. Alif Ila Ya .

Posted by shukriah sharuddin at 09:19 2 comments
Assalamualakum ;)

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 tahun buat seluruh rakyat Malaysia ^_^ .
Sambil-sambil layan cerita Avatar kat TV2 ni teringat pulak mamanea dekat blog yang jarang diupdate ni . Heuheu . Budak kecik tu awal-awal lagi dah tidur lepas balik dari dinner dekat Pizza Hut tadi . ← saje nak menunjuk ;p . Hehe . Oke entry mamanea tengah malam ni bukan nak cerita pasal makan pizza hut tapi nak cerita pasal budak kecik Amnea tu la .

Perkembangan terbaru anak dara mamanea setakat ni → dah pandai baca Alif Ba Ta sampai Ya . Walau ada huruf yang sebutan belum tepat tapi bunyi-bunyi tu dah ada ;) . Mamanea syukur sangat . Tapi nak dengar anak dara mamanea tu baca Alif ila Ya tu kena puji melangit dulu . Tak pun kita nyanyi dulu then cakap dia tak reti ataupun kita pandai baru la dia pulun jugak nak nyanyi . Hehehehe . Mamanea selalu terlepas nak rakam time anak dara tu nyanyi . Bila mamanea dah ready nak rakam, anak dara tu dah tak nak nyanyi . Huhu .

Yang paling mamanea tak sangka time mamanea Solat Maghrib semalam, anak dara mamanea pun kalut jugak sarungkan telekung kecik dia tu sebab nak solat sekali . Mamanea pun tolongla pakaikan telekung tu kemas-kemas dan suruh dia solat tepi mamanea . Time solat tu mamanea baca surah Al-Fatihah kuat-kuat (takla sekuat imam baca tu . Hehe . Sekadar nak bagi anak dara tu dengar) segala perlakuan mamanea anak dara tu ikut . Berdiri, rukuk, sujud . Tapi tak lama . Kejap je anak dara tu ikut . Then dia lari ke mana-mana .
Lepas mamanea habis solat tu anak dara mamanea tu datang and mintak tolong pakaikan balik telekung . Buatla lagak nak solat dia tu . Mamanea pun suruh dia baca Al-Fatihah . Mamanea mula dulu dengan baca Bismillahirrahmanirrahim then terus baca ayat kedua . Anak dara tu pun sama naik baca surah Al-Fatihah tu uols . Walaupun bunyi depan dan hujung-hujung tapi dia boleh baca sampai Aminnnn . Hehehe . Bangga mamanea dengar . Terus mamanea hug dan kiss anak dara tu . Apalagi tersengih-sengih la dia macam kerang busuk ;)))) . Berkat ajaran semua orang . Tenks walid, tok, kakak Aimi and semua yang sudi ajarkan Amnea  bersama-sama .

Oke setakat itu dulu mamanea nak update sebab mata pun dah mengantuk . Terimakasih sudi cekidout blog mamanea ;) .

: bulan depan 25/9 genap puteri mamanea 2 tahun :

. Esok Sekolah Ganti .

Posted by shukriah sharuddin at 09:14 1 comments

Assalamualaikum ;)

Esok mamanea kerja . Kena ganti sekolah untuk cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri haritu . Good night kawan-kawan . Zzzzz . u_u

: malasnya nak bangun awal pagi esokk :( :

. Telekung Saya .

Posted by shukriah sharuddin at 17:47 1 comments
Assalamualaikum semua :)

Hope kawan-kawan semua sihat-sihat belaka . Fuhh! Lega rasanya bila dapat bergurau senda dengan blog hari ni . hehe . Lama sangat dah ni tak update dan hari ni mamanea nak cerita pasal anak dara mamanea banyak-banyak . :P . 

Yang sebenarnya PC yang selalu mamanea guna di lab ni rosak . Dah tak boleh nak on . Kalau nak suruh mamanea bukak CPU dan check sendiri tu memang tak la . Nak bagi lagi rosak mamanea pro! hahaha . Tak sure pulak apa masalahnya . Start Isnin haritu la yang tak bole guna tu . huhu . Nak update pakai phone macam tak best pulak pakai blogger android tu . Tak puas nak tengok . Tapi pagi ni mamanea cilok lappy walid bawak datang kerja . hehehe .<-- semata-mata nak update beloggggkuuu .^_^y yahooo!!

Oke back to tujuan sebenar post ini . hehe . Ala just nak menunjuk-nunjuk telekung baru anak dara tu jer . 
Meh tengok gambar di bawah ni ;

. cantik tak telekung saya?? .


:))) Telekung ni tok Amnea yang jahitkan . Mamanea just belikan kain je . Sebelum ni mamanea ada jugak tengok-tengok telekung kanak-kanak dekat kedai tapi macam tak menarik . Yang jual online pun ada tapi mahal sangat-sangat . Dah sama harga dengan telekung dewasa . Last-last pergi kedai beli kain, reben, dan lis dan jahit sendiri ikut ukuran budak kecik tu . hehe . Boleh la kalau nak pakai dekat rumah tu . Kalau tak memang anak dara tu sibuk je nak pakai telekung mamanea yang besor tu . hehe . 

Ada jugak video mamanea rekod time anak dara ni solat . Kalau nak tengok, meh skodeng FB mamanea dekat --> : SINI : Oke itu saja cerita pasal telekung . Tenkiu sudi baca entry daripada mamanea . Luv uols :*

: Hari-hari doa supaya anak dara mamanea ni jadi anak yang solehah . Amin :

. Tension! .

Posted by shukriah sharuddin at 03:45 1 comments
Assalamualaikummmmm!!!

Arggh! tension!! tension!! tension sebab lama sangat tak bertyping dalam blog ni . huhu . kbai!

: Sedang mencari masa untuk kembali berbebel dalam blog sendiri :

. Salam Lebaran 2013 .

Posted by shukriah sharuddin at 20:38 2 comments
Assalamualaikum semua :)

. Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin .

Mamanea ucapkan kepada kawan-kawan blogger mamanea . Walaupun agak terlewat sikit (tapi tak pe kans sebab raya kan sebulan . hehe) sebab terlalu busy beraya . Penat! Penat betul raya tahun ni . Penat pusing open house sana sini . hehe . 

Tahun ni mamanea beraya di rumah mertua di Butterworth pada hari raya pertama . Pagi hari raya kedua pula balik raya rumah ibunda mamanea di Nibong Tebal (tak jauh sangat pun . hehe) . Lepas tu pusing raya rumah saudara-mara dan kawan-kawan . Mamanea ambil cuti raya sampai 14 Ogos 2013 (Rabu) je . Tujuh hari tu memang raya sakan . Balik rumah pun dah tengah-tengah malam . Esoknya bangun pergi beraya lagi . hehe .

Persiapan mamanea tahun ni ala kadar jer . Kuih pun tak buat . Just beli dua tiga jenis . Baju raya pun tempah dua pasang untuk hari raya pertama dan kedua . hehe . Untuk si kecik tu saja ada empat pasang baju raya . Dua pasang baju kurung, sehelai gaun dan sehelai t-shirt . 

Oke mamanea tak mahu nak cerita panjang-panjang . Just nak selitkan sedikit kenangan hari raya pada tahun ni . Jom sama-sama cekidouts :)))


. Hari raya pertama .
3 of us
- butterworth -

. Bersama family walid .
(Dua family lagi tak balik)

. Amnea & walid .

  . Amnea & mamanea .

 . Amnea & cousins .

. Amnea - walid - Cikgu Ismail Masterchef II .
(Makan spageti sedap!)

. Hari raya kedua .
3 of us again (;
- nibong tebal -

. Amnea & walid .
(nak gerak ke N.Tebal)

. Amnea & mamanea .
(over happy pulakk)

. Amnea yang perasan . hehe .

. Raya ketiga .
Family walid datang beraya di rumah kami (;
(sangat ramai . meriah! tenks semua sudi datang)

. Raya ketiga .
(kenduri kawen kawan mamanea)
- Tahniah Zul & isteri -

. Raya keempat .
(Kenduri kawen junior mamanea)
- Tahniah Saodah & suami -

. Raya ke-5 .
- Open house rumah kawan mamanea di Parit Buntar - 
- Raya rumah kawan walid di Ayer Itam Penang -
- BBQ rumah kawan walid di Bukit Mertajam -

. Raya ke-6 .
Birthday Nur Aimi Fatihah
- cucu-cucu tok ton dan wan din -

. Raya ke-7 .
- Raya rumah kawan mamanea di Sungai Acheh merangkap melawat baby baru lahir -

. Raya ke-8 .
- No more raya!! . haha . Mamanea dah start kerja la . :(

Oke itu saja yang mamanea nak share dalam entry kali ni . Tak banyak gambar raya yang diambil . Gambar family mamanea pun tak sempat nak ambil sebab orang tak putus-putus datang beraya . So raya next year kita tangkap gambar ramai-ramai ye . ^_^y . Tenks pada kawan-kawan yang jemput mamanea datang rumah . Tahniah pada kawan-kawan yang baru mendirikan masjid . Tenks pada yang sudi baca entry mamanea kali ni . hehe . Tata!!

: Menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kesalahan & kesilapan yang disengajakan/tak disengajakan :) :
 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea