. Maafkan Mama .

Posted by shukriah sharuddin at 17:05
Salam Khamis
Maafkan mama sayang . Mama tak sengaja . :( . Anak kesayangan mama demam . Tidur malam pun tak selesa . Kejap-kejap nak nangis walaupun mata tutup . Tak selesa la tu dengan hidung selsema . huhu . Kesian anak mama . Mama pulak asyik tidur . Time mama nyenyak tidur anak mama menangis lagi . Disebabkan terkejut, mama bangun dan tampar kaki amnea . Menangis lagi anak mama . huhu . Mama mintak maaf . Mama tak sengaja . 

Mama angkat anak mama pergi basuh muka, buatkan susu . Lepastu mama tidurkan semula anak mama . Alhamdulillah anak mama lena nyenyak . Mama pegang badan anak mama . Anak mama demam lagi rupanya . Kesian sayang kecik mama ni . Mama sediakan air dalam mangkuk untuk sapu satu badan anak mama . Mama faham keadaan anak mama . Mama pun kalau demam mesti tak selesa nak tidur . Tapi mama dah besar dan mama boleh tahan semua tu . Anak mama kecik lagi, mama tak sanggup tengok anak mama kena tahan sakit . Mama doakan anak mama cepat sembuh dan makan banyak-banyak . Semenjak demam ni anak mama tak selera nak makan nasi . Badan pun dah nampak surut . huhu . 

Walaupun tak berapa sihat, tapi anak mama aktif main . Mama tahu anak mama kuat . Main walaupun tak larat . :) . Mama sayang anak mama hingga hujung nyawa mama . luv u sayang Nur Eiman Amnea . Selagi mama masih bernyawa, mama akan jaga amnea sebaik mungkin . InsyaAllah . Moga Allah bantu mama dalam mendidik amnea jadi anak yang solehah . Amin Ya Rabb~ (Maafkan mama sekali lagi sayangg ...:'(....)

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea