. Menu Berbuka #8: Ikan Kembung Masak Asam .

Posted by shukriah sharuddin at 18:51
Assalamualaikum

Macam biasa mamanea nak update pasal menu berbuka untuk Ramadhan yang ke-8 . Semalam walid Amnea demam . Mamanea pun pulang dari kerja letih semacam pulak . Dah dua minggu batuk-batuk . (uhuk!uhuk!) Sampai rumah baring-baring terus terlena . Tersedar pukul 5.00pm . Bangun-bangun terus fikir nak masak apa untuk berbuka? huhu . Ushar-ushar dalam peti ais hanya ada stok ikan kembung . Emmm idea oh idea plis datang segera!!!

Last-last decide nak buat masak asam . Nak buatkan sup ayam untuk walid yang demam tu, ayam pulak tinggal beberapa ketul saja . So buat asam-asam sikit la sebab walid kata walid tak boleh nak rasa . Telinga pun bengang, hidung sumbat, lidah pahit . huhu  sian walid kamiiiii :((( . Oke-oke stop merapu . Jom kita masakk!!!

. Menu Berbuka #8: Ikan Kembung Masak Asam 

Bahan-bahan:
  1. Ikan kembung - ikutla nak letak berapa ekor <-- goreng dulu macam biasa ye
  2. 3 ulas Bawang merah - dihiris nipis
  3. 3 ulas Bawang putih - dihiris nipis
  4. Sedikit Halia - dihiris nipis
  5. Cili Api - diketuk (bagi yang suka makan pedas macam mamanea)
  6. Asam jawa - mamanea pakai asam jawa Adabi tu
  7. Seulas Bawang besar - dipotong bulat
  8. Garam secukup rasa
  9. Air sedikit
  10. Daun sup+daun bawang

Cara-cara:
  1. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris nipis . Biar hingga naik bau . Masukkan cili api . 
  2. Seterusnya masukkan air asam jawa . Tambah air jika nak banyak kuah
  3. Masukkan sedikit garam dan ikan kembung yang digoreng tu . Biar sekejap
  4. Tutup api, letak dalam pinggan, hias dengan bawang besar dan daun sup+daun bawang . Siap!
Senang dan juga cepat! Selamat mencuba, selamat berbuka dan selamat menjamu selera!!! ^__^ .

: Harini berbuka di rumah tok Amnea . Yayy!! :

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea