. Kegemaran Mamanea .

Assalamualaikum :)

Haa sambil duk belek-belek gambar dalam phone, mamanea tiba-tiba nak share makanan kegemaran pada Bulan Ramadhan ni . Tiba Ramadhan ja, mesti teringinnn sangat nak makan popia goreng . Padahal time bulan biasa-biasa tak teringin nak makan pulak . Setiap kali Ramadhan macam tu . Asal pergi Bazar Ramadhan je nak cari popia . Adoi la popia .

Tapi Ramadhan kali ni special sangat . Sebabnya mamanea dah jumpa satu port jual popia paling best dekat dunia!! Wow! Mula beli tu mamanea beli lima ketul je . Time ni berbuka dekat rumah tok Amnea . Makan sekali --> fuhh!! mabelessss!! . Siap rebut-rebut dengan adik mamanea . Ambik siap-siap letak dalam pinggan sebab takut tak sempat nak makan . hehehe . 

Hari kedua pergi beli --> nahhh mamanea amik sekali 10 ketul!! Habis licin jugakkk!! Kanss dah kata sedapp hingga menjilat jariiii . Nyum-nyum!! Haa nak tengok gambar tak?? Ade ni mamanea snap sebab nak menunjuk dekat uols-uols sekalian . thehehehe:


Sedap sangat-sangat! Kalau siapa-siapa nak beli, sila cekidout Bazar Ramadhan Nibong Tebal . Depan Pasaraya Yawata . Satu RM0.40 . Kalau beli lima mestila RM2.00 . hehe . Tapi semalam mamanea pergi beli time tu dah pukul 6 lebih . Cuak gila cari gerai tu tak jumpa . Rupa-rupanya dah nak simpan sebab banyak kuih dah nak habis . Rasa nak nangis kalau tak dapat beli popia tu . Ushar-ushar nasib baikkk ada lagi . Tu pun dah tinggal sikit . Dan yang paling best, akak tu cakap "6 ketul RM2.00" . Laju-laju ambil empat ketul popia dan 2 ketul apam <-- untuk budak kecik tu . hehe . Dalam kereta dah habis ngap! Apedaa budak tak puasa ni . (Cari bakul kuih yang ada tag nama "Zaharah" tau)

Satu lagi mamanea nak story . Pasal makanan jugak . hehe . Haritu time berbuka dengan Nasi Mandy Kambing (ingat lagi tak post berbuka Nasi Mandy Kambing??), mamanea ada beli Durian Crepe tau uolss . Sangat sedap jugakkk! . Sebelum ni beli tak la berapa sedap sangat . Pastu ada satu hari ni, ada orang jual dekat satu group yang mamanea join --> Group Parit Buntar Is My Hometown . Laju-laju mamanea order . Order hari ni dan akan dapat esoknya . Free delivery area Parit Buntar dan kawasan sewaktu dengannya . Orang tu datang hantar sendiri . Time dapat tu memang dah tak sabar-sabar nak berbuka . Harga RM10 ada 6 ketul . Mamanea makan dua, walid makan dua, dan lagi dua budak kecik tu la makan! Makan sungguh-sungguh sampai comot-comot . Habis kena dekat rambut segala . Rupa bentuk Durian Crepe tu sama je macam yang orang selalu jual tu . Cuma rasanyaaaa sangat mabelessss!!! :


Oke itu saja mamanea nak storymory . Sekian . hehe . Makin story makin berbunyi pulakk perut ni . Tenks sudi baca sampai habiss!! --> Makanan kegemaran uols bulan Ramadhan ni apa?? Jom la share :))

: Sekarang termimpi-mimpi Durian Crepe pulakkk :

Comments

Popular Posts