. Menu Berbuka #5: Kari Ikan Kembung .

Posted by shukriah sharuddin at 17:57

Assalamualaikum :)

Selamat pagi . Pagi yang sangat sejuk . Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berpuasa pada hari ini, 6 Ramadhan 1434H . Amin . Semalam mamanea tak berkesempatan nak share menu berbuka dengan kawan-kawan semua . So pagi ni laju-laju type entry baru untuk menu berbuka semalam . hehe . Menu berbuka mamanea dan family adalah :

. Menu Berbuka #5: Kari Ikan Kembung .

(platting by adik mamanea . tak berseni langsung!)

Bahan-bahan
  1. Ikan kembung
  2. 5 ulas Bawang merah - ditumbuk
  3. 5 ulas Bawang putih - ditumbuk
  4. 1 1/2 inci Halia - ditumbuk
  5. 5 sudu besar Rempah kari ikan
  6. Daun kari
  7. Sedikit halba
  8. Asam jawa
  9. Garam secukup rasa
  10. Santan
  11. Ubi kentang - jika suka (nak letak tomato pun boleh)
  12. Bendi - jika suka
  13. Air secukupnya
Cara-cara
  1. Bahagikan bahan-bahan yang ditumbuk kepada dua bahagian . Satu bahagian untuk ditumis dan satu lagi bahagian dicampurkan dalam bancuhan rempah kari ikan
  2. Tumis bahan yang ditumbuk dalam periuk yang panas hingga kekuningan, masukkan daun kari dan halba . Kemudian masukkan bancuhan rempah kari ikan dan biar hingga rempah masak dan pecah minyak
  3. Masukkan ikan, santan, air asam jawa, garam dan ubi kentang . Tambah air jika perlu
  4. Tunggu hingga mendidih . Akhir sekali masukkan bendi dan biar seketika dan siap dihidang! ^_^
Kari atau lebih dikenali sebagai 'gulai' oleh orang utara sangat cepat dan senang disediakan . Dalam peti sejuk mamanea ada banyak ikan kembung . So kali ni buat kari ikan kembung la . :) . Menu kali ni tak ada request dari siapa-siapa . Main hentam saja sebab dah tak ada idea nak masak untuk berbuka . hehe . Lepas dah siap masak tu, mamanea cepat-cepat bungkus untuk bawa berbuka di rumah tok Amnea :)) . Sekian . Terima kasih sudi cekidout menu mamanea kali ni . Peace ^__^y .

: Tak pernah lagi berbuka di luar . Rasanya hari ni macam nak berbuka Mandy Kambing la . Slurrpp : 

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea