. Menu Berbuka #16: Tomyam Campur .

Assalamualaikum semua kawan-kawan mamanea :)

Wah-wah dah kenyang berbuka tadi . Alhamdulillah . Kawan-kawan berbuka apa tadi?? :)) . Hari ini mamanea buat menu yang paling senang dan paling simple . :)) . Idea diperolehi daripada kawan mamanea yang komen dekat status FB mamnea petang tadi . Tengah duk pening-pening fikir nak masak apa, tiba-tiba kawan mamanea tu sebut suruh masak Tomyam . Tingg!! Good idea! hehe . Memang kebetulan sangat mamanea tak buat menu tomyam lagi sepanjang Ramadhan ni . Oke jom cekidout menu berbuka mamanea untuk hari ini .
. Menu Berbuka #16: Tomyam Campur .


Bahan-bahan:
  1. Beberapa ketul Ayam - dipotong kecik-kecik
  2. Beberapa ekor Sotong - dipotong kecik
  3. Beberapa ekor Udang
  4. Pes Tomyam - kuantiti ikut kesukaan masing-masing
  5. Dua ulas Bawang besar - dipotong besar
  6. 5 ulas Bawang putih - dipotong
  7. 1 1/2 inci Halia - diketuk
  8. 8 biji Cili Api - diketuk
  9. Sebatang Lobak merah - dihiris nipis
  10. Beberapa helai Daun limau purut
  11. Bunga kobis - dipotong kecik
  12. 3 biji Tomato - dipotong 4
  13. Cendawan
  14. 2 batang Serai - diketuk
  15. Garam secukup rasa
  16. Air secukupnya
** sebenarnya bahan-bahan ni ikut kesukaan masing-masing nak letak apa oke :) **


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air secukupnya <-- sayur-sayur tu masuk last-last oke
  2. Tambah sedikit garam 
  3. Masak hingga mendidih dan siap dihidang!!
Senang kans?? hehehehe . Semua orang pun boleh buat . Oke selamat mencuba! Tenkiu sudi cekidout entry mamanea hari ini . Luv uols~

: Esok cuti Nuzul Al-Quran . yayyy :

Comments

  1. waah...nmpk sdap.nti nak try. Fav sis ni =).salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yke...ni pn masak main cmpak2 je..tp tlebih garam skit...hahaha

      Delete
  2. Okeh nampak yummy sangat . Tak boleh jadi ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts