. Sekali Tersalah Daaa .

Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat kawan-kawan semua . :))

Alhamdulillah kereta walid dah selamat sampai di rumah . Harap sangat-sangat lepas ni dah tak merajuk lagi . Pagi tadi mamanea dah lepaskan rindu pada kereta kecil hitam tu . Bawak walid pergi sekolah sebab nak ambil motor yang walid tinggal time pergi camping hari tu . Masuk-masuk kereta --> aikk??mamanea makin pendek ke?? . Macam tak nampak pulak depan . Stereng dah separuh muka . hahaha . Naik kancil rasa macam tinggi . hehehe .

Oke agak kekok bawak kereta kecik hitam tu sebab stereng agak besar berbanding kereta maklong Amnea yang tukar pakai stereng kecil . Nak keluar simpang tadi mamanea tertolak wiper . Kereta kancil signal sebelah kanan tapi kereta Savvy signal sebelah kiri . Aduh dah tertukar pulak . Amnea pulak masuk saja kereta terus tanya mamanea :

Amnea : "mama, upinpin ana??" Sambil duk tunjuk dekat atas tempat CD Player . hehe Amnea pun dah tersilap . wekwek . Ingatkan mamanea sorang saja yang duk konfius-konfius . :P . 

: ada rezeki boleh la tukar kereta baru :

Comments

Popular Posts