. IQRA' Saya .

Assalamualaikum :)

Yaayy Amnea dah ada Iqra' sendiri . Walid yang belikan baru ni dekat Pekan Ahad time balik rumah maktok Amnea . Lama dah mamanea suruh walid belikan Iqra' ni dekat Amnea sebab Amnea suka sangat ambil Quran mamanea atau pun Yaasin nak mengaji . Tapi walid cakap belum tiba masa Amnea baca Iqra' lagi . Takut dia main-main . Tapi dah selalu sangat dia mengaji guna Quran mamanea, kadang-kadang Quran walid sampai walid tak larat nak simpan balik, so last-last walid belikan jugak . Best tak terkira la sampai senyum sampai ke telinga . ^_______^


Gambar bawah ni Amnea kacau tok Amnea ajar mengaji . Hari-hari kalau nak ambil dari rumah tok, mesti Amnea tak mahu balik sebab sibuk nak ajar budak-budak mengaji . Sekarang ni dah ada Iqra' sendiri senang la dah tak kacau Quran orang lain . hehehe . Mengaji pun nak sendiri jugak . Siap ada pensel buat penunjuk lagi . Pastu selit dekat dalam Iqra' . heheheh . 

Kalau kita ajar dia baca A Ba Ta ke dia tak mau ikut . Dia marah dan cakap: "Bukan! Bukan!" <-- lepastu orang nak mengajar tu kena jelir lidah dengan Amnea ler jawabnya . hehe . Dia nak baca cara orang mengaji tu . Tak nak baca satu-satu huruf . Hek elehh macam la dah pandai kans? Tapi dengar-dengar jugak satu-satu kalimah tu . hehe . Kadang-kadang dengar la dia sebut: 

Amnea: " inna" , "summa" , "allazina kafaruu" <-- hehe lepastu sambung bunyi macam-macam sampai muncung-muncung mulut . Hari-hari kena bawak Iqra' letak dalam beg sekolah pergi rumah tok . Hari-hari sebelum balik rumah pun kena baca Iqra' dulu dengan tok, baru la dia ajak sendiri mamanea balik . Konon-konon macam budak-budak mengaji lain la . Lepas mengaji salam-salam dan balik . hehehe . Kalau kita paksa balik tanpa mengaji dulu memang menangis la sepanjang perjalanan tu . huhuhu . 

Doa-doa yang dia tahu baca setakat ni baru Doa Tidur dan Doa Makan . Doa-doa yang lain mamanea belum ajarkan lagi . :) . Oke itu saja mamanea nak story . Terima kasih sudi baca . :))


: mamanea doakan suatu hari nanti Amnea menjadi seorang Hafizhah . In Shaa Allah :

Comments

Post a Comment

Popular Posts