. Maafkan Mama .

Posted by shukriah sharuddin at 17:05 0 comments
Salam Khamis
Maafkan mama sayang . Mama tak sengaja . :( . Anak kesayangan mama demam . Tidur malam pun tak selesa . Kejap-kejap nak nangis walaupun mata tutup . Tak selesa la tu dengan hidung selsema . huhu . Kesian anak mama . Mama pulak asyik tidur . Time mama nyenyak tidur anak mama menangis lagi . Disebabkan terkejut, mama bangun dan tampar kaki amnea . Menangis lagi anak mama . huhu . Mama mintak maaf . Mama tak sengaja . 

Mama angkat anak mama pergi basuh muka, buatkan susu . Lepastu mama tidurkan semula anak mama . Alhamdulillah anak mama lena nyenyak . Mama pegang badan anak mama . Anak mama demam lagi rupanya . Kesian sayang kecik mama ni . Mama sediakan air dalam mangkuk untuk sapu satu badan anak mama . Mama faham keadaan anak mama . Mama pun kalau demam mesti tak selesa nak tidur . Tapi mama dah besar dan mama boleh tahan semua tu . Anak mama kecik lagi, mama tak sanggup tengok anak mama kena tahan sakit . Mama doakan anak mama cepat sembuh dan makan banyak-banyak . Semenjak demam ni anak mama tak selera nak makan nasi . Badan pun dah nampak surut . huhu . 

Walaupun tak berapa sihat, tapi anak mama aktif main . Mama tahu anak mama kuat . Main walaupun tak larat . :) . Mama sayang anak mama hingga hujung nyawa mama . luv u sayang Nur Eiman Amnea . Selagi mama masih bernyawa, mama akan jaga amnea sebaik mungkin . InsyaAllah . Moga Allah bantu mama dalam mendidik amnea jadi anak yang solehah . Amin Ya Rabb~ (Maafkan mama sekali lagi sayangg ...:'(....)

. Tuhan Tolong Jaga Hati Ini .

Posted by shukriah sharuddin at 17:23 0 comments
Salam Selasa (:
Ya Allah jagalah hati ini supaya sentiasa bersih dari sifat yang busuk . :( . Always pray for it . Amin~

. UlangTahun Perkahwinan ke 2 Tahun .

Posted by shukriah sharuddin at 17:49 0 comments
Salam Rabu
Alhamdulillah hari ini genaplah usia perkahwinan kami dua tahun. Alhamdulillah juga sebab kami dikurniakan seorang puteri dan insyaAllah akan ditambah lagi zuriat-zuriat yang soleh dan solehah pada tahun-tahun akan datang :). Semoga ikatan perkahwinan yang suci ini berkekalan hingga ke syurga Allah. Aminnnn~ ^_^


. Kisah Anak Mama .

Posted by shukriah sharuddin at 18:25 0 comments
Salam Isnin Yang Ceria! 
Mama happy tengok anak mama yang semakin membesar dengan ceria. Amnea ceria, mama pun ceria. Mama doakan anak dara mama ni akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan akal fikiran yang cerdas. :) Mama sayang amnea sangat-sangat!

Anak mama ni seorang yang:
1. baik
2. senang dijaga
3. cerdik
4. cerdas & sangat aktif
5. rajin
6. pandai mengaji (pandai jugak menari & menyanyi . T_T)
7. cepat faham apa yang mama ajar

Mama sangat gembira & bersyukur dapat melihat amnea membesar di depan mata mama. Walau kadang-kadang mama marah amnea, mama minta maaf. Mama tak sengaja. Mama geram sangat dekat amnea. Lepas marah mesti mama nak tergelak sebab amnea nakal jugak. Mama marah tapi amnea senyum & marah mama balik. Pandai la amnea tu! hehehe . Apa-apa pun terima kasih sebab amnea telah gembirakan hidup mama & walid. Mama doa amnea akan menjadi anak yang solehah. Jangan lupa doa untuk mama & walid tau! Hope kita akan berbahagia hingga ke syurga. Amin~

. Astaghfirullahal'azimm .

Posted by shukriah sharuddin at 19:43 0 comments
Salam Jumaat Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi

" Ya Allah Ya Tuhanku . Jauhkanlah aku daripada sifat suka bermegah-megah . dan Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa berendah diri & bersyukur . Amin~ "

Status yang aku update di Facebook. Moga Allah pelihara diri ini daripada menjadi seorang yang meninggi diri dan bermegah-megah. Ya memang ada segelintir manusia yang suka bermega-megah dengan kemewahan dunia yang terang-terang dipinjam semata-mata oleh Allah SWT. Aku pun hairan dengan sikap yang macam ni. Untuk apa nak bermegah-megah? Mungkin untuk kepuasan diri masing-masing kot. Atau mungkin nak orang tahu yang kita ni hebat dan kaya-raya. Mungkinla .

Tapi bagi aku, aku bersyukur sangat-sangat dah dengan kehidupan aku yang sederhana ini. Membuatkan aku sentiasa ingat pada Allah. Mungkin juga Allah masih sayangkan aku dengan memberikan ujian kepada aku. Amin ya Rabb kerana memilih aku untuk sentiasa mengingatiMu walau dalam apa keadaan jua sekalipun. Amin~ Aku berdoa agar aku sentiasa diberi ujian dari Mu. :)


 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea