. Alif Ila Ya .

Posted by shukriah sharuddin at 09:19
Assalamualakum ;)

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 tahun buat seluruh rakyat Malaysia ^_^ .
Sambil-sambil layan cerita Avatar kat TV2 ni teringat pulak mamanea dekat blog yang jarang diupdate ni . Heuheu . Budak kecik tu awal-awal lagi dah tidur lepas balik dari dinner dekat Pizza Hut tadi . ← saje nak menunjuk ;p . Hehe . Oke entry mamanea tengah malam ni bukan nak cerita pasal makan pizza hut tapi nak cerita pasal budak kecik Amnea tu la .

Perkembangan terbaru anak dara mamanea setakat ni → dah pandai baca Alif Ba Ta sampai Ya . Walau ada huruf yang sebutan belum tepat tapi bunyi-bunyi tu dah ada ;) . Mamanea syukur sangat . Tapi nak dengar anak dara mamanea tu baca Alif ila Ya tu kena puji melangit dulu . Tak pun kita nyanyi dulu then cakap dia tak reti ataupun kita pandai baru la dia pulun jugak nak nyanyi . Hehehehe . Mamanea selalu terlepas nak rakam time anak dara tu nyanyi . Bila mamanea dah ready nak rakam, anak dara tu dah tak nak nyanyi . Huhu .

Yang paling mamanea tak sangka time mamanea Solat Maghrib semalam, anak dara mamanea pun kalut jugak sarungkan telekung kecik dia tu sebab nak solat sekali . Mamanea pun tolongla pakaikan telekung tu kemas-kemas dan suruh dia solat tepi mamanea . Time solat tu mamanea baca surah Al-Fatihah kuat-kuat (takla sekuat imam baca tu . Hehe . Sekadar nak bagi anak dara tu dengar) segala perlakuan mamanea anak dara tu ikut . Berdiri, rukuk, sujud . Tapi tak lama . Kejap je anak dara tu ikut . Then dia lari ke mana-mana .
Lepas mamanea habis solat tu anak dara mamanea tu datang and mintak tolong pakaikan balik telekung . Buatla lagak nak solat dia tu . Mamanea pun suruh dia baca Al-Fatihah . Mamanea mula dulu dengan baca Bismillahirrahmanirrahim then terus baca ayat kedua . Anak dara tu pun sama naik baca surah Al-Fatihah tu uols . Walaupun bunyi depan dan hujung-hujung tapi dia boleh baca sampai Aminnnn . Hehehe . Bangga mamanea dengar . Terus mamanea hug dan kiss anak dara tu . Apalagi tersengih-sengih la dia macam kerang busuk ;)))) . Berkat ajaran semua orang . Tenks walid, tok, kakak Aimi and semua yang sudi ajarkan Amnea  bersama-sama .

Oke setakat itu dulu mamanea nak update sebab mata pun dah mengantuk . Terimakasih sudi cekidout blog mamanea ;) .

: bulan depan 25/9 genap puteri mamanea 2 tahun :

2 comments:

Dzureen Darwis said...

Wah bestnya :) Besar pahala ajar anak solat ni kan. Setiap kali dia solat, yang mengajar ni akan dapat pahala :)

shukriah sharuddin said...

Amin amin amin..in shaa Allah..moga si kecil sentiasa mnjaga solatnya...

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea