. Astaghfirullahal'azimm .

Salam Jumaat Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi

" Ya Allah Ya Tuhanku . Jauhkanlah aku daripada sifat suka bermegah-megah . dan Jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa berendah diri & bersyukur . Amin~ "

Status yang aku update di Facebook. Moga Allah pelihara diri ini daripada menjadi seorang yang meninggi diri dan bermegah-megah. Ya memang ada segelintir manusia yang suka bermega-megah dengan kemewahan dunia yang terang-terang dipinjam semata-mata oleh Allah SWT. Aku pun hairan dengan sikap yang macam ni. Untuk apa nak bermegah-megah? Mungkin untuk kepuasan diri masing-masing kot. Atau mungkin nak orang tahu yang kita ni hebat dan kaya-raya. Mungkinla .

Tapi bagi aku, aku bersyukur sangat-sangat dah dengan kehidupan aku yang sederhana ini. Membuatkan aku sentiasa ingat pada Allah. Mungkin juga Allah masih sayangkan aku dengan memberikan ujian kepada aku. Amin ya Rabb kerana memilih aku untuk sentiasa mengingatiMu walau dalam apa keadaan jua sekalipun. Amin~ Aku berdoa agar aku sentiasa diberi ujian dari Mu. :)


Comments

Popular Posts