. Menu Berbuka #7: Siakap 3 Rasa .

Posted by shukriah sharuddin at 17:44
Assalamualaikum semua :))

Stret to the point ye . Harini nak share menu berbuka semalam . Semalam tak ada idea nak masak apa untuk berbuka . Buka fridge ternampak pulak ikan siakap yang walid beli haritu . Laju-laju la idea datang . Jom cekidout resepi Siakap 3 Rasa versi sempoi mamanea :)) :

. Menu Berbuka #7: Siakap 3 Rasa .


Bahan-bahan:
  1. Ikan Siakap - sekor je
  2. 3 ulas Bawang Merah - dihiris nipis
  3. 3 ulas Bawang Putih - dihiris nipis
  4. 1 1/2 inci Halia - dihiris nipis
  5. Sos Tomato
  6. Sos Cili
  7. Sos Tiram
  8. Kicap
  9. 5 biji Cili Api - diketuk
  10. 3 batang Serai - diketuk
  11. Seulas Bawang besar - dipotong bulat <-- untuk hiasan
  12. 1 biji Limau purut - dipotong dua 
  13. 1 biji Tomato - dipotong bulat <-- untuk hiasan
  14. Daun sup+daun bawang <-- untuk hiasan
  15. Garam secukup rasa
  16. Sedikit gula
  17. Sedikit Air
  18. **Nanas - potong dadu (mamanea tak letak nanas sebab tak ada dalam stok.hehe)
  19. **Lobak merah - potong ikut kreativiti (tak letak jugak sebab terlupa..huhu)

Cara-cara:
  1. Goreng ikan dulu seperti biasa 
  2. Kuali yang sama, buang sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi hingga naik bau
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap, dan sedikit air
  4. Kemudian masukkan cili api, serai, garam, dan gula . Tunggu hingga masak dan tutup api
  5. Hidangkan ikan di dalam pinggan, dan tuangkan kuah sos yang dimasak tadi
  6. Hiaskan dengan bawang besar, daun sup+daun bawang, dan limau purut (nak makan nanti baru perahkan limau purut tu tau)
Senang dan cepat kans? Selamat mencuba kawan-kawan!! ^_^y . 

: Berebut makan dengan walid dan Amnea . hehe . Sodappp woo :

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea