. Mama Akan Selalu Ada Untuk Amnea .

Posted by shukriah sharuddin at 19:14 8 comments
Assalamualaikum :)

Sedih pilu hati seorang mama bila tengok anak terbaring lemah di atas katil di hospital . Terasa ingin menggantikan tempat si anak kecil agar kesakitan yang ditanggungnya hilang . Melihatkan tangan kecil yang di'drip' membuatkan air mata ingin saja mengalir laju . Begitulah perasaan mamanea tatkala melihatkan anak kecil mamanea, Nur Eiman Amnea yang admit ward dua hari lepas akibat cirit-birit, demam dan batuk . 

. Mata Amnea nampak cengkung . 
29/7/2013 
3.30am
Mamanea tersedar dari tidur bila terdengar suara Amnea . Tiba-tiba mamanea terbau macam Amnea 'poopoo' . Mamanea check pampers . Memang betul Amnea 'poopoo' . Cirit .

6.30am (mamanea nak ke kerja)
Sekali lagi Amnea cirit . Di tempat kerja, mamanea terfikirkan Amnea dan terus call tok Amnea dan tanya keadaan Amnea . Tok Amnea cakap yang Amnea masih lagi cirit . Cepat-cepat mamanea keluar dan bawak Amnea pergi klinik untuk check up .

11.00am (lepas balik dari klinik)
Tiba-tiba badan Amnea panas . Demam . Cepat-cepat mamanea SMS walid Amnea suruh balik rumah sebab time ni walid Amnea ada di rumah maktok Amnea .

Malam tu
Amnea masih cirit . Mamanea dan walid buntu . Kesian tengok keadaan Amnea yang lemah . Makan pun tak mahu . Dan last, Amnea muntah . Terus mamanea dan walid bawak Amnea ke hospital . 

30/7/2013 
12.30am
Amnea kena admit ward sebab doktor takut Amnea collapse sebab banyak kali cirit-birit . Amnea di'drip' . Suhu badan naik 38 degrees . Mamanea tunggu Amnea di ward . 

 . Amnea cakap tag nama tu jam . hehe

. Amnea suruh mamanea pegang tangan yang didrip tu . Dia cakap sakit . Bila mamanea pegang, terus dia diam, lali dan terus tidur .:(

9.00 am
Doktor datang check pagi tu . Amnea masih belum dibenarkan discaj sebab masih demam dan masih cirit . Doktor cakap nak masukkan antibiotik . Mamanea pelik sebab keadaan Amnea tak berubah . Najis Amnea cair . Yang mamanea geramkan sangat sebab doktor tak check up detail pun . Just tengok report file Amnea yang nurse catat saja . Bila mamanea cakap Amnea tak nak makan, baru doktor tu check tekak Amnea . Tekak Amnea oke . Tak bengkak tak merah . Mungkin Amnea tak nak makan sebab takut nanti cirit lagi . Kesian tengok bila Amnea pegang perut dan cakap dekat mamanea "mama, akit yut :(( . Amau akan" . Mamanea ada jugak paksa suruh minum Yakult, 100plus, air kotak laici . Sebab nak bagi tenaga balik dekat Amnea . Makan bubur yang hospital sediakan pun Amnea makan satu dua sudu saja . Risau mamanea tengok keadaan anak dara mamanea macamtu . Kejap-kejap Amnea mintak mamanea pegang perut dia . Bila mamanea pegang, terus dia diam . Mungkin hilang sikit kesakitan yang Amnea tanggung tu . T___T

 . Lepas mandi terus tidur . Tak mau makan apa-apa .

 . Lolo peneman setia Amnea di ward . :))


. Nak tangkap gambar pun Amnea tak bagi . Dia tak sihat . Tak ada mood . huhu

31/7/2013 (hari kedua)
9.00 am
Doktor datang check lagi . Tapi macam biasa, just refer report file yang nurse catat . Doktor tanya mamanea :
Doktor : "Oke, anak dah tak demam . Dia masih cirit ke?"
Mamanea : "Masih lagi doktor . Makan pun sikit-sikit"
Doktor : "Dia cirit tu cair atau lembut?"
Mamanea : "Campur doktor"
Doktor : "So ibu macamana?nak keluar hari ni atau nak stay lagi?"
Mamanea : [fikir] "Keluar la doktor"
Doktor : "Demam dia dah oke . Tapi kita tak cakap dah oke sepenuhnya . Tapi dia dah nampak aktif . Macam border line la . Kalau ibu nak keluar hari ni, kita kasi keluar la" .
Mamanea : "Saya oke doktor, keluar pun takpa" <-- dah tak tahan nak duduk di ward sebab keadaan Amnea sama saja . Demam saja yang oke tapi cirit tu masih belum oke

. Katil yang mamanea share tidur dengan Amnea . :)

. "Mama Akan Selalu Ada Untuk Amnea" .
~mama sayang anak mama sangat-sangat~
12.30pm
Walid datang dan bawak mamanea dan Amnea balik . Di rumah pun Amnea masih lagi cirit . Lepas bagi ubat pun Amnea cirit lagi . Asyik pegang perut dan cakap sakit . Makin risau pulak mamanea . 

5.30pm
Walid ajak mamanea bawak Amnea pergi ke Klinik Pakar Kanak-kanak Doktor Ho . Mamanea cerita semua dekat doktor pasal admit dan ubat yang hospital bagi . Mamanea tunjuk surat hospital dekat doktor pakar tu . Doktor tu cakap ubat yang hospital bagi tu akan membuatkan Amnea lagi cirit . Patutla cirit Amnea tak berkurang . Doktor tu siap angkat Amnea letak atas katil untuk check up . Check perut, check mulut, check punggung . Kalau nak compare dengan doktor di hospital, pegang Amnea pun tak . huhu . Doktor pakar tu cakap Amnea oke, sihat . Cuma bila cirit, akan ada virus dalam perut tu . Doktor tu bagi ubat cirit, ubat minum untuk serap virus, ubat untuk naikkan selera makan, ubat sapu punggung sebab dah merah-merah, dan ubat bakteria baik . Doktor tu suruh stop ambil ubat hospital . 

Balik rumah tu mamanea bagi ubat yang doktor suruh campurkan dalam susu Amnea . Amnea minum susu sikit saja , Mungkin dia rasa lain sebab dah campur dengan ubat kot . Malam tu time mamanea dan walid nak berbuka, Amnea datang mintak nak makan nasi . Lega mamanea dengar Amnea mintak sendiri nak makan . Walaupun Amnea makan hanya sesudu . Lepastu Amnea mintak nak makan roti gardenia . Yang bestnya punya la dia pulun makan . hehe . Malam tu sekali lagi Amnea 'poopoo' . Tapi kali ni nampak najis Amnea macam dah oke sikit . Alhamdulillah . Harap ubat baru ni sesuai dengan perut Amnea . In Shaa Allah . 

Hari ini mamanea dah datang kerja . Amnea tinggal dengan tok Amnea . Harap-harap hari ni Amnea dah selera nak makan dan cirit dia pun dah berkurangan . Amin~

Setakat ini dulu update daripada mamanea . Terima kasih sudi baca entry mamanea ni . 

: Mamanea sayang Amnea . Tenkiu walid sebab ulang alik hantarkan barang dan bawakan makanan untuk sahur dan berbuka mamanea masa dalam ward . Mamanea sayang walid jugak :

. Dugaan Di Bulan Ramadhan .

Posted by shukriah sharuddin at 18:08 2 comments
Assalamualaikum semua 

Hope kawan-kawan semua sihat-sihat belaka . Mamanea jugak yang tak sihat ni . huhu . Dari sebelum puasa sampai la ke hari ini asyik batuk saja . Nasib baik selsema dah oke . Dah makan ubat batuk tapi susah betul nak hilang batuk ni . T__T <-- ada tak siapa-siapa tahu petua nak hilangkan batuk??

Dan sekarang batuk tu dah berjangkit pulak dekat si anak dara tu . huhu . Kesian dekat si kecilku sayang . :(( Tambah pulak semalam anak dara tu cirit birit . Semalam bangun pukul 3.30 pagi sebab cirit birit . Pagi tadi time mamanea nak datang kerja pun anak dara tu cirit lagi . huhu . (Dah la walid tak ada tiga hari . huhuhu)

Oke-oke dah pukul 9.00 pagi ni . Rasanya klinik dah buka . Mamanea nak balik dan bawak anak dara mamanea ke klinik kejap ye . Doakan anak dara mamanea cepat sembuh ye kawan-kawan . Tenks sudi cekidout entry mamanea :)

: Semalam handphone mamanea kena simbah air dengan anak dara tu . huhuhu :

. Menu Berbuka #17: Soooo Goooodd .

Posted by shukriah sharuddin at 07:31 0 comments
Assalamualaikum semua :)

Hehe dapat teka tak hari ni mamanea berbuka dengan apa? Yayyy tepat sekali!! Mestilah mamanea berbuka makan kepsi . Petang tadi kami sekeluarga keluar pergi supermarket beli pampers dan susu si anak dara tu . Alang-alang dah keluar tu,terus shopping baju raya walid dan kasut raya Amnea . So dah jalan penat-penat tu terus je la berbuka di luar . :)



Oke itu saja nak update . Tenks sudi cekidout entry yang pendek ini . heheh . 

: Tolong! tolong! esok tak tahu nak masak apa!!! :





. Menu Berbuka #16: Tomyam Campur .

Posted by shukriah sharuddin at 05:56 6 comments
Assalamualaikum semua kawan-kawan mamanea :)

Wah-wah dah kenyang berbuka tadi . Alhamdulillah . Kawan-kawan berbuka apa tadi?? :)) . Hari ini mamanea buat menu yang paling senang dan paling simple . :)) . Idea diperolehi daripada kawan mamanea yang komen dekat status FB mamnea petang tadi . Tengah duk pening-pening fikir nak masak apa, tiba-tiba kawan mamanea tu sebut suruh masak Tomyam . Tingg!! Good idea! hehe . Memang kebetulan sangat mamanea tak buat menu tomyam lagi sepanjang Ramadhan ni . Oke jom cekidout menu berbuka mamanea untuk hari ini .
. Menu Berbuka #16: Tomyam Campur .


Bahan-bahan:
  1. Beberapa ketul Ayam - dipotong kecik-kecik
  2. Beberapa ekor Sotong - dipotong kecik
  3. Beberapa ekor Udang
  4. Pes Tomyam - kuantiti ikut kesukaan masing-masing
  5. Dua ulas Bawang besar - dipotong besar
  6. 5 ulas Bawang putih - dipotong
  7. 1 1/2 inci Halia - diketuk
  8. 8 biji Cili Api - diketuk
  9. Sebatang Lobak merah - dihiris nipis
  10. Beberapa helai Daun limau purut
  11. Bunga kobis - dipotong kecik
  12. 3 biji Tomato - dipotong 4
  13. Cendawan
  14. 2 batang Serai - diketuk
  15. Garam secukup rasa
  16. Air secukupnya
** sebenarnya bahan-bahan ni ikut kesukaan masing-masing nak letak apa oke :) **


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air secukupnya <-- sayur-sayur tu masuk last-last oke
  2. Tambah sedikit garam 
  3. Masak hingga mendidih dan siap dihidang!!
Senang kans?? hehehehe . Semua orang pun boleh buat . Oke selamat mencuba! Tenkiu sudi cekidout entry mamanea hari ini . Luv uols~

: Esok cuti Nuzul Al-Quran . yayyy :

. Amnea @ Mega Kiddies World .

Posted by shukriah sharuddin at 06:38 10 comments
Assalamualaikum

Just nak share pasal anak dara mamanea yang sorang tu . :) <-- nak jugak selit pasal budak kecik tu . hehe . Kisahnya terjadi time kami berbuka di Chicken Rice Shop Sunway Carnival Mall tu . Lepas dah kenyang-kenyang makan, kami pun segera la ke Surau untuk menunaikan Solat Maghrib . Macam biasa, Amnea akan ikut mamanea masuk Surau untuk Muslimah la . hehe . Kalau dulu-dulu mamanea berganti jaga dengan walid tapi dah besar sikit ni anak dara tu kena masuk surau ikut mamanea la . hehe . 

Kisahnya, si budak kecik ni pun sibuk-sibuk nak solat sama dengan mamanea . Tapi disebabkan time tu ada sorang kakak ni duk melayan dia, dia sibuk la duk tengok-tengok orang . Actually tak kusyuk jugak mamanea solat sebab takut dia ikut orang keluar kans . Selalu kalau tak ada orang pun, dia akan duduk tepi mamanea . Tapi mujur jugak time ni dia duduk dekat dengan mamanea dan mamanea boleh nampak bayang dia . 

Habis mamanea solat dan nak lipat telekung, Amnea mintak nak pakai telekung dan nak solat . Mamanea pun pakaikan la telekung yang mamanea pakai tadi dekat si anak dara tu . Sementara anak dara tu duk solat, boleh la mamanea siap-siap pakai tudung bagai . Dah habis siap-siap tu mamanea pun ajak lah anak dara tu keluar . Tapi mamanea kena marah pulakkkk . Siap kena jelir-jelir lidah . huhu . 

Mamanea : " Jom sayang kita nak balik dah"
Amnea : "tak payah!" <-- sambil jelir
Mamanea : "Jomla kita sembahyang habis dah"
Amnea : "Amau!" <-- aduh kena jeling pulakkkk

Semua orang tengok kami . huhu . Nak cakap kuat-kuat pun tak boleh la sebab orang lain tengah solat . Yang mana tengok Amnea semua orang senyum-senyum dan cakap "ala comeynya nak sembahyang . hehe". huhu . Tu tu gambar budak tu sempat mamanea snap sebab nak MMS dekat walid yang dah tunggu lama di luar surau . Banyak kali solat . Dah bagi salam sujud rukuk bagai, tiba-tiba solat lagi . hehe . Berapa banyak mau bagi salam daa . :P

Then, mamanea umpan dia la sebab dah lama sangat tunggu dia tu . Mamanea cakap nak pergi main . Terus senyum dekat mamanea dan suruh  buka telekung sebab nak pergi main . haha . Keluar surau tu mamanea cerita dekat walid pasal nak main tu . Then walid cakap ada ja Play Kids dekat dalam . So laju-laju la kami cari . Nama playkids tu "Mega Kiddies World" . Masuk untuk budak-budak RM6 dan parents RM4 . Kena pakai stokin . Tak pasal-pasal kena beli stokin dekat situ Rm2.50 satu helai . Ada sorang Chinese yang tunggu dekat luar playkid tu cakap hari biasa masuk murah . Kalau weekend atau cuti sekolah kena bayar mahal . So mamanea masuk dengan Amnea la sebabnya walid nak pergi surau untuk buat Solat Sunat Terawikh . So total bayaran RM6.00 (Amnea) + RM4.00 (mamanea) + RM2.50 (stokin Amnea) + RM2.50 (stokin mamanea) huhu . Puas la main sementara nak tunggu walid habis buat Terawikh . Kami tunggu dalam tu sampai pukul 10.00 malam . Orang tu pun dah nak tutup . huhu . Jom layan gambar-gambar yang sempat mamanea snap :








: huhu letihhhh :

. Menu Berbuka #15: Ketam Masak Lemak Cili Api .

Posted by shukriah sharuddin at 06:19 4 comments
Assalamualaikum kawan-kawan semua :))

Sepanjang Ramadhan ni memang akan banyak la post mamanea pasal makanan dan menu berbuka . hehe . At least Ramadhan tahun depan, mamanea just refer je la resepi-resepi yang dah tercatat dalam blog ni, kans? :)) . Kawan-kawan pun boleh try resepi-resepi ringkas mamanea ni . 

Oke-oke harini dah setengah bulan kita puasa . Untuk habiskan sebulan berpuasa ni, pening jugak la fikir pasal apa yang nak dimasak, kans? Semalam time kemas-kemas peti ais, mamanea terpandang incik-incik crabs yang sedang membeku dalam peti ais tu . Dan-dan la idea memasak datang!! Yayy harini nak buat Ketam Masak Lomak Cili Api! Sebenarnya mamanea tak pernah lagi masak resepi masak lemak ni . Datang kerja mintak resepi dekat akak ni . Dapatlah idea-idea sikit . Then tanya dekat incik google pulak . Study punya study oke senang!! hehe . Mintak-mintak la jadi masakan mamanea kali ni . First time nak try ni . hehe . Jom cekidout hasilnya tanpa mengira rasanyaaa . hahahah :

. Menu Berbuka #15: Ketam Masak Lemak Cili Api .


. gambar di bawah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk cili api mamanea yang dipetik dari pokok yang mamanea tanam!! weehooo!! (psstpsst serai tu walid tanam . kecik lagi dah kena cabut . hehe)



Bahan-bahan:
  1. 3 ekor Ketam - dipotong dua
  2. 1 cawan Santan - kurang pekat
  3. 1 helai Daun Kunyit - dihiris nipis
  4. 2 keping Asam Keping
  5. 1 ulas Bawang besar - dikisar
  6. 3 ulas Bawang putih - dikisar
  7. 1 1/2 inci Halia - dikisar
  8. 5 biji Cili Api - dikisar (nak letak banyak pun boleh kalau nak lagi pedas)
  9. Sedikit serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh dan dikisar)
  10. 2 batang Serai - diketuk
  11. Garam secukup rasa
  12. Air secukupnya
Cara-cara:
  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama sedikit air . Masak hingga pekat
  2. Kemudian masukkan santan, serai, asam keping, garam, dan daun kunyit (tambah air jika perlu)
  3. Kacau sentiasa hingga mendidih dan masukkan ketam
  4. Kecilkan api dan biar hingga mendidih dan ketam masak
  5. Tutup api dan sedia dihidang!! 
Sangat senang dan simple kans? Jom la try . **Jangan lupa sentiasa kacau supaya santan tadi tak pecah minyak tau** . Selamat mencuba!! Tenks sudi baca entry mamanea ^_^

: walid kata : "sedapp la mama!! macam orang negeri sembilan buat wooo" . mamanea dalam hati : "ermm masak lemak ni masakan orang nogori ke?? ooo baru tahuu . ehek :

. Menu Berbuka #14: Nasi Ayam Panggang .

Posted by shukriah sharuddin at 18:46 4 comments
Assalamualaikum semua :)

Hope semuanya sihat-sihat belaka . Diam tak diam dah 15 hari kita berpuasa . Sekejap sangat rasa masa berlalu . Dan dah tak lama lagi pulak nak raya . Wahh! Tah sabarnya . hehehe . Oke entry kali ni mamanea nak share menu berbuka semalam . 

Semalam mamanea malas lagi nak masak untuk menu berbuka . So lepas pulang dari kerja tu, mamanea just singgah di Bazar Ramadhan Nibong Tebal dan bungkuskan Nasi Ayam Panggang . Semalam memang dah janji dengan walid nak belanja makan Nasi Ayam Panggang tu sebab haritu member mamanea ada belanja mamanea Nasi Ayam Panggang yang sama . Sedap sangat-sangat!!

Kita boleh beli ayam sahaja atau ayam bersama nasi . And ada sekali sambal air asam dan sup . Makan hari ini memang termimpi-mimpi nak beli lagi laa . Siapa-siapa nak try, memang mamanea rekemen sangat-sangat!! Kalau beli ayam sahaja, harganya RM3.00 dan kalau beli sekali dengan Nasi Ayam, harga RM4.00 . Ayam pulak besar-besar . Memang terliur time nak beli tu . hehe . Jom cekidout gambar di bawah :

. Menu Berbuka #14: Nasi Ayam Panggang .

. Sorry dah comot-comot sebab mamanea pindahkan dari polisterin masuk pinggan . hehe .

Disebabkan nasi ayam ni mamanea beli, so tak ada la resepi versi mamanea kali ni . hehe . In Shaa Allah nanti kalau mamanea buat nasi ayam, mamanea share resepi ye . Terima kasih sudi baca blog mamanea sampai habis . Selamat berbuka semua orang!! ^__^y

: Tengah google resepi masak lemak :

. Menu Berbuka #13: @Chicken Rice Shop

Posted by shukriah sharuddin at 20:05 0 comments
Assalamualaikum semua :)

Semalam walid belanja mamanea dan Amnea berbuka di Chicken Rice Shop . Hati berbunga-bunga la sebab dah lama tak dapat makan Kerabu Mangga . Pergghh!! (kecur air liur aihhhh) . <-- sambil typing sambil telan air liur . haha . Oppsss puasa puasa puasa . :p

Ramai sangat orang berbuka . Penuh meja . Nasib baik kami sampai agak awal jugak la walaupun hanya ada beberapa meja yang masih kosong . Eh eh lupa pulak nak bagitau yang kami berbuka di Sunway Carnival Mall . Memula walid nak bawak pergi berbuka di Aeon Jusco Bandar Perda . Tapi disebabkan jalan yang jem, walid terus pusing ke Sunway Carnival Mall . 

. ini adalah budak kecik mengada yang tak puasa . 
:)

Semalam rezeki mencurah-curah . Time mamanea nak ambil Amnea dari rumah tok Amnea, tok Amnea tapaukan mamanea LAKSA! Again --> LAKSAAA!! omg!! Tok Amnea buat laksa la!! . Rasa macam nak makan terus je bila terbau bau kuah laksa tu . hehe . Tapi sabar sabar . Then masa nak keluar rumah semalam, ada sorang abang ni singgah rumah bagi bubur lambuk atau lebih dikenali sebagai kanji . hehe . Wah rezeki! rezeki! Nak makan semua ni, macam mana??? huhuhu . Erm erm erm apa pun plan nak ke Chicken Rice Shop tetap diteruskan . hehe . Makan nasi ayam bagi kenyang dulu . Balik rumah baru la laju-laju habiskan laksa dan kanji! hahaha . Oke-oke stop sini dulu pasal menu berbuka . Sori lagi sebab harini tak ada resepi dari mamanea . Tata!

: Nanti nak share resepi LAKSA UTARA versi mamanea . Tungguu!! :

. Kegemaran Mamanea .

Posted by shukriah sharuddin at 19:46 0 comments
Assalamualaikum :)

Haa sambil duk belek-belek gambar dalam phone, mamanea tiba-tiba nak share makanan kegemaran pada Bulan Ramadhan ni . Tiba Ramadhan ja, mesti teringinnn sangat nak makan popia goreng . Padahal time bulan biasa-biasa tak teringin nak makan pulak . Setiap kali Ramadhan macam tu . Asal pergi Bazar Ramadhan je nak cari popia . Adoi la popia .

Tapi Ramadhan kali ni special sangat . Sebabnya mamanea dah jumpa satu port jual popia paling best dekat dunia!! Wow! Mula beli tu mamanea beli lima ketul je . Time ni berbuka dekat rumah tok Amnea . Makan sekali --> fuhh!! mabelessss!! . Siap rebut-rebut dengan adik mamanea . Ambik siap-siap letak dalam pinggan sebab takut tak sempat nak makan . hehehe . 

Hari kedua pergi beli --> nahhh mamanea amik sekali 10 ketul!! Habis licin jugakkk!! Kanss dah kata sedapp hingga menjilat jariiii . Nyum-nyum!! Haa nak tengok gambar tak?? Ade ni mamanea snap sebab nak menunjuk dekat uols-uols sekalian . thehehehe:


Sedap sangat-sangat! Kalau siapa-siapa nak beli, sila cekidout Bazar Ramadhan Nibong Tebal . Depan Pasaraya Yawata . Satu RM0.40 . Kalau beli lima mestila RM2.00 . hehe . Tapi semalam mamanea pergi beli time tu dah pukul 6 lebih . Cuak gila cari gerai tu tak jumpa . Rupa-rupanya dah nak simpan sebab banyak kuih dah nak habis . Rasa nak nangis kalau tak dapat beli popia tu . Ushar-ushar nasib baikkk ada lagi . Tu pun dah tinggal sikit . Dan yang paling best, akak tu cakap "6 ketul RM2.00" . Laju-laju ambil empat ketul popia dan 2 ketul apam <-- untuk budak kecik tu . hehe . Dalam kereta dah habis ngap! Apedaa budak tak puasa ni . (Cari bakul kuih yang ada tag nama "Zaharah" tau)

Satu lagi mamanea nak story . Pasal makanan jugak . hehe . Haritu time berbuka dengan Nasi Mandy Kambing (ingat lagi tak post berbuka Nasi Mandy Kambing??), mamanea ada beli Durian Crepe tau uolss . Sangat sedap jugakkk! . Sebelum ni beli tak la berapa sedap sangat . Pastu ada satu hari ni, ada orang jual dekat satu group yang mamanea join --> Group Parit Buntar Is My Hometown . Laju-laju mamanea order . Order hari ni dan akan dapat esoknya . Free delivery area Parit Buntar dan kawasan sewaktu dengannya . Orang tu datang hantar sendiri . Time dapat tu memang dah tak sabar-sabar nak berbuka . Harga RM10 ada 6 ketul . Mamanea makan dua, walid makan dua, dan lagi dua budak kecik tu la makan! Makan sungguh-sungguh sampai comot-comot . Habis kena dekat rambut segala . Rupa bentuk Durian Crepe tu sama je macam yang orang selalu jual tu . Cuma rasanyaaaa sangat mabelessss!!! :


Oke itu saja mamanea nak storymory . Sekian . hehe . Makin story makin berbunyi pulakk perut ni . Tenks sudi baca sampai habiss!! --> Makanan kegemaran uols bulan Ramadhan ni apa?? Jom la share :))

: Sekarang termimpi-mimpi Durian Crepe pulakkk :

. Tiada Resepi .

Posted by shukriah sharuddin at 18:29 0 comments
Assalamualaikum semua :)

Hai kawan-kawan semua!! . Empat hari bagaikan empat tahun! Oh terlalu merindui blog ini . (Rindu dekat blog sendiri . hehe) . Selama empat hari ni mamanea stop jadi chef sebab mamanea berkampung di rumah tok Amnea . So Menu Berbuka #9, #10, #11 dan #12 tak dapat la nak diupdate dekat sini . huhu (nampak sangat mamanea tak tolong tok Amnea masak! hehe . Kantoi pulakk)

Mamanea dan Amnea berbuka, bersahur segala di rumah tok Amnea sebab walid kami tak ada di rumah sepanjang 3 hari lepas atas tuntutan kerja . Walid Amnea ditugaskan untuk menjadi imam Solat Terawikh di Masjid dekat rumah maktok Amnea di Teluk Air Tawar . So, kami anak beranak yang comel-comel ini laju-laju packing barang dan terus bercamping di rumah tok Amnea sebab mamanea rasa tak bersemangat pulak kalau bangun sahur sorang-sorang . huhu . Kalau bab nak berbuka tu taklah rasa bosan sebab ada sorang budak kecik tu memang akan kalut time berbuka . :)) . Tok Amnea pun suruh mamanea dan Amnea tidur rumah sana sebab risaukan kami anak beranak . Wahh comel je tok Amnea ni . heheh . 

Semalam walid balik sini pun walid tak bagi mamanea masak . (almaklumlah mamanea masih kurang sihat . uhuk!uhuk!) <-- tak sihat la sangat kanss . Walid belanja mamanea dan Amnea makan Nasi Mandy Kambing uols! <-- again . Dah dua kali berbuka dengan Nasi Mandy Kambing . Kenyang sampai terlentang!Oke itu saja nak update . Terima kasih sudi lawat blog mamanea . Luv~

 : Psstpsstt semalam walid cakap nak belanja mamanea berbuka dekat Chicken Rice Shop! Ehemm! faveret i tuuuuu . Mintak-mintak la jadi . Fuhh!Fuh!! :


. Menu Berbuka #8: Ikan Kembung Masak Asam .

Posted by shukriah sharuddin at 18:51 0 comments
Assalamualaikum

Macam biasa mamanea nak update pasal menu berbuka untuk Ramadhan yang ke-8 . Semalam walid Amnea demam . Mamanea pun pulang dari kerja letih semacam pulak . Dah dua minggu batuk-batuk . (uhuk!uhuk!) Sampai rumah baring-baring terus terlena . Tersedar pukul 5.00pm . Bangun-bangun terus fikir nak masak apa untuk berbuka? huhu . Ushar-ushar dalam peti ais hanya ada stok ikan kembung . Emmm idea oh idea plis datang segera!!!

Last-last decide nak buat masak asam . Nak buatkan sup ayam untuk walid yang demam tu, ayam pulak tinggal beberapa ketul saja . So buat asam-asam sikit la sebab walid kata walid tak boleh nak rasa . Telinga pun bengang, hidung sumbat, lidah pahit . huhu  sian walid kamiiiii :((( . Oke-oke stop merapu . Jom kita masakk!!!

. Menu Berbuka #8: Ikan Kembung Masak Asam 

Bahan-bahan:
  1. Ikan kembung - ikutla nak letak berapa ekor <-- goreng dulu macam biasa ye
  2. 3 ulas Bawang merah - dihiris nipis
  3. 3 ulas Bawang putih - dihiris nipis
  4. Sedikit Halia - dihiris nipis
  5. Cili Api - diketuk (bagi yang suka makan pedas macam mamanea)
  6. Asam jawa - mamanea pakai asam jawa Adabi tu
  7. Seulas Bawang besar - dipotong bulat
  8. Garam secukup rasa
  9. Air sedikit
  10. Daun sup+daun bawang

Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris nipis . Biar hingga naik bau . Masukkan cili api . 
  2. Seterusnya masukkan air asam jawa . Tambah air jika nak banyak kuah
  3. Masukkan sedikit garam dan ikan kembung yang digoreng tu . Biar sekejap
  4. Tutup api, letak dalam pinggan, hias dengan bawang besar dan daun sup+daun bawang . Siap!
Senang dan juga cepat! Selamat mencuba, selamat berbuka dan selamat menjamu selera!!! ^__^ .

: Harini berbuka di rumah tok Amnea . Yayy!! :

. Menu Berbuka #7: Siakap 3 Rasa .

Posted by shukriah sharuddin at 17:44 0 comments
Assalamualaikum semua :))

Stret to the point ye . Harini nak share menu berbuka semalam . Semalam tak ada idea nak masak apa untuk berbuka . Buka fridge ternampak pulak ikan siakap yang walid beli haritu . Laju-laju la idea datang . Jom cekidout resepi Siakap 3 Rasa versi sempoi mamanea :)) :

. Menu Berbuka #7: Siakap 3 Rasa .


Bahan-bahan:
  1. Ikan Siakap - sekor je
  2. 3 ulas Bawang Merah - dihiris nipis
  3. 3 ulas Bawang Putih - dihiris nipis
  4. 1 1/2 inci Halia - dihiris nipis
  5. Sos Tomato
  6. Sos Cili
  7. Sos Tiram
  8. Kicap
  9. 5 biji Cili Api - diketuk
  10. 3 batang Serai - diketuk
  11. Seulas Bawang besar - dipotong bulat <-- untuk hiasan
  12. 1 biji Limau purut - dipotong dua 
  13. 1 biji Tomato - dipotong bulat <-- untuk hiasan
  14. Daun sup+daun bawang <-- untuk hiasan
  15. Garam secukup rasa
  16. Sedikit gula
  17. Sedikit Air
  18. **Nanas - potong dadu (mamanea tak letak nanas sebab tak ada dalam stok.hehe)
  19. **Lobak merah - potong ikut kreativiti (tak letak jugak sebab terlupa..huhu)

Cara-cara:
  1. Goreng ikan dulu seperti biasa 
  2. Kuali yang sama, buang sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi hingga naik bau
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap, dan sedikit air
  4. Kemudian masukkan cili api, serai, garam, dan gula . Tunggu hingga masak dan tutup api
  5. Hidangkan ikan di dalam pinggan, dan tuangkan kuah sos yang dimasak tadi
  6. Hiaskan dengan bawang besar, daun sup+daun bawang, dan limau purut (nak makan nanti baru perahkan limau purut tu tau)
Senang dan cepat kans? Selamat mencuba kawan-kawan!! ^_^y . 

: Berebut makan dengan walid dan Amnea . hehe . Sodappp woo :

. Caring Atau Jealous? .

Posted by shukriah sharuddin at 19:15 0 comments
Assalamualaikum semua!! 

Entry kedua untuk hari ini . yayy!! hehe entry ni nak story mory pasal anak dara mamanea . Asyik-asyik cerita pasal makanan je kans, selit jugakla pasal si anak dara tu . Alkisahnya begini . . . 

Baru-baru ni mamanea terkejut dengan reaksi anak dara mamanea tu . Reaksi yang bagaimana? Mamanea kans suka lenguh-lenguh sakit-sakit badan bagai kans? Angin-angin dalam badan segala . Kadang-kadang sakit kepala . So memang selalu la mamanea mintak walid tolong picitkan . Haa! ingat tak entry dulu-dulu mamanea cerita pasal picit-picit tu?? Alaaa ade yang mamanea cerita tuuu . Isyyy meh : SINI : baca kalau tak ingat . hehe . 

Oke kali ni lain pulak ceritanya . Kalau dulu dia pun sibuk nak suruh picit-picit dia, tapi sekarang kans uolss, anak dara mamanea tu sibuk je nak picit-picit mamanea . hehe . Sebenarnya time tu anak dara tu tengah main dengan bear-bear dia . Pastu mamanea cakap la dekat walid:

Mamanea : "abang picit kepala mama sat . Pening pulak dah"
Walid: (asyik duk men tablet dan buat tak tau je dekat mamanea)

 Tiba-tiba . . . anak dara mamanea laju-laju datang dan picit kepala mamanea . Aikk??? dengar ke budak ni mamanea mintak tolong walid tadi? huhu . 

Semalam pulak lepas Solat Maghrib segala, mamanea pun nak rilex-rilex la depan TV . Time tu walid macam biasala duk melekat dengan tablet dia tu . Anak dara tu duk main dengan bear-bear dia la duk tepuk-tepuk nak bagi tidur konon-konon . hehe . Sambil-sambil nak landing-landing tu mamanea cakap:

Mamanea: "adoiii sakit la pulak lehiaQ (leher) ni" 

Tiba-tiba lagi . . . anak dara tu laju-laju datang dekat mamanea dan terus picit leher mamanea!!! huhu . Caringnya anak dara mamanea ni . Terharu sangat ni mamanea . Tak tau nak cerita macam mana perasaan mamanea time tu . Padahal dia tengah kusyuk-kusyuk main . Lagipun mamanea tak panggil pun suruh picitkan leher mamanea . Dan mamanea just cakap je yang mamanea sakit leher . huhuhu . Sayang jugak ye anak dara tu dekat mamanea ni . Nak nangis pun ada time tu . Happynya tengok anak dara mamanea boleh respon cepat macamtu . Mamanea dengan walid hanya mampu pandang sesama sendiri dan terus tergelak . Mamanea pun cakap la dekat walid:

Mamanea: "walid, tengok ni anak dara ni sayang dekat mama la . Rajinnya mai picit mama"
Walid: "ala Amnea tu bukan nak picit sangat pun . Saja dengki tu takut walid yang pi picit dulu"

Errk???ke walid yang jeles Amnea tak picit walid??? hehehe . 

Baru-baru ni tok Amnea cerita dekat mamanea:

Tok Amnea: "tau dak pagi tadi mak duk sohsehsohseh selsema . Duk sat tu budak kecik tu pi ambik vicks dalam beg dia mai bagi . Dia kata "nah tok ubat" . Isy pandai la pi ambik ubat mai bagi dekat tok . hehe"

Pandai dah nak jaga-jaga orang . Nak caring-caring dekat orang . Bak kata walid, bila kita treat dia baik, dia pun akan treat kita dengan baik . ^___^y . Alhamdulillah sayang mamanea ni dah boleh faham satu-satu perkara . Macam yang mamanea selalu buat, time nak tidur mamanea akan kiss ubun-ubun Amnea . Dan now mamanea nak tidur, kejap lagi rasa ada budak kecik datang kiss pipi mamanea . :)) . Sweet sangattt!! (walaupun kadang-kadang ada lekat sikit air liur dia dekat pipi mamanea . hahahahaha) . Oke itu saja nak update pasal anak dara kesayangan tu . Tenks sudi cekidout enrty mamanea sampai habis . :))

: Bila tanya nak adik ke tak, Amnea jawab taknak pulakkk . hehehe :

. Menu Berbuka #6: Mandy Kambing .

Posted by shukriah sharuddin at 17:28 0 comments
Assalamualaikum

Huiyooo!! Mandy Kambing tu! Mintak resepi sikit!! Erm erm erm hahaha . Nak resepi ke? Ok sila cekidout di bawah :P

. Menu Berbuka #6: Mandy Kambing .

No resepi laa!!!! :P :P :P

Hehehe kantoi tak pandai nak masak Mandy Kambing . Semalam mamanea rasa macam malas nak masak . Tak ada idea nak masak apa . So balik keja laju-laju mintak walid Amnea belikan Mandy Kambing dua bungkus!! Sebungkus RM12 . Beli dekat Restoren Abi Ahmadi . :)) Sedap nasi Mandy Kambing ni tau . Sapa-sapa nak try, strongly recommended!! hehe . Makan sampai kenyang sangat-sangat!!

Sebenarnya semalam mamanea ada PM walid tanya menu nak berbuka . Tapi walid reply lambat . So mamanea tak tahu apa plan walid . Tiba di rumah tok Amnea, mamanea dapat pulak SMS dari walid :

Walid : Abang tak jadi buat beriani . Abang cuma nak bakaQ ayam dalam pemanggang dan buat ayaQ asam . 

Aikk??bila masa pulak walid bagitau nak buat Nasi Beriani? Laju-laju la mamanea reply:

Mamanea: Laaa . mama baru ingat nak ajak abang makan Mandy Kambing <-- saja nak mengusik sebab walid Amnea ni memang alergik sikit bila dengar Mandy Kambing.

Walid: Oke . Ayam baru perap saja . Simpan untuk soQ pun tak pa 

Mamanea: Mama tipu ja la abang . <-- alamakkk walid belum panggang rupanya ayam dia tu . hehehe .

Balik-balik rumah tengok walid tengah rilex-rilex . Terus stop masak . Semua bahan-bahan nak panggang ayam tu walid dah simpan dalam fridge . hehehe . Ape la walid ni . Orang acah-acah pun dia ambil serius . Tak pasal-pasal mamanea kena belanja walid Mandy Kambing tu . hohoho . Pukul enam lebih walid pun keluar pergi beli Mandy Kambing  dua bungkus . Oke habis cerita . hehe . Terima kasih sebab sudi baca blog mamanea . :))

: Hari ni macam nak buat Siakap 3 rasa :

. Menu Berbuka #5: Kari Ikan Kembung .

Posted by shukriah sharuddin at 17:57 0 comments

Assalamualaikum :)

Selamat pagi . Pagi yang sangat sejuk . Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berpuasa pada hari ini, 6 Ramadhan 1434H . Amin . Semalam mamanea tak berkesempatan nak share menu berbuka dengan kawan-kawan semua . So pagi ni laju-laju type entry baru untuk menu berbuka semalam . hehe . Menu berbuka mamanea dan family adalah :

. Menu Berbuka #5: Kari Ikan Kembung .

(platting by adik mamanea . tak berseni langsung!)

Bahan-bahan
  1. Ikan kembung
  2. 5 ulas Bawang merah - ditumbuk
  3. 5 ulas Bawang putih - ditumbuk
  4. 1 1/2 inci Halia - ditumbuk
  5. 5 sudu besar Rempah kari ikan
  6. Daun kari
  7. Sedikit halba
  8. Asam jawa
  9. Garam secukup rasa
  10. Santan
  11. Ubi kentang - jika suka (nak letak tomato pun boleh)
  12. Bendi - jika suka
  13. Air secukupnya
Cara-cara
  1. Bahagikan bahan-bahan yang ditumbuk kepada dua bahagian . Satu bahagian untuk ditumis dan satu lagi bahagian dicampurkan dalam bancuhan rempah kari ikan
  2. Tumis bahan yang ditumbuk dalam periuk yang panas hingga kekuningan, masukkan daun kari dan halba . Kemudian masukkan bancuhan rempah kari ikan dan biar hingga rempah masak dan pecah minyak
  3. Masukkan ikan, santan, air asam jawa, garam dan ubi kentang . Tambah air jika perlu
  4. Tunggu hingga mendidih . Akhir sekali masukkan bendi dan biar seketika dan siap dihidang! ^_^
Kari atau lebih dikenali sebagai 'gulai' oleh orang utara sangat cepat dan senang disediakan . Dalam peti sejuk mamanea ada banyak ikan kembung . So kali ni buat kari ikan kembung la . :) . Menu kali ni tak ada request dari siapa-siapa . Main hentam saja sebab dah tak ada idea nak masak untuk berbuka . hehe . Lepas dah siap masak tu, mamanea cepat-cepat bungkus untuk bawa berbuka di rumah tok Amnea :)) . Sekian . Terima kasih sudi cekidout menu mamanea kali ni . Peace ^__^y .

: Tak pernah lagi berbuka di luar . Rasanya hari ni macam nak berbuka Mandy Kambing la . Slurrpp : 

. Menu Berbuka #4: Ayam Masak Kicap .

Posted by shukriah sharuddin at 03:58 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Puasa tak hari ini? :) . Hari ini first time puasa di rumah bersama si kecik tu . Bangun pagi dah kena siapkan sarapan . Pagi tadi mamanea just buatkan nasi goreng dekat anak dara tu . Dah tengahari sikit anak dara tu mintak lagi nasi . Mamanea pulak tak masak nasi tengahari tadi . So sekali lagi la budak kecik tu makan nasi goreng . Lepas makan nasi goreng tu boleh pulak anak dara tu mintak nak makan biskut waffle panjang tu . Ala yang belang-belang tu . Time tak bulan puasa bagi dua batang pun kadang habis kadang tak . Harini uols nak tahu, makan sampai lapan batang! Tu pun nak mintak lagi tapi mamanea penat dah nak ambil sebab dah ulang banyak kali bangun pergi ambil . huhu . Tak cukup dengan tu, anak dara tu pergi mintak ice-cream pulak dekat walid . Adoiyaii . Dugaan betul . Time-time bulan puasa la dia nak makan banyak-banyak . Siap nak suap-suap kita pulak . T__________T . Ermm tak pe lah anak dara oiii . Janji lalu makan . Tak makan nanti kita pulak yang risau, kans?

Oke-oke bebel pulak mamanea ni . Hari ni mamanea nak share resepi hari ke-4 untuk Ramadhan 2013 ni . Kali ni resepi request by mamanea sendiri . heheh . Resepinya adalah seperti berikut :

. Menu Berbuka #4: Ayam Masak Kicap .


Bahan-bahan:
  1. Beberapa ketul ayam - digoreng sekejap
  2. 3 ulas Bawang merah - ditumbuk
  3. 4 ulas Bawang putih - ditumbuk
  4. 1 1/2 inci Halia - ditumbuk
  5. 5 biji cili api - diketuk
  6. 1 camca Perencah sup
  7. 2 batang Kulit kayu manis - diketuk
  8. 3 kuntum Bunga cengkih
  9. Sedikit jintan manis
  10. Garam - secukup rasa
  11. Kicap manis
  12. 1 labu Bawang besar - dipotong bulat untuk hiasan
  13. Cili Merah / cabai hidup - untuk hiasan
  14. Daun sup + daun bawang
  15. Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk, cili api,kulit kayu manis, jintan manis dan perencah sup . Goreng hingga naik bau
  2. Masukkan ayam, kicap, garam, dan air secukupnya dan biarkan masak beberapa ketika
  3. Hiaskan dengan bawang besar dan daun sup + daun bawang . Siap dihidang! ^_^y
Satu lagi resepi versi mamanea yang sangat simple dan cepat . Selamat mencuba! Kalau nak buat daging masak kicap pun sama saja resepi macam ni . Cuma yang beza, daging kena rebus sampai lembut dulu . :))

: Masak kicap adalah feveret mamanea!!! :

. Menu Berbuka #3: Asam Pedas Ikan Pari .

Posted by shukriah sharuddin at 06:19 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Yayy dah tiga hari kita berpuasa . Rasa macam dah nak raya pulak . hehe . Entry ni tak lain tak bukan, menu berbuka untuk hari ketiga la . Menu  ni requested by walid jugak . (Banyak betul walid nak request) . Mamanea oke saja kalau walid nak request apa-apa menu pun . Asalkan bahan-bahan semua ada, laju-laju mamanea masak special untuk walid . hehe . Kalau tak tahu nak masak tu senang je --> tanya encik google . Senang! Oke-oke let cekidout masak asam pedas versi mamanea ;)

. Menu Berbuka #3: Asam Pedas Ikan Pari .


Bahan-bahan:
  1. Ikan pari
  2. Cili kering - diblend (nak pakai cili giling pun orait jugak)
  3. 3 ulas Bawang merah - ditumbuk
  4. 3 ulas Bawang putih - ditumbuk
  5. 1 1/2 inci Halia - ditumbuk
  6. Asam keping
  7. Asam jawa
  8. 2 batang serai - diketuk
  9. Daun kesom
  10. Garam - secukup rasa
  11. Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dalam kuali yang panas . Kemudian masukkan cili kering yang telah diblend . Biar hingga cili masak dan nampak naik minyak sikit
  2. Masukkan ikan pari, serai, air asam jawa, asam keping, daun kesom dan garam secukup rasa . Tambah air jika perlu
  3. Tunggu hingga mendidih dan siap dihidang!!
Simple dan cepat dimasak . Selamat mencuba! ^_^y

: Fikir untuk menu hari esok . Any idea?? :


. Menu Berbuka #2: Sup Tulang .

Posted by shukriah sharuddin at 04:26 0 comments
Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah hari kedua kita berpuasa . Moga-moga rezeki kita semakin bertambah berkat bulan Ramadhan bulan yang mulia ini . :) . Hari ini mamanea nak share resepi kedua mamanea untuk Ramadhan 2013 ini . Jom laju-laju cekidout! ^_^ :

. Menu Berbuka #2: Sup Tulang .


Bahan-bahan:
  1. Tulang lembu
  2. Air secukupnya
  3. 5 ulas bawang putih - ditumbuk
  4. 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  5. 2 1/2 inci halia - ditumbuk
  6. 1 batang kulit kayu manis
  7. 1 kuntum bunga lawang
  8. 3 biji buah pelaga
  9. 2 biji ubi kentang - dipotong besar
  10. 2 camca perencah sup
  11. Sup bunjut tulang
  12. Garam secukup rasa
  13. Daun sup + daun bawang - hiasan
  14. Bawang goreng - hiasan
Cara-cara:
  1. Masukkan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama  kulit kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga hingga naik bau
  2. Tambah air, tulang, ubi kentang, perencah sup, sup bunjut dan garam. Biar merenih hingga daging di tulang menjadi lembut
  3. Lastly, taburkan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng sebagai hiasan
  4. Siap dihidang!!
Resepi kedua yang sangat senang (tapi agak lama untuk tunggu sampai masak . huhuh) . Resepi pertama dan kedua ni requested by walid . Selamat mencuba!! ^__^y

: Selamat berbuka puasa semua!! :) Harini Penang berbuka pukul 7.38pm :

. Contest #2 .

Posted by shukriah sharuddin at 03:21 0 comments
Assalamualaikum kawan-kawan :)

Hai hai hai . Another new entry untuk hari ini . ehehe . Sementara tunggu lagi sejam lebih nak berbuka, teringat pulak nak buat satu entry pasal contest . Contest apa? 

Ermm balik kerja tadi mamanea terus ke rumah tok Amnea macam biasa . Sampai saja rumah tok Amnea, mamanea nampak satu bungkusan . Kakak Aimi terus bagitahu mamanea:

Aimi: "Teh! ni Amnea punya"
Mamanea: "Aikk?apa tu?"
Tok Amnea: "Posmen hantaQ tadi"
Mamanea: "Aikk??rasanya tak beli apa-apa pun" <-- tup-tup terus teringat pasal contest yang mamanea join dekat FB tu . Yayy!! Amnea dapat hadiah!!!

Baru-baru ni LuvBB Home (penganjur contest) ada PM mamanea pasal keputusan contest yang mamanea join tu . Dia cakap mamanea dan Amnea dapat tempat kedua/ketiga dalam contest tu . Wahhh!! Menang lagi!! Untuk pengetahuan semua, ini contest kedua yang mamanea join dengan LuvBB Home tu . Contest yang first dulu pun mamanea dan Amnea dapat nombor dua . Oke la kans . Bukan senang nak kumpul 'like' banyak-banyak . hehehe . Terima kasih kepada kawan-kawan yang tolong 'like' gambar kami!!! Muah-muah!!
. Gambar contest .

Yang paling best, LuvBB Home bagi hadiah banyakkk . Jom tengok hadiah apa yang mamanea dan Amnea dapat kali ni jom!! ^__^

1. Kad imbas ABC

2. Kad Imbas Iqra'

3. Buku mewarna

4. Poster Huruf Hijaiyah

5. Sweater Dora

. Wahhh banyakkan??? .

Terima kasih LuvBB Home sebab anjurkan contest tu . Bertuah jugak ni dapat menang tempat kedua . Dapat hadiah banyak lagi . Best-best!! Senyum sampai telingaaa ^_______^y . Oke itu saja nak update . Tata!! Selamat berbuka puasa semua!! ;)) . Terima kasih sudi cekidout entry baru mamanea .

: Kalau ada contest lagi rasa macam nak masuk lagi . hehehe :

. IQRA' Saya .

Posted by shukriah sharuddin at 23:31 2 comments
Assalamualaikum :)

Yaayy Amnea dah ada Iqra' sendiri . Walid yang belikan baru ni dekat Pekan Ahad time balik rumah maktok Amnea . Lama dah mamanea suruh walid belikan Iqra' ni dekat Amnea sebab Amnea suka sangat ambil Quran mamanea atau pun Yaasin nak mengaji . Tapi walid cakap belum tiba masa Amnea baca Iqra' lagi . Takut dia main-main . Tapi dah selalu sangat dia mengaji guna Quran mamanea, kadang-kadang Quran walid sampai walid tak larat nak simpan balik, so last-last walid belikan jugak . Best tak terkira la sampai senyum sampai ke telinga . ^_______^


Gambar bawah ni Amnea kacau tok Amnea ajar mengaji . Hari-hari kalau nak ambil dari rumah tok, mesti Amnea tak mahu balik sebab sibuk nak ajar budak-budak mengaji . Sekarang ni dah ada Iqra' sendiri senang la dah tak kacau Quran orang lain . hehehe . Mengaji pun nak sendiri jugak . Siap ada pensel buat penunjuk lagi . Pastu selit dekat dalam Iqra' . heheheh . 

Kalau kita ajar dia baca A Ba Ta ke dia tak mau ikut . Dia marah dan cakap: "Bukan! Bukan!" <-- lepastu orang nak mengajar tu kena jelir lidah dengan Amnea ler jawabnya . hehe . Dia nak baca cara orang mengaji tu . Tak nak baca satu-satu huruf . Hek elehh macam la dah pandai kans? Tapi dengar-dengar jugak satu-satu kalimah tu . hehe . Kadang-kadang dengar la dia sebut: 

Amnea: " inna" , "summa" , "allazina kafaruu" <-- hehe lepastu sambung bunyi macam-macam sampai muncung-muncung mulut . Hari-hari kena bawak Iqra' letak dalam beg sekolah pergi rumah tok . Hari-hari sebelum balik rumah pun kena baca Iqra' dulu dengan tok, baru la dia ajak sendiri mamanea balik . Konon-konon macam budak-budak mengaji lain la . Lepas mengaji salam-salam dan balik . hehehe . Kalau kita paksa balik tanpa mengaji dulu memang menangis la sepanjang perjalanan tu . huhuhu . 

Doa-doa yang dia tahu baca setakat ni baru Doa Tidur dan Doa Makan . Doa-doa yang lain mamanea belum ajarkan lagi . :) . Oke itu saja mamanea nak story . Terima kasih sudi baca . :))


: mamanea doakan suatu hari nanti Amnea menjadi seorang Hafizhah . In Shaa Allah :

. Menu Berbuka #1: Siakap Stim .

Posted by shukriah sharuddin at 07:40 2 comments
Assalamualaikum kawan-kawan :))

Dah kenyang ke berbuka? Kawan-kawan berbuka apa tadi? Mesti semua berbuka dengan makanan feveret masing-masing kans? hehe . Alhamdulillah semua dah berjaya menahan nafsu untuk permulaan puasa hari ini . Amin . 

Menu berbuka mamanea hari ini ialah Kerapu  Siakap masak stim . Menu yang paling simple untuk disediakan . Jom cekidout resepi pertama mamanea untuk Ramadhan 2013 ni :

. Menu Berbuka #1: Kerapu Siakap Stim .


Bahan-bahan:
  1. Ikan Kerapu Siakap - seekor
  2. Bawang putih - 2 ulas (diketuk)
  3. Serai - 1 batang (diketuk)
  4. Halia - diketuk
  5. Carrot - dihiris panjang
  6. Bawang besar - 2 biji (dihiris kasar)
  7. tomato - 2 biji (dihiris kasar)
  8. Cili padi - 5 biji (diketuk)
  9. Limau kasturi - 5 biji (diperah)
  10. Air kosong - 2 cawan
  11. Garam - secukup rasa
  12. Gula - secukup rasa
Cara-cara
  1. Didihkan air (di sini mamanea guna pemanggang ajaib je. nak pakai kuali pun bole) --> masukkan serai, halia, bawang putih, garam, gula, dan air perahan limau kasturi
  2. Kemudian, masukkan ikan, cili padi, dan carrot
  3. Tutup dan biarkan merenih selama 5 minit
  4. Masukkan tomato dan bawang besar dan biarkan selama 10-15 minit
  5. Last sekali check ikan dah masak ke belum dan try la rasa . Cukup semua rasa siap dihidang! (eh eh bulan puasa tak boleh curi-curi rasa tau . hehe . kantoi)
Senang kan?Simple dan sangat cepat disediakan . Selamat mencuba! ^__^y .

: Betul ke ikan dalam gambar tu ikan kerapu? Mula-mula walid cakap tu ikan siakap . Pastu cakap kerapu pulak . Adoi . Bab nak kenal ikan ni mamanea memang agak fail sikit . hehe :

: oke-oke member mamanea dah betulkan . Itu ikan siakap . hehehe . Apedaa walid ni :

. Semua Nak Buat Sendiri .

Posted by shukriah sharuddin at 18:46 0 comments
Assalamualaikum semua

Hai hai hai . Selamat Berpuasa semua!!! Wahh hari first puasa ni kena extra semangat sikit . ^_^ . Amacam sahur pagi tadi? Kawan-kawan semua sahur apa? Mamanea just panaskan nasi semalam je . Sengaja masak siap-siap semalam . Bangun pagi tadi just panaskan apa yang ada . Semalam balik kerja mamanea masak sambal tumis sotong . <-- ofkos la walid yang request masakan feveret dia kans . :)) . Pesan siap-siap dekat walid yang sambal sotong ni nak makan sekali sahur nanti . Jangan habiskan . hehe .

Oke stop pasal sahur . Actually mamanea nak story pasal anak dara mamanea tu . Rasanya dah lama tak update pasal anak dara sorang tu kans . Makin hari makin bertambahlah perangai dan ragam si anak dara tu . Dah lama mamanea nak update dalam blog ni tapi asyik tak sempat saja . Dah bersawang sebenarnya entry  ni duk dalam draft . hehe . Asyik taip - delete - type - delete . Harini nak cerita pasal anak dara yang dah pandai mandi sendiri . Mamanea pernah post satu entry pasal anak dara tu pandai sabun-sabun bagai kans? Kiranya post kali ni macam kesinambungan entry yang dulu tu la . hehehe .

Ceritanya macam ni . Mamanea perasan, anak dara tu kalau kita ajak mandi memang laju je dia . Laju-laju nak buka baju seluar bagai . Laju-laju jugak nak buka pampers . Masuk je bilik air terus nak gosok gigi kans? Time ni mula-mula ciwi nak gosok gigi sendiri . hehehe .

Sekarang kans uols, dah pandai nak buat akal nak mandi . Ceritanya time hari yang kami bertiga pergi Bukit Merah tu . Balik dari Bukit Merah tu, mamanea dan walid memang dah letih gila-gila . Anak dara tu tak apa la sebab dah pengsan dalam kereta . Dah sampai rumah tu giliran mamanea dan walid la pulak nak pengsan kans . Oke mulanya anak dara tu masih tidur . Mamanea dan walid baru nak baring-baring . Elok saja dah sampai time mamanea nak tidur tu anak dara tu pulak dah bangun . huhu . Walid pun layankan anak dara tu sekejap sebelum at last walid pun terlena . Mamanea tak usah cakap la memang dah terrrrlena awal-awal lagi . hehehe . So anak dara tu pun mainlah sorang-sorang . Kejap-kejap dia datang robek mata mamanea . Kejap-kejap dia main dengan bear-bear dia tu . (Aikk??macam mana mamanea boleh tahu ni . Tadi cakap dah terrlena bagai??) hahaha biasala kan dah namanya mama ni . Mana nak lena betul-betul . Kadang-kadang terjaga la jugak sebab nak tengok anak dara tu buat apa .

Then tiba-tiba anak dara tu datang kejut mamanea sambil cakap:

Amnea: "mama a'ak" <-- anak dara tu cakap dia berak a.k.a poopoo
Mama: "laaa Amnea berak ka?Meh sini mama nak tengok" <-- sambil tarik tangan anak dara tu suruh datang dekat dan check pampers . "huh! tak berak pun . Mama tak bau busuk pun"

Mamanea pun sambung tidurrr . Tiba-tiba mata mamanea rasa macam nak buka . Dah buka tu mamanea nampak anak dara tu tengah nak buka pampers . Mamanea pun tanyalah :

Mamanea : "Amnea! kenapa nak bukak pampers tu?"
Amnea : "Nak andi" <-- nak mandi pulakkk
Mamanea : "ha oke-oke bukak pampers pi buang dalam tong sampah dulu pastu baru pi mandi"

Apa lagi laju la dia buka pampers tu dan buang dalam tong sampah . Time ni mamanea baru nak mengeliat-ngeliat la sebab lenguh habis satu badan mandi di Bukit Merah tu . huhuhu . Tiba-tibaaaa (eh apedaa banyak tiba-tiba ni) mamanea dengar bunyi air dalam bilik air . Aikkk??? dah pandai bukak pintu toilet ke budak kecik ni?? Adoiiii . Laju-laju mamanea bangun pergi tengok . Nahhhhh!! dah siap mandi sabun bagai dah . hahaha . Pandai-pandai ja anak dara ni . Selalu tunggu mamanea datang dan mandikan dia . Kali ni no mama!! Amnea dah terror mandi sendiri . hahahaha .

Actually dalam bilik air tu ada dua baldi yang mamanea tadah air dalam tu . So senang la dia nak cebok air bagai . Sabun-sabun semua memang letak di bawah . Berus gigi je ada atas singki . Tapi ginjat-ginjat jugak ambil berus gigi dia tu . hehe . Ada je video mamanea ambil time intai-intai anak dara tu mandi tapi tak bole nak share sini sebab anak dara tu seksi youuu . hehehe . Serius mamanea nak tergelak tengok kelakuan anak dara sorang tu . Pandai pulak bukak-bukak pampers, buka pintu bilik air, ambil air basahkan badan, ambil pulak sabun dan sabun badan, cebokkan air nak basuh sabun di badan, syampukan rambut bagai, gosok gigi . hahaha . Kiranya proses mandi tu dah kira terror dah la semua . Senang dah la kerja mamanea lepas ni . Tengok dari luar je anak dara tu mandi sendiri . Tak padan dengan kecik . hehehe .

Tunjuk video mandi dekat tok Amnea, memangla tok Amnea gelak tapi mamanea pulak kena marah sebab biar anak dara tu mandi sendiri . Tok Amnea cakap bahaya . Takut jatuh atau dia selam dalam baldi tu . hehe . Dun wori la tokk, Amnea dah terror . Lagipun mamanea pun ada situ duk tengok . hehehe (walaupun kadang-kadang mamanea tinggal jugakkk..ooppps)

Haaa lepas mandi pulakkkkk . Lepas je mamanea lap-lapkan badan anak dara tu dan pakaikan tuala di badan, laju pulak dia lari ke depan . Mamanea pun jerit la suruh ambil pampers (Amnea memang dah pandai ambilkan pampers sendiri dalam almari dia tu) sementara mamanea nak tutup air tutup lampu tutup pintu bilik air bagai tu kans . Datang je ke depan tengok-tengok bau wangi! . Mashaa Allah anak dara ni siap baring-baring duk senget-senget badan nak pakai pampers sendiri! hahaha . Dengan bedaknya penuh di petpet . hahahaha pandai-pandai je . Mamanea tak pernah pulak letakkan bedak di petpet  tu . Adoilaa . Mana dia tiru ni? Mamanea nak pakaikan pampers anak dara tu tak kasi . Nak pakai sendiri . Elehh macam la bole pakai sendiri! huh! (Esoknya cerita lagi dekat tok Amnea . Ooo rupa-rupanya letak-letak bedak bagai tu dia tiru perbuatan tok . Tok yang selalu buat macam tu dekat budak kecik tu . hehehe)

Alamak penat pulak type panjang-panjang . hehe . Macam tu la sedikit sebanyak cerita tentang mandi sendiri  . Kesimpulan yang mamanea boleh buat mengenai Amnea ni, sekarang memang semua benda dia nak buat sendiri . Walaupun kita tak ajar cara satu-satu, tapi dia banyak memerhati dan tiru apa yang kita buat . Kalau dulu mamanea cerita anak dara ni tahu buat sikit-sikit tapi sekarang nampak dah kira pro dah semua . hehe .
Antara benda/perbuatan yang mamanea nampak anak dara tu nak buat sendiri sekarang termasuklah:

  1. Makan sendiri;
  2. Ambil air sendiri;
  3. Mandi sendiri; (sabun, gosok gigi, syampu)
  4. Mengaji sendiri; (walid dah belikan Amnea IQRA' . Nanti mamanea post pasal Iqra' pulak oke?)
  5. Buat homework sendiri; (lekat-lekat kertas pakai gam, gunting, color-color, lekat-lekat sticker semua dah pandai buat sendiri . Ada cerita di sebalik lekat-lekat ni . Nanti mamanea post entry baru)
  6. Pakai pampers sendiri;
  7. Ambil baju seluar sendiri;
  8. Susun baju dalam almari sendiri;
  9. Nak bawak kereta sendiri; (oke selalu kacau walid drive . Siap nangis-nangis tolak tangan walid tak kasi walid peganng stereng);
  10. Ambil wudhuk dan solat sendiri; (alhamdulillah)
Semuanya nak buat sendiri . Macam lah diri tu dah besar sangat . hehe . Tapi apa pun mamanea tetap bagi semangat dekat anak dara mamanea tu untuk belajar berdikari sendiri . Mamanea sentiasa bagi ruang untuk anak dara mamanea cuba dan belajar sesuatu yang baru . (ppsstpsstt bila biar dia buat sesuatu tu then kita puji pulakkk, perrghh! senyum sampai telingaaa beb!) hahaha . Kiranya kerja-kerja mamanea dan walid sekarang ni dah mula senang bila anak dara dah pandai itu dan ini . hehe . Oke itu saja dulu nak cerita . Rasanya dah panjang sangat entry ni . Nanti mamanea sambung lagi di next entry hokeyyy?? Terima kasih sudi baca cerita mamanea . :))

: Kalau mamanea ajar Amnea masak agak-agak releven tak??hahaha :

. Ramadhan Di Nanti .

Posted by shukriah sharuddin at 20:50 0 comments
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua :)

Bestnya esok kita semua dah nak mula puasa . Malam ni bermula la Solat Sunat Terawih . yayy . Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Bulan yang penuh keberkatan pada tahun ini . :)) . 

Dikesempatan ini mamanea ingin mengucapkan selamat menunaikan Ibadat Puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia . Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk melakukan Ibadah kepadaNya . In Shaa Allah . Amin~ 

: Nak pasang lagu raya seksiap boleh? hehehe :


. Walid Turns to #3 Series .

Posted by shukriah sharuddin at 20:12 2 comments
Assalamualaikum semua :)

" Hepi besday to you "
" Hepi besday to you "
" Hepi besday to WALID!!! "
" Hepi besday to youuuuuuuuuuuuu "

Yay hari ini 3 July 2013 genap lah umur walid 30 tahun . Wahh-wahh dah semakin macho la walid ni . hahaha . Semalam mamanea dan Amnea bertungkus-lumus buatkan kad ucapan hari lahir buat walid tau . Mujurlah semalam walid ada kelas mengaji dengan ustaz . So lepas walid keluar je lepas Magrib tu cepat-cepat mamanea ajak Amnea masuk bilik tutup pintu sebab nak mulakan projek kami (hek eleh tutup-tutup pintu bagai pulak . Macamlah walid ada di rumah . hehehe) . Keluarkan bahan-bahan dan mulakan projek . Mamanea dan Amnea buat kad ucapan biasa-biasa je . Nak tengok tak rupa kad ucapan tu? Jom cekidout macam biasa . :))

. kertas color-color yang Amnea selalu main tu . hehe

. lukis huruf-huruf 'hepi besday walid' di kertas color tadi .

. lepas tu kena gunting sebab nak lekat di kad ucapan . :)

. tadaa!! dah siap lekat untuk cover depan . 

. yang ni pulak di sebelah dalam kad . 

. siap!! Hepi Besday Walid!! .

Buat simple saja untuk nampakkan yang Amnea pun buat sama . Kalau buat sempoi-sempoi nanti tak logik pulak Amnea boleh buat sesempoi itu . hehehe . Oke dah siap buat mamanea sembunyi dulu kad tu sebab semalam belum masuk 3hb . So pagi tadi time bangun nak pergi kerja mamanea cepat-cepat selit kad ucapan tu di laptop walid . Tak tahu la walid dah tengok ke belum . hehehe . 

Ucapan untuk walid +fuad arshad : Selamat Hari Lahir . Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, diberi kesihatan yang baik dan hepi-hepi selalu . Mamanea dan Amnea love walid sampai ke syurga . ^____^y .

: hadiah yang dulu-dulu tu kiranya untuk besday tahun ni jugak tau . hehehehe :
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea