. Make Over .

Posted by shukriah sharuddin at 18:36 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan ^________^

Wahh ceria-ceria di pagi Rabu ni . Kawan-kawan sihat? Mamanea harap semuanya sihat-sihat belaka . Semalam mamanea tak berkesempatan nak bermanja-manjaan dengan blog ni . Hari ini terasa nak typing-typing . hehe . Tengok tajukkk . Haaa sudahh nak make over apa pulak? Sepraiss!! 

Hahaa seprais la sangat kans . Oke-oke nak kongsi cerita si kecik Amnea yang baru belajar untuk melekat-lekat kertas pada gambar . Ala-ala make over la jugak . Macam mana tu? Macam biasa la jom cekidouts gambar-gambar dekat bawah ni . ^______^y .

. Aktiviti melekat-lekat sudah bermula . :)) .
. Kertas-kertas kecil tu mamanea potong siap-siap .

. Belajar letakkan gam dekat kertas kecik tu . 

. Saya budak kecik baru nak belajar .
. Itsoke sayang . Mama ajarkan .

. Ermmm mamanea no komen yang ni . adehh . lenguh kaki ler gamaknya tu . Tak pun dah bosan . hahaha .

. Lambat sikit nak siap sebab budak kecik ni suka jalan sana-sini . T__T .

. Kepala cat lekat kertas color lain pulak . Baru la cantik . hehe .

. Kerusi pun dah terpusing daaa .

. Tadaa!! inilah cat Amnea! . comey tak cat??
. Tapi bukan Amnea buat sendiri semua tu tau . Mamanea tolong jugak sikit-sikit . Amnea masih dalam proses nak belajar letak gam dan lekat kertas di objek . :) . 
. Cuba tengok telinga cat sebelah kiri tu . Haa itu hasil kerja Amnea yang last . Bertindan-tindan dia lekat . hehe . 

. yang ini anak-anak ayam . Hasil kerja yang pertama . Anak ayam ni mamanea yang buat sebab nak tunjuk dekat Amnea cara-cara melekat kertas . Amnea tolong sikit-sikit saja .Yang conteng-conteng tu Amnea yang buat . Sekian . hehe .

Haa make over macam tu la . Mamanea tahu semua orang pernah buat aktiviti make over ni dekat sekolah dulu kan? Semalam ada mintak walid Amnea carikan gambar-gambar binatang tu . Lepastu mamanea print semua gambar . Mula-mula tujuan nak suruh Amnea color kan gambar-gambar tu macam yang Cikgu Tadika suruh budak-budak buat tu saja . Tapi tiba-tiba dapat satu idea lain . Kebetulan Amnea pun baru belajar cara-cara gunting kertas . So memang sesuai la sambung aktiviti gunting tu kepada melekat kertas yang digunting pulak kans . :)) . Oke itu saja dulu mamanea nak cerita . Terima kasih sudi baca . :)

: Cita-cita mamanea nak jadi cikgu tadika dulu tapi tak kesampaian :) :

. Cintai Masjid .

Posted by shukriah sharuddin at 20:30 0 comments
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua kesayangan mamanea!


Semalam mamanea ada ikuti Karnival Cintai Masjid 2013 di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan . Mamanea berkesempatan pergi untuk Forum Perdana malam semalam . Ahli panel yang terlibat ialah Al-Fadhil Ust Roslan Che Rus dan Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid . Tajuk Forum Perdana "Isra' Mikraj" . Banyak pengisian yang dikongsi oleh ahli panel dengan tetamu yang hadir . Ceramah yang diberikan tersangatlah best . Ramai sangat tetamu yang hadir malam semalam . Alhamdulillah masih berkesempatan menghadiri majlis ilmu seperti ini . Amin~

: Tersentuh hati dengar kisah Ustaz Don dengan Datuk Harun Din :

. Belajar Menggunting .

Posted by shukriah sharuddin at 20:07 0 comments

Salam semua ^_^

Dua hari tak berblog rasa macam tak lengkap pulak rutin harian . hehe . Maklumla cuti tiga hari . Jemputan kenduri pulak banyak . Hari ini pun ada banyak kenduri tapi rasanya sempat pergi dua kenduri saja kot . Satu kenduri kawan mamanea dan satu lagi kenduri kawan walid . Wakil satu-satu saja . hehe . Yang jauh-jauh tu kami minta maaf la sebab tak dapat nak pergi . Apa-apapun doa kami agar semua majlis berjalan dengan lancar . Dan buat mempelai --. Selamat Pengantin Baru . Semoga berbahagia hingga ke syurga dan cepat-cepat timang baby . Amin . ^_^y

Oke berbalik pada tajuk asal entry ini . Sekarang ni mamanea dalam proses nak ajar Amnea gunting-menggunting . Pembelajaran color mencolor dan lekat melekat Amnea dah pro dah . hehe . Sekarang time untuk aktiviti mencabar sikit . Set gunting ni ada lapan jenis corak . Walid belikan untuk Amnea time dapat baucer buku tu . Dah alang-alang dapat baucer buku tu beli la siap-siap set tu . Geram tengok sebab gunting-gunting tu comel . Sebelum ni sorok-sorok dulu tak mahu Amnea tengok . hehe . Sekarang baru tunjuk dekat Amnea . Bukan main seronok lagi bila mamanea tunjukkan set gunting tu . Sekarang memang asyik nak menggunting pulak . Antara gambar-gambar yang mamanea sempat capture ada di bawah ni . Jom cekidouts!~ oooyeahh .

. mula-mula nak belajar pegang gunting .

. geram sangat tak dapat nak gunting . last-last mintak tolong mamanea letakkan gunting di tangan . hehe .

. inilah antara gunting-gunting dengan corak yang berlainan . 
. itu tangan budak kecik yang sibuk nak curi gunting! . 

. testing gunting kertas kajang . 
. lepas ni baru nak beli kertas color-color .:)
. psstpsst kertas-kertas tu mamanea potong pendek-pendek dulu . lepastu baru Amnea potong kecik-kecik .

. yang ni pulak sambung gunting-gunting lepas dah mandi wangi-wangi . 
. gambar-gambar di atas tu baru bangun pagi . belum mandi . busyuk . hehe .

. kusyuk betul bila dah pandai pegang gunting .
(yang ni keesokkan harinya)

. kusyuk sangat buat kerja . benda baru la katakan . sampai mamanea duduk sebelah pun dah tak endah dah . :))


Percubaan pertama dalam aktiviti menggunting ni agak berjaya . Amnea dah pandai gerakkan jari-jari untuk membuka gunting dan menggunting . Cumanya Amnea belum pandai nak letakkan gunting sendiri dekat jari-jari . Mesti nak mintak tolong mamanea letakkan dulu untuk dia . huhu . Kalau biarkan Amnea buat sendiri, dia just bole buka gunting tu dan pegang dengan cara yang salah . But itsoke sayang mamanea, lama-lama nanti sure Amnea pandai masukkan jari-jari di gunting tu . :)) . Mamanea always sokong sayang mamanea ni  . Dekat bawah ni ada video Amnea belajar gunting kertas . Lets cekidout!~

. video nampak tangan saja sebab Amnea seksi . hehe .

: Belajar gunting bagi pro dulu baru tukar aktiviti lain pulak . hehe . Chaiyokk sayang!! :

. Sekali Tersalah Daaa .

Posted by shukriah sharuddin at 00:23 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat kawan-kawan semua . :))

Alhamdulillah kereta walid dah selamat sampai di rumah . Harap sangat-sangat lepas ni dah tak merajuk lagi . Pagi tadi mamanea dah lepaskan rindu pada kereta kecil hitam tu . Bawak walid pergi sekolah sebab nak ambil motor yang walid tinggal time pergi camping hari tu . Masuk-masuk kereta --> aikk??mamanea makin pendek ke?? . Macam tak nampak pulak depan . Stereng dah separuh muka . hahaha . Naik kancil rasa macam tinggi . hehehe .

Oke agak kekok bawak kereta kecik hitam tu sebab stereng agak besar berbanding kereta maklong Amnea yang tukar pakai stereng kecil . Nak keluar simpang tadi mamanea tertolak wiper . Kereta kancil signal sebelah kanan tapi kereta Savvy signal sebelah kiri . Aduh dah tertukar pulak . Amnea pulak masuk saja kereta terus tanya mamanea :

Amnea : "mama, upinpin ana??" Sambil duk tunjuk dekat atas tempat CD Player . hehe Amnea pun dah tersilap . wekwek . Ingatkan mamanea sorang saja yang duk konfius-konfius . :P . 

: ada rezeki boleh la tukar kereta baru :

. Menanti Kepulanganmu --> Savvy . Eh Walid . hehe .

Posted by shukriah sharuddin at 21:40 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Tengahari :)

Eee tak sabarnya nak tunggu walid balik petang ni . Dah tiga hari (Selasa, Rabu, Khamis) walid tak ada sebab outstation bawak budak sekolah camping . huhu . Bosan jugak duduk rumah kalau tak ada walid . Bosan mamanea dengan Amnea asyik main dua orang je . hehe (mintak-mintak walid baca entry ni dan terasa nak belanja kami dua orang makan pizza! Ngeee~) .

Dan yang paling gembira tadi walid wechat mamanea cakap nak terus ke Alor Star dulu nak jemput Savvy pulang . Yayyy!! Savvy dah sembuh . Rindu sangat nak bermanja-manja dengan 'budak kecik hitam' tu . Mamanea doakan walid dan Savvy pulang dengan selamat . Amin .

So far Amnea takla nakal sangat tinggal dengan mamanea di rumah . Jemput pulang dari rumah tok Amnea, dalam kereta maklong dia layan UpinIpin macam biasa . Sampai rumah buat homework dengan tekun sebab ada kerusi baru . hahaha . Lepas tu sambung tengok cerita kartun dekat TV . Malam main-main dengan mamanea, lepak-lepak depan TV . (Nasib baik tak menangis bagai sebab malam sebelum walid outstation tu dia nangis-nangis takut . Ingatkan sebab apa . Ermmm sebab takut dekat kelekatu!!! Hok olohh) . Dah habis tengok TV, masuk bilik dan tidur . Esoknya mamanea hantar ke rumah tok Amnea dengan jayanya . Begitu lah ulang siaran untuk tiga hari ini . hehehe . 

Tapi semalam macam saspen sikit . Mamanea buka TV9 tengok cerita "Batu Belah Batu Terlungkup" <--kalau tak salah tajuk dia yang tu . Memang cerita ni cerita lawak tapi ada jugak tunjuk-tunjuk hantu bagai . Adoi . Amnea pulak terus datang peluk mamanea dan cakap "akutt mama" . Isy TV ni!! Mamanea pun peluk-peluk budak kecik tu sambil tepuk-tepuk belakang dia . (sebenarnya mamanea pun meremang bulu roma!!!) . Buat-buat gelak tengok hantu tu untuk tidak membanyangkannyaaa di rumah . huhu. Haisyyy T______T . Last-last tutup TV masuk bilik dan tidur! Lagi best . hehe . 

Psstpsst . nak tau tak, malam sebelum semalam, mamanea masuk toilet (mestilah ada hajat yang nak dilaksanakan . hahahaha) . Tiba-tiba dengar suara budak kecik tu dari luar sambil duk ketuk-ketuk pintu dan cakap ;

Amnea : "mamaaa buka catt mamaaa.." <-- sambil dengar dia duk main-main dengan selak pintu di sebelah luar nak suruh buka pintu . Arrghh sudah budak ni . Cepat-cepat mamanea selesaikan benda yang nak diselesaikan dan terus buka pintu . Risau kalau pintu terkunci dari luar siapa pulak yang nak tolong bukak . huhu . Sebenarnya kelam kabut jugak ni tinggal dua orang dengan budak kecik tu di rumah . Fuhh nasib baik harini walid dah nak balik . huhu . Amnea . Amnea . Oke setakat itu saja mampu tulis . Mau rest-rest . Tata!

: we miss you walid <3 :

. Kasut Baru .

Posted by shukriah sharuddin at 17:02 2 comments
Assalamualaikum dan Selamat Hari Khamis kawan-kawan :)

Semalam mamanea pergi pasar malam Simpang 3 . Saja bawak budak kecik dua orang tu jalan-jalan . Budak kecik mana? Amnea dan Aimi ler . hehe . Lama dah tak pergi pasal malam Simpang 3 tu . Simpang 3 di mana? Simpang 3 dekat rumah tok Amnea la . Dekat saja . Maksu Ida pun pergi . (glamornya pasar malam pun boleh masuk blog . hehehe . Untuk pengetahuan, pasar malam ni setiap hari Rabu . ^_^) . 

Just nak cerita pergi pasar malam sebab nak belikan budak-budak tu kasut baru . Jom cekidout gambar di bawah untuk tengok kasut apa yang mamanea belikan dekat budak kecik dua orang tu . ^_^y ;

 . alamak kasut Aimi tak nampak pulak .
. Aimi jaga Amnea .

. comey tak kasut budak-budak tu? . hehe
. sorang color pink sorang color hijau . 

Ecece budak-budak tu macam teror je jalan sendiri-sendiri dekat pasar malam tu . Tak mau pegang tangan kita dah . Haa ada lagi satu mamanea nak share . Mamanea ada ambil video sikit . Jap-jap upload...... hehe macam biasa lets cekidout!! ;

. plastik hitam yang Aimi pegang tu ada kasut lama . 
. dah dapat kasut baru, kasut lama diplastikkan la . hehehe . 

Oke itu saja nak cerita pasal kasut baru . Actually kasut lama Amnea yang color kuning macam bee tu dah kecik sikit . Kaki dah terlebih dari kasut . huhu . Yang baru dibeli ni size 21 20 . Agak besar tapi oke la kot tak ketat sangat . Kali ni beli color pink pulak . :)) . 

Time beli tu banyak la kasut yang disusun atas rak tu . Macam-macam color --> merah+hitam , hijau+kuning , pink+hitam , hijau+hitam , kuning+hitam , oren+hitam . Isy banyak benor nak pilih . hehe . Mula-mula Amnea tak mau kasut pink tu . Dia nampak kasut color kuning+hitam yang macam kasut lama dia . Asyik nak cakap;

Amnea : "Amau niii . Mama acut Amea" <-- sambil tunjuk kasut yang macam kasut dia di rumah tu . huhuhu   . Takkan nak beli color kasut yang sama kot . Last-last pakai jugak kasut pink tu sebab nampak kakak Aimi dah tukar pakai kasut baru . ^_^y . Berpeluh-peluh mamanea dekat situ sebab lama sangat nak pilih . 

: Kasut crocs RM10 :



. Terima Kasih Walid ^_^ .

Posted by shukriah sharuddin at 17:21 4 comments
Assalamualaikum uols

Kawan-kawan ada baca tak entry mamanea sebelum ni yang cerita pasal Amnea study tu . Alaa yang dia color-color kuku tu . Ingat tak? Kalau belum baca sila cekidouts dekat : sini : . hehehe . (promote lagi oke!) .  Entry kali ni ala-ala kesinambungan entry yang tu la . haha . 'Kesinambungan??' Hek eleh mamanea ni macam nak buat movie pulak duk sinambungan-sinambungan . hahaha . 

Oke-oke just nak 'menunjuk-nunjuk' , nak 'eksyen-eksyen' dengan uols la . hehe jangan marahhh . Petang semalam balik rumah laju-laju mamanea mandi-mandi siap-siap bagai sebab walid ada janji nak bawak pergi beli KFC . yayy! Korean youuu . hahaha . Ala bukan nak menunjuk pasal KFC tu pun . Actually nak menunjuk-menunjuk pasal . Jeng! Jeng! Jeng!! Lets cekidouts! ;

. pssst pssst perasan tak apa yang lain?? .

. isyy perasan ke tak ni?? .

Oke kalau tak perasaan apa-apa perbezaan meh kita cekidouts dekat sini pulak . Jom! :))


Haaa nampak?? Belagak tak kami? kuikuikui . Ye semalam keluar beli KFC dan tu tu kerusi kecik untuk si kecik! Kerusi tu budak kecik tu pilih sendiri . Beli dekat mana? Beli dekat Happy Home Parit Buntar . Harga? RM19 only . Sangat ciwi la budak kecik tu duk try-try kerusi tu sebab ada bunyi . Ceh! Oke itu saja nak menunjuk . hahaha . Tata!~ Ooopss terlupa "Tenks walid sebab beli kerusi dekat Amnea!"

: Lepas ni study dengan selesa la . Tak ada la nak angkat-angkat kaki letak atas meja . hehe :

. Dah Boleh Pergi Sekolah Ke? .

Posted by shukriah sharuddin at 16:36 3 comments
Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan mamanea :)

Hope semuanya sihat-sihat dan ceria-secerianya pagi ni :)) . Pagi-pagi lagi mamanea dah login blog . Semuanya sebab nak cerita pasal anak dara mamanea yang sorang tu . ^_^ . 

Semalam lepas balik kerja, mamanea pergi ambil Amnea di rumah tok Amnea . Time tu anak dara tu tengah nak pakai baju sebab baru lepas mandi . Nampak saja mamanea masuk rumah, terus dia sapa mamanea --> "mama!" dengan  buat-buat suara manja gitu uols . Owhh sweet anak dara mamanea ni . Hilang semua penat lelah (penatla sangattt . hahaha) pulang dari kerja . :))

Then tiba-tiba maksu Ida tunjuk gambar dalam handphone dia . Gambar apa?? Jom cekidouts!~ ;




. alololo agaknya macamni la gayanya kalau Amnea dah ke sekolah nanti .
. ^______^y .

Hehe . Haa gambar-gambar di atas tu la . Nak tergelak mamanea tengok time maksu Ida tunjuk tu . Terus cakap "cepat bluetooth!!" . Haha laju-laju la mamanea bluetooth sebab nak cerita dalam blog (owh sangat pulun mamanea) . Oke sebenarnya Amnea belum masuk sekolah lagi . Tudung tu Kakak Aimi punya . Kakak Aimi kan masuk PASTI An-Nasr di TSA . hehe . Maksu Ida punya kerja la tu pakaikan Amnea tudung tu . Muat-muat ja tudung tu dengan Amnea . 

Semalam tunjuk gambar-gambar ni dekat walid . Walid punya la happy tengok anak dara dia pakai tudung macam tu . Laju-laju walid tukar profile pic FB . hehehe . (walid pun pulun jugakk . yayy!!) Tengok anak dara pakai macamni rasa macam tak sabar pulak nak hantar pergi sekolah . :)) . 

: Amnea baru 1 tahun 8 bulan . Belum boleh masuk sekolah lagi :) #25/9/2013 genap 2 tahun :

. Color BUKU . Bukan color KUKU! T__T .

Posted by shukriah sharuddin at 22:31 4 comments
Assalamualaikum again . hehe . 

Weeyoo kawan-kawan . Banyak sangat ni nak cerita . Dah macam mamarazzi dah mamanea ni . hehe . Tapi mamanea tak cerita pasal orang lain tau . No!No!No! . Its all about mamanea yang perasan ni oke . hahaha .  Oke entry kali ni just nak share gambar-gambar Amnea duk study . Macam biasa, itu lah aktiviti si kecik tu hari-hari . Hope minat dengan buku ni kekal hingga ke sekolah nanti . Amin~

Oke jom kita cekidouts sama-sama! :) ;

Situasi #1: Amnea study . Mamanea lipat baju .:))

 . ambil buku sendiri dan buka pencil case sendiri .
(saya dah pandai buka zip la kawan-kawan)

. masih kusyuk men'color ' . 
. saya tak kacau mama lipat baju pun .

. lekat-lekat sticker .
. saya dah pandai ambil sticker sendiri . 
. saya tak kacau mama jugakk .

. haa nak buat ape tu?! . 

. saya dah pandai belajar sendiri . :)) 

Situasi #2: Amnea study . Mamanea tengok-tengok saja.:))
(mamanea peneman setia Amnea . <3)

 . pilih color dulu macam biasa .

. aksi study yang terlampau . huhu

. last-last color kuku! ohanakdaramamanea!! 
. Oit-oit color buku la bukan color kuku!! .
. pengsann mamanea macamni! .

Kalau tengok-tengok balik gambar-gambar ni sejuk rasa perut mamanea . Gambar bisu tak berbicara .   Namun tercatat seribu makna . Melihat gelagat dan kelakuan si anak kecil dengan dunia fantasinya sendiri . Berdikari, berfikir dan berfantasi . Indah sungguh ciptaan Allah swt . Syukur alhamdulillah kerana diri ini diberi peluang untuk menjadi seorang IBU . Setiap detik bersama si kecil sangat bermakna dalam hidup mamanea . Wahai ibu-ibu semua, jom perhati dan teliti setiap perkembangan anak-anakmu . Hargai setiap detik dan masa bersama anak-anak . In shaa Allah kita akan merasai NIKMAT menjadi seorang ibu . :))

: Amboi dah macam ucapan hari ibu pulak post mamanea kali ni . #mamanea suka jadi mama! ^_^y :

. Nak Jadi Supermamanea . ^_^y

Posted by shukriah sharuddin at 21:03 0 comments
Salam Isnin semua orang :)

Ermm susah sebenarnya nak jadi mama yang terbaik ni kans . Macam-macam kena fikir . Macam-macam kena jaga dalam mendidik anak kecil ni . Dah semakin besar, makin banyak akal pulak si kecil . Macam-macam perangai yang dibuatnya . Kadang-kadang rasa macam nak marah (memang dah marah pun) . Kadang-kadang rasa buat apa nak marah sedangkan budak tu baru kecil dan belum nak faham apa-apa lagi . Aduh serba tak kena . Nak jadi garang atau lembut? Nak jadi kawan atau lawan? Argghh pening .

Oke mama sekalian! Cepat buat pilihan . hehe . Mamanea dah lalui semua ni . Baru saja lalui sebab anak pun makin membesar . Macam-macam ragam sekarang . Semalam Amnea buat perangai . Dah la walid tak ada semalam . Mamanea tengah iron baju dalam bilik . Hairan jugak Amnea tiba-tiba senyap saja . Mamanea pun intai la tengok . Rupa-rupanya baik punya buka pampers dan baring depan TV . Owh geram tu memang ada . Takut dia syoosyoo atas toto tu . Sebelum ni Amnea taklah suka buka-buka pampers kalau mamanea tak bagi pakai panties . Hurmm~ Fikir-fikir balik, benda kecik je buka pampers tu wahai mamanea! Kalau Amnea syoosyoo sekalipun, just mop lantai balik! Kan senang!! <-- Oke senang . huhuhu .

Lepastu mamanea bagi Amnea mandi . Lepas mandi tu mamanea chillex-chillex depan TV . Mamanea buat-buat merajuk dengan Amnea . Tak mahu layan Amnea . Buat muka garang dan masam-masam ni! Budak kecik tu perasan mamanea tak layan dia . Boleh pulak dia datang dekat mamanea dan geletek-geletek mamanea (hok olohh tak geli pun) sambil cakap ;

Amnea : "ala baby-baby..nyeynyenyenye.." <-- oke sangat lawak! mamanea tahan gelak sebab dia tiru mamanea pujuk dia dengan cakap macam tu . Buat-buat geli-geli panggil baby . huh! Pentiru betul!

Last-last tak jadi marah la uolss . Terus gelak-gelak dengan anak dara tu . :)) . Mamanea perasan sekarang Amnea faham apa yang kita buat dan apa yang kita cakap . Mungkin ini perkembangan terbaru Amnea lepas baik dari demam hari tu . Ermmm wahai mamanea! Anak dara mamanea tu dah besar dan semakin hari semakin belajar benda baru . So untuk peringatan dalam diri --> behave! jangan tunjuk perangai -ve kepada anakmu itu . hehehe . In Shaa Allah ^_^y

Kadang-kadang bincang dengan walid . Antara kami berdua siapa yang nak jadi watak garang? Walid selalu cakap biar walid jadi garang dan mamanea pulak jadi lembut . Tapi macam dah tertukar watak pulak . Hahaha . Yang selalu garang-garang ni mamanea . Tapi lepas marah tukar jadi baik pulak . Last-last Amnea yang pening! hahaha . Adoi la mamanea . Apa-apapun mamanea perlu tabah+sabar+tegas+lembut+dan seumpamanya untuk menjadi seorang SUPERMAMA!! ooyeahh doakan mamanea berjuang habis-habisan membesarkan anak ini dengan sangat bertabah hati ye kawan-kawan!! ^_^y . Oke stop dulu . Tata~

: Walid kata Amnea banyak tiru perangai mamanea yang suka bebal-bebal . huhuhu :


. Tak Payah! .

Posted by shukriah sharuddin at 21:16 0 comments
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kawan-kawan!! :))

Hope semua sihat-sihat selalu . Buat apa tu hujung-hujung minggu ni? Bosan pulak rasa harini tak tahu nak buat apa . Actually Amnea dan mamanea ada di rumah tok Amnea ni sebab walid pergi Alor Star sebab nak hantarkan sparepart kereta dekat workshop . So semalam kami tidur sini la . yayy . 

Bosan melayan Fb tiba-tiba rasa nak post entry baru walaupun semalam dah pun post new entry . hehe . Best jugak ada blog ni . Kalau bosan saja boleh typing-typing . Kanss . Teringat satu cerita mamanea dengan si budak kecik Amnea tu . (alaaa lagi-lagi cerita budak kecik tu kanss . Ye la nak cerita pasal siapa lagi kalau bukan kisah budak kecik tu . hehe) Kisahnya pada suatu hari tu, mamanea sedang duk syoQ-syoQ layan TV dengan budak kecik tu . Tiba-tiba budak kecik tu duk panggil "wey-wey" <--sambil kaki duk cuit-cuit mamanea . Aik? Panggil wey-wey saja dekat mamanea?? Amboiiii dia . Biasa niiii . 

Mamanea pun marah la dia suruh panggil "mama" elok-elok . Baru dia panggil elok-elok . isyisyisyyy . Mesti Amnea ingat mamanea ni kawan-kawan dia boleh duk wey-wey macamtu . huhuhu . Sabor je la dengan  budak kecik yang tak faham apa-apa lagi tu . T_____T . Lepastu kan, Amnea bangun tuju ke TV then tutup TV . Dia lindung-lindung TV tu sambil cakap ;

Amnea : "ayah!" (ayah = tak payah)
Mamanea : "buka la balik TV tu Amnea . Janganlah lindung mama nak tengok cerita tu"
Amnea : "ayah!" <--sambil duk depa-depa tangan nak lindung . Hok oloh macam la besar sangat nak lindung-lindung bagai . T__T

Amboi diaa . Memang nak kena cubit dengan mamanea ni . huhuhu . Betul la uols sekarang budak kecik tu dah pandai nak gaduh-gaduh . Bila di rumah tok, ada geng tukang nak gaduh . Balik rumah nak gaduh dan marah-marah mamanea pulak . Adoila pening melayan budak kecik tu . Satu lagi kans, Amnea suka tiru mamanea . Mamanea kalau nak marah dia, mamanea cakap ;

Mamanea : "aipp takmau buat macamtu Amnea . Mama tampaQ satgi"

Oke sekarang duduk saja-saja nak cari gaduh dengan mamanea dia akan cakap ;

Amnea : "ampaQ ni" <--sambil tangan buat action nak tampar . huhuhu

Kadang-kadang tak pasal-pasal dia cakap ;

Amnea : "amboiii eeeca!" <--- (amboi biasa . Sambil duk jelir-jelir lidah) huh!

Haa ada satu cerita ni . Mamanea duk lepak-lepak dengan Amnea depan TV . Lepastu mamanea kacau Amnea duk kusyuk tengok TV tu . Mamanea cakap;

Mamanea : "Amnea, mama cantik tak?"
Amnea : "tampaQ ni!!"
Mamanea : "laaa cepatla cakap mama comel tak?"
Amnea : "tampaQ ni!!" <-- macam biasa duk tunjuk-tunjuk tangan nak tampar mamanea . cait!

Hahaha . Dia malas nak layan mamanea dia la tu . Geram sebab mamanea kacau dia tengok TV . Oke itu saja nak merapu untuk entry kali ni . Tulis entry ni pun hampir sejam sebab budak kecik tu duk kacau-kacau suruh dukung bagai . huhuhuhu . Oke tata dulu!! cuols di next entry! ^_^y

: Ya Allah ya Tuhanku, bantulah hambaMu ini untuk mendidik amanahMu ini sebaik mungkin .  Sesungguhnya AMANAH Engkau ini sungguh bernilai . Amin~:

. Saya Dah Tinggi! ^_^y .

Posted by shukriah sharuddin at 07:56 0 comments
Assalamualaikum uols sekalian :))

Tinggi? Mamanea makin tinggi?Takkan kot? hehehe . Bukan mamanea la uols . Untuk entry ini mamanea nak share satu video Nur Eiman Amnea . Video apa? Oke jom tengok dulu . :))


Nampak tak si anak dara tu buat apa? hehehe . Ya Allah tergelak besar mamanea dengan walid time mula-mula dapat tau yang si anak dara tu dah pandai ambil air sendiri uolss . Alahaiii senangla mamanea dengan walid lepas ni tak payah dah nak ambil-ambilkan air untuk budak kecik tu . 

Sebelum ni Amnea memang tengok mamanea duk ambil air dekat bekas air tu . Ada satu time tu dia pernah try-try nak tolak kepala bekas air tu sambil jengket-jengket kaki . Tapi time tu tak sampai lagi . Sampai pun hujung-hujung saja . Then bila dah sampai sikit-sikit, dia suka main tolak-tolak kepala bekas air tu sampai habis basah lantai . 

Tapi sekarang uols tengok la, siap ambil cawan plastik dia tu dan ambil air sendiri . Ohanakdaramamanea, dah pandai nak berdikari :)) . Video ni video pagi tadi time nak breakfast . Sempat jugak mamanea rekod . hehe . Betul tak mamanea cakap "Saya dah tinggi la mama!!" . 

: Ermm best jugak jadi mama ni kan? Semua benda kita nak rekod . Boleh jugak simpan buat kenangan ^_^y :

. Upin Ipin .

Posted by shukriah sharuddin at 21:37 2 comments
Salam semua :)

Mamanea ni asyik nak post entry baru saja kan? Sebenarnya mamanea bosan tak tahu nak buat apa . Dalam duk fikir-fikir tu ada saja cerita yang mamanea nak story dalam blog mamanea ni . Cerita di sebalik Upin & Ipin . :)) 

Owhh itu kartun kegemaran Amnea . Upin Ipin punya pasal, sanggup bangun tidur bila dengar suara Upin Ipin . Tak payah nak kejut-kejut bagai . Buka je cerita Upin Ipin terus mata pun terbuka pelan-pelan . hehehe . Dan lagi satu, kereta Mak Long Amnea yang mamanea pinjam tu ada pulak VCD Player . Abang Alif bagi pinjam VCD Upin Ipin yang terbaru <-- Abang Alif yang cakap . Baru tak baru mamanea bukan tahu pun . hehehe . Hari-hari jemput si boss kecil tu pulang, kena pasang VCD Upin Ipin . <-- budak kecil tu pasang sendiri uolssss . Kalut sangattt ni . Sekali saja dia tengok Abang Alif ajarkan mamanea macam mana nak pasang VCD tu, esoknya mamanea tak payah pasang ---> Amnea cakap "itsoke mama i pasang sendiri ". hahaha . Oke mamanea saja buat-buat dialog sendiri . :)) . 

So sepanjang perjalanan pulang ke rumah tu memang duk kusyuk tengok Upin Ipin dia la . Senang sikit mamanea nak drive . Tapi yang best, sampai saja rumah, dan-dan bangun kalut nak tutup VCD tu pulakk . hahaha . Nasib baik lagi kalut nak tutup . Kalau kalut nak tengok sampai habis VCD tu lagi parah . hehehe . Tapi oke saja sebab timing sampai rumah tu sambung tengok kartun dekat TV9 pulak . Upin Ipin lagi . Naik muntah mamanea . huhu . Dua beranak tu sama saja asyik nak tengok kartun . Walid tak lepas tengok Sepanbob . Sampai Amnea pun dah terikut-ikut . :))

Yang mamanea risaukan sekarng, kalau kereta walid dah sembuh, mana nak cari pulak VCD Player ni . Parah walid nak letak VCD Player pulak dalam kereta . (psstpsst maklong, boleh tak Amnea pinjam kereta maklong lama-lama?hehehehe) . Oke itu saja pasal Upin Ipin . Sekian dulu . :))

: Thanks Maklong & Paklong sudi pinjamkan kereta dekat Amnea :

. Selamat Hari Guru .

Posted by shukriah sharuddin at 20:53 0 comments
Salam uols

Hari ini 16 May 2013 . Semua dah maklum hari ini adalah Hari Guru seluruh Malaysia . Maka banyaklah dedikasi untuk guru-guru di Malaysia ni . hehehe . Kalau tengok di Facebook, macam-macam ucapan terima kasih si murid, bekas-bekas murid dan bakal menjadi murid kepada cikgu-cikgu . hehe . 

Mamanea awal-awal lagi dah wish . Siap post lagu 'Terima Kasih Cikgu' lagi . hehehe . Kalau tak percaya sila tengok : sini : . tapi uols kena jadi fren mamanea di : Facebook : la baru boleh tengok . hehe . (promote Facebook pulakkk) .

Betul . Jasa cikgu sungguh tidak ternilai . Sebabnya cikgu yang mendidik kita from zero to hero . Tapi bagi mamanea, cikgu yang terbaik adalah IBU kita sendiri . Sebabnya ibu kita lah yang mengajar kita dulu sebelum cikgu di sekolah . hehe . Jangan marah ye cikgu-cikgu . Mamanea yakin semua orang setuju dengan pendapat mamanea ni . Tanpa 'cikgu pertama' kita, boleh ke kita mintak susu masa kita jadi baby dulu? Boleh ke kita belajar jalan time mula-mula nak jalan tu? Siapa yang jadi cikgu dan ajarkan kita? Jawapannya mestilah --> EMAK kita kan . Yayy mamanea anak cikgu sebab mak dah ajar macam-macam time kecik-kecik dulu . :))

Oke dikesempatan ini mamanea nak ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada mamanea . Ilmu yang sememangnya amat berguna dan bernilai . Ilmu yang bakal menentukan masa depan mamanea . Terima Kasih yang tidak terhingga . (psstpsstt Selamat Hari Guru untuk Walid jugakk!!)

copypaste status facebook mamanea :
Dedikasi buat : Cikgu-cikgu tadika (Masjid dekat rumah tok), Cikgu-cikgu SKAI Penang, Cikgu-cikgu SKPTM N.Tebal, Cikgu-cikgu SMKSA N.Tebal, Cikgu-cikgu SMKA N.Tebal, Cikgu-cikgu SMKPBG P.Buntar, Lecturers UiTM Perlis & S.Alam dan yang paling ISTIMEWA --> CIKGU yang mendidik saya dari kecil sampai saya besar : MAK . I Love Uols Very Much!   

: Tema Hari Guru 2013 : Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda :

. Transform . Tinggg!!

Posted by shukriah sharuddin at 17:34 2 comments
Salam 

Hai uols . Apa khabar? Wahh-wah rasanya mamanea tak pernah tanya khabar uols kan? Alamak teruk betul mamanea ni . Hope uosl semua sihat-sihat belaka dan happy-happy selalu <-- macam mamanea *winkk* . Walaupun menghadapi pelbagai ujian dan dugaan, kita haruslah ceria-ceria selalu ^_^y . <-- petua awet muda ni tau uols . hehehe . 

Oke back to niat sebenar entry ni . hehe . Untuk entry kali ni mamanea suka nak cerita pasal kereta kecil dan basikal vespa Amnea  . :)) . Apa kaitan kereta kecil dan basikal vespa dengan transformmm?? Aaa mesti uols suspen kan?kan?kan? kihkihkih . Actually mamanea kan suka main lekat-lekat sticker dengan Amnea . So pada suatu hari ni, tiba-tiba mamanea terrrbekenan dengan sticker Hello Kitty yang mamanea beli dekat Amnea tu . 

Sticker Hello Kitty tu comel . Tiba-tiba datang satu idea gila-gila mamanea . wootwoot~ Idea apa tu?? jengjengjeng!! Kalau nak tahu idea apa, lets cekidouts!!~

1. Trasnformation kereta kecil :
. Yang asal .
. Sticker asal tu mamanea tak bekenan . Tak kreatif langsung . T___T
. Koyak semua sticker lama!! .

. Sudah ditransform!! .
. yayy banyaknya Hello Kitty . Dah jadi girly kereta kecil ni . Baru la sesuai dengan anak dara tu . hehehe . ^_^

. hon kereta pun ada Hello Kitty . :))

. Bumper pun ada you . aww~
2. Transformation basikal vespa :
. Yang asal .
. Sebenarnya vespa ni yang asal kosong je memang tak ada sticker .
. Sooo jom tukar!! . :)

. Sudah ditransform!! .
. Vespa kecil ni kaler hijau . Kebetulan ada sticker keropi . So berkeropi la vespa ni . hehe

. Mamanea minat sangat dengan katak Keropi ni . Cumil ^_^ .

. hehe dekat raga belakang pun nak lekat jugakkkk . 

Oke itu saja nak tunjuk . Si kecil Amnea tu suka sangat dengan wajah baru kereta kecil dan vespa kecil dia tu . Nak pinjamm?? Sori guys Amnea tak bagi . hahaha . Pegang rapatt je tak bagi orang lain naik . Harap anak mamanea happy dengan hasil 'tukangan' mamanea tu . heheh . 

. we're best fren ever . *wink*

: Hari-hari Amnea naik vespa kecil tu tapi kaki belum sampai nak kayuh . Mungkin jarak tempat duduk dengan tempat kayuh tu jauh sikit sebab seat dia macam ke belakang . So tak boleh nak kayuh laju-laju . Hari-hari jugak mamanea atau walid ajar Amnea untuk kayuh . Dah pandai kayuh sendiri nanti bolehla mamanea bawak main di luar rumah ye sayang ^_^y :

. Hobi Tersembunyi .

Posted by shukriah sharuddin at 20:47 2 comments
Salam kawan-kawan blogger mamanea yang tak berapa ramai tu :))) (wey-wey ajaklah kawan-kawan follow blog mamanea ni wey . hahaha)

Mamanea baru balik lab dari mengawasi students exam . Nasib baik kelas atas lab ni je . Kena relief dua kelas hari ni . Satu lagi kelas tengahari nanti . :)) . Sekali sekala perasan jadi cikgu cikgi apa salahnya walaupun ini bukan bidang tugasku . hehehe .

Berbosan-bosan sorang diri dalam lab ni tup-tup tengok gambar-gambar dalam phone, tiba-tiba rasa nak buat entry baru untuk kesekian kalinya . :) . Di rumah sewa mamanea tu, mamanea ada beberapa pasu yang menghiasi halaman rindu mamanea . hehe . Pasu-pasu yang sudah tertanam pokok-pokok hiasan tu sebenarnya mamanea ambil dari rumah tok Amnea . Rumah tok Amnea banyak sangat pokok-pokok bunga . Apa salahnya cilok dua tiga pasu kans . Walaupun tok Amnea rela dalam keterpaksaan . hahaha . (hok oloh mak ni dua tiga pasu ja pun . Tak luak aihhh . hahahaha )

Jom cekidouts gambar-gambar yang mamanea snap ni jom ;

1. Pokok Kemboja Cina
(mamanea ambil dari Taman Sains Sekolah)
. ada dua pokok . yang dah berbunga tu mula-mula ambil . 
. pokok kedua tu pun dah tinggi lampai sekarang . dah berbunga pun . :)

 . cantik bunga dia . mamanea sayang dengan pokok kemboja cina ni . 
. hari-hari belek bunga dia . tapi bunga tak tahan . sekejap saja dah luruh .
. pokok ni tak boleh siram banyak air sangat . 
. musim hujan baru ni daun pokok ni kekuningan . :(

. nampak tak dekat bawah tu dah keluar bunga jugak . 
. yang ni gambar time mula-mula nak keluar bunga . meriah bunga dia .

2. Pokok Cabai Mamanea
(mamanea tanam sendiri)
. dah tinggi pokok cabai ni . Daun agak kekuningan . Itu pun mamanea dah kerat-kerat sikit .
. Semut hitam pun asyik nak duduk dekat daun je . huhuhu . Gerammm .


3. Pokok Taktau Nama
(ambil dari rumah tok Amnea)
. Mula-mula pindah rumah mamanea, pokok ni macam merajuk . habis kuning daun dia .
. Haa tengok sekarang dah segar bugar terserlah kehijauan dia . hehe .

4. Pokok Pandan
(ambil dari rumah tok Amnea khas disemai untuk mamanea . yayy)
. pokok pandan ni pun makin rimbun . 
. tok Amnea memang tanam untuk bagi dekat mamanea .
. tenkiu Mak!! .
. mamanea ambil pandan ni la untuk buat nasi lemak :)) .

5. Pokok Hiasan Taktau nama
(ambil dari rumah tok Amnea)
. pokok ni pun mula-mula pindah rumah, daun luruh macam nak mati .
. Tapi at last cuba tengok . merambu rambubu rambu rambaaaa . hahaha . iloike~

6. Pokok Hiasan Taktau Nama Jugak . haha
(ambil dari rumah tok Amnea)
. Pokok ni first time ambil dari rumah tok Amnea dulu kecik saja . Pendek .
. Now dah tinggi you . hehehe . 

7. Tukang Siram Pokok
(anak dara mamanea) 
. Oke yang ni gambar full view 'Taman Mini Mamanea' .
. Ada dua lagi pokok kaktus mamanea lupa nak snap pic .
. Haaa!! satu lagi pokok kari . Tu tu Amnea lindung . 
. Alamak lupa pulak nak snap pokok kari tu . Daun kari tu mamanea ambil untuk buat 'gulai' .
hehehe sapa nak daun kari dengan daun pandan, sila datang rumah . ^_^ . 
. Sekian .


: Untung ada anak dara . Boleh tolong mamanea buat kerja-kerja rumah ^_^y . Harap dari kecil sampai ke besar la anak dara mamanea ni rajin ye . Amin :


 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea