. Menu Berbuka #15: Ketam Masak Lemak Cili Api .

Posted by shukriah sharuddin at 06:19
Assalamualaikum kawan-kawan semua :))

Sepanjang Ramadhan ni memang akan banyak la post mamanea pasal makanan dan menu berbuka . hehe . At least Ramadhan tahun depan, mamanea just refer je la resepi-resepi yang dah tercatat dalam blog ni, kans? :)) . Kawan-kawan pun boleh try resepi-resepi ringkas mamanea ni . 

Oke-oke harini dah setengah bulan kita puasa . Untuk habiskan sebulan berpuasa ni, pening jugak la fikir pasal apa yang nak dimasak, kans? Semalam time kemas-kemas peti ais, mamanea terpandang incik-incik crabs yang sedang membeku dalam peti ais tu . Dan-dan la idea memasak datang!! Yayy harini nak buat Ketam Masak Lomak Cili Api! Sebenarnya mamanea tak pernah lagi masak resepi masak lemak ni . Datang kerja mintak resepi dekat akak ni . Dapatlah idea-idea sikit . Then tanya dekat incik google pulak . Study punya study oke senang!! hehe . Mintak-mintak la jadi masakan mamanea kali ni . First time nak try ni . hehe . Jom cekidout hasilnya tanpa mengira rasanyaaa . hahahah :

. Menu Berbuka #15: Ketam Masak Lemak Cili Api .


. gambar di bawah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk cili api mamanea yang dipetik dari pokok yang mamanea tanam!! weehooo!! (psstpsst serai tu walid tanam . kecik lagi dah kena cabut . hehe)



Bahan-bahan:
  1. 3 ekor Ketam - dipotong dua
  2. 1 cawan Santan - kurang pekat
  3. 1 helai Daun Kunyit - dihiris nipis
  4. 2 keping Asam Keping
  5. 1 ulas Bawang besar - dikisar
  6. 3 ulas Bawang putih - dikisar
  7. 1 1/2 inci Halia - dikisar
  8. 5 biji Cili Api - dikisar (nak letak banyak pun boleh kalau nak lagi pedas)
  9. Sedikit serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh dan dikisar)
  10. 2 batang Serai - diketuk
  11. Garam secukup rasa
  12. Air secukupnya
Cara-cara:
  1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama sedikit air . Masak hingga pekat
  2. Kemudian masukkan santan, serai, asam keping, garam, dan daun kunyit (tambah air jika perlu)
  3. Kacau sentiasa hingga mendidih dan masukkan ketam
  4. Kecilkan api dan biar hingga mendidih dan ketam masak
  5. Tutup api dan sedia dihidang!! 
Sangat senang dan simple kans? Jom la try . **Jangan lupa sentiasa kacau supaya santan tadi tak pecah minyak tau** . Selamat mencuba!! Tenks sudi baca entry mamanea ^_^

: walid kata : "sedapp la mama!! macam orang negeri sembilan buat wooo" . mamanea dalam hati : "ermm masak lemak ni masakan orang nogori ke?? ooo baru tahuu . ehek :

4 comments:

Dzureen Darwis said...

Uiiii sodapnyaa

shukriah sharuddin said...

hehe...sodap smpai tak cukup...:P

Hanan Glory said...

mmg sedap..lg2 masak cili api..:-)

shukriah sharuddin said...

tambah pulak cili api yang tanam sendiri...hehehehe...kan kan kan???

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea