang pun, dia akan duduk tepi mamanea . Tapi mujur jugak time ni dia duduk dekat dengan mamanea dan mamanea boleh nampak bayang dia . 

Habis mamanea solat dan nak lipat telekung, Amnea mintak nak pakai telekung dan nak solat . Mamanea pun pakaikan la telekung yang mamanea pakai tadi dekat si anak dara tu . Sementara anak dara tu duk solat, boleh la mamanea siap-siap pakai tudung bagai . Dah habis siap-siap tu mamanea pun ajak lah anak dara tu keluar . Tapi mamanea kena marah pulakkkk . Siap kena jelir-jelir lidah . huhu . 

Mamanea : " Jom sayang kita nak balik dah"
Amnea : "tak payah!" <-- sambil jelir
Mamanea : "Jomla kita sembahyang habis dah"
Amnea : "Amau!" <-- aduh kena jeling pulakkkk

Semua orang tengok kami . huhu . Nak cakap kuat-kuat pun tak boleh la sebab orang lain tengah solat . Yang mana tengok Amnea semua orang senyum-senyum dan cakap "ala comeynya nak sembahyang . hehe". huhu . Tu tu gambar budak tu sempat mamanea snap sebab nak MMS dekat walid yang dah tunggu lama di luar surau . Banyak kali solat . Dah bagi salam sujud rukuk bagai, tiba-tiba solat lagi . hehe . Berapa banyak mau bagi salam daa . :P

Then, mamanea umpan dia la sebab dah lama sangat tunggu dia tu . Mamanea cakap nak pergi main . Terus senyum dekat mamanea dan suruh  buka telekung sebab nak pergi main . haha . Keluar surau tu mamanea cerita dekat walid pasal nak main tu . Then walid cakap ada ja Play Kids dekat dalam . So laju-laju la kami cari . Nama playkids tu "Mega Kiddies World" . Masuk untuk budak-budak RM6 dan parents RM4 . Kena pakai stokin . Tak pasal-pasal kena beli stokin dekat situ Rm2.50 satu helai . Ada sorang Chinese yang tunggu dekat luar playkid tu cakap hari biasa masuk murah . Kalau weekend atau cuti sekolah kena bayar mahal . So mamanea masuk dengan Amnea la sebabnya walid nak pergi surau untuk buat Solat Sunat Terawikh . So total bayaran RM6.00 (Amnea) + RM4.00 (mamanea) + RM2.50 (stokin Amnea) + RM2.50 (stokin mamanea) huhu . Puas la main sementara nak tunggu walid habis buat Terawikh . Kami tunggu dalam tu sampai pukul 10.00 malam . Orang tu pun dah nak tutup . huhu . Jom layan gambar-gambar yang sempat mamanea snap :








: huhu letihhhh :

10 comments:

Dzureen Darwis said...

Aaaa bestnya. Nak jadi budak2 balik lah hehe

shukriah sharuddin said...

hehehe..mamanya yg temankan masuk pun geram..rasa mcm nak main gelunsurrr...:((

Cik Mun said...

comelnye die pakai telekung...

shukriah sharuddin said...

hehe..tenkiu2!! ^_^

kacang said...

rasa macam nak jadi budak2 balikk..hehe..comel pakai telekung=D

Norhasniza Khalid said...

comelnya dia...

shukriah sharuddin said...

hehehe kan???...^_^

shukriah sharuddin said...

tima kasih!!! selamat berbuka nizaa...:))

fuadarshad said...

Mama main gelongsor tu kannn??

shukriah sharuddin said...

memg teringin nak naik..tp...tp....hehehe...

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea