. Menu Berbuka #4: Ayam Masak Kicap .

Posted by shukriah sharuddin at 03:58
Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Puasa tak hari ini? :) . Hari ini first time puasa di rumah bersama si kecik tu . Bangun pagi dah kena siapkan sarapan . Pagi tadi mamanea just buatkan nasi goreng dekat anak dara tu . Dah tengahari sikit anak dara tu mintak lagi nasi . Mamanea pulak tak masak nasi tengahari tadi . So sekali lagi la budak kecik tu makan nasi goreng . Lepas makan nasi goreng tu boleh pulak anak dara tu mintak nak makan biskut waffle panjang tu . Ala yang belang-belang tu . Time tak bulan puasa bagi dua batang pun kadang habis kadang tak . Harini uols nak tahu, makan sampai lapan batang! Tu pun nak mintak lagi tapi mamanea penat dah nak ambil sebab dah ulang banyak kali bangun pergi ambil . huhu . Tak cukup dengan tu, anak dara tu pergi mintak ice-cream pulak dekat walid . Adoiyaii . Dugaan betul . Time-time bulan puasa la dia nak makan banyak-banyak . Siap nak suap-suap kita pulak . T__________T . Ermm tak pe lah anak dara oiii . Janji lalu makan . Tak makan nanti kita pulak yang risau, kans?

Oke-oke bebel pulak mamanea ni . Hari ni mamanea nak share resepi hari ke-4 untuk Ramadhan 2013 ni . Kali ni resepi request by mamanea sendiri . heheh . Resepinya adalah seperti berikut :

. Menu Berbuka #4: Ayam Masak Kicap .


Bahan-bahan:
  1. Beberapa ketul ayam - digoreng sekejap
  2. 3 ulas Bawang merah - ditumbuk
  3. 4 ulas Bawang putih - ditumbuk
  4. 1 1/2 inci Halia - ditumbuk
  5. 5 biji cili api - diketuk
  6. 1 camca Perencah sup
  7. 2 batang Kulit kayu manis - diketuk
  8. 3 kuntum Bunga cengkih
  9. Sedikit jintan manis
  10. Garam - secukup rasa
  11. Kicap manis
  12. 1 labu Bawang besar - dipotong bulat untuk hiasan
  13. Cili Merah / cabai hidup - untuk hiasan
  14. Daun sup + daun bawang
  15. Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk, cili api,kulit kayu manis, jintan manis dan perencah sup . Goreng hingga naik bau
  2. Masukkan ayam, kicap, garam, dan air secukupnya dan biarkan masak beberapa ketika
  3. Hiaskan dengan bawang besar dan daun sup + daun bawang . Siap dihidang! ^_^y
Satu lagi resepi versi mamanea yang sangat simple dan cepat . Selamat mencuba! Kalau nak buat daging masak kicap pun sama saja resepi macam ni . Cuma yang beza, daging kena rebus sampai lembut dulu . :))

: Masak kicap adalah feveret mamanea!!! :

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea