. Menu Berbuka #3: Asam Pedas Ikan Pari .

Posted by shukriah sharuddin at 06:19
Assalamualaikum kawan-kawan semua :)

Yayy dah tiga hari kita berpuasa . Rasa macam dah nak raya pulak . hehe . Entry ni tak lain tak bukan, menu berbuka untuk hari ketiga la . Menu  ni requested by walid jugak . (Banyak betul walid nak request) . Mamanea oke saja kalau walid nak request apa-apa menu pun . Asalkan bahan-bahan semua ada, laju-laju mamanea masak special untuk walid . hehe . Kalau tak tahu nak masak tu senang je --> tanya encik google . Senang! Oke-oke let cekidout masak asam pedas versi mamanea ;)

. Menu Berbuka #3: Asam Pedas Ikan Pari .


Bahan-bahan:
  1. Ikan pari
  2. Cili kering - diblend (nak pakai cili giling pun orait jugak)
  3. 3 ulas Bawang merah - ditumbuk
  4. 3 ulas Bawang putih - ditumbuk
  5. 1 1/2 inci Halia - ditumbuk
  6. Asam keping
  7. Asam jawa
  8. 2 batang serai - diketuk
  9. Daun kesom
  10. Garam - secukup rasa
  11. Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk dalam kuali yang panas . Kemudian masukkan cili kering yang telah diblend . Biar hingga cili masak dan nampak naik minyak sikit
  2. Masukkan ikan pari, serai, air asam jawa, asam keping, daun kesom dan garam secukup rasa . Tambah air jika perlu
  3. Tunggu hingga mendidih dan siap dihidang!!
Simple dan cepat dimasak . Selamat mencuba! ^_^y

: Fikir untuk menu hari esok . Any idea?? :


0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea