. Selamat Hari Guru .

Salam uols

Hari ini 16 May 2013 . Semua dah maklum hari ini adalah Hari Guru seluruh Malaysia . Maka banyaklah dedikasi untuk guru-guru di Malaysia ni . hehehe . Kalau tengok di Facebook, macam-macam ucapan terima kasih si murid, bekas-bekas murid dan bakal menjadi murid kepada cikgu-cikgu . hehe . 

Mamanea awal-awal lagi dah wish . Siap post lagu 'Terima Kasih Cikgu' lagi . hehehe . Kalau tak percaya sila tengok : sini : . tapi uols kena jadi fren mamanea di : Facebook : la baru boleh tengok . hehe . (promote Facebook pulakkk) .

Betul . Jasa cikgu sungguh tidak ternilai . Sebabnya cikgu yang mendidik kita from zero to hero . Tapi bagi mamanea, cikgu yang terbaik adalah IBU kita sendiri . Sebabnya ibu kita lah yang mengajar kita dulu sebelum cikgu di sekolah . hehe . Jangan marah ye cikgu-cikgu . Mamanea yakin semua orang setuju dengan pendapat mamanea ni . Tanpa 'cikgu pertama' kita, boleh ke kita mintak susu masa kita jadi baby dulu? Boleh ke kita belajar jalan time mula-mula nak jalan tu? Siapa yang jadi cikgu dan ajarkan kita? Jawapannya mestilah --> EMAK kita kan . Yayy mamanea anak cikgu sebab mak dah ajar macam-macam time kecik-kecik dulu . :))

Oke dikesempatan ini mamanea nak ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada mamanea . Ilmu yang sememangnya amat berguna dan bernilai . Ilmu yang bakal menentukan masa depan mamanea . Terima Kasih yang tidak terhingga . (psstpsstt Selamat Hari Guru untuk Walid jugakk!!)

copypaste status facebook mamanea :
Dedikasi buat : Cikgu-cikgu tadika (Masjid dekat rumah tok), Cikgu-cikgu SKAI Penang, Cikgu-cikgu SKPTM N.Tebal, Cikgu-cikgu SMKSA N.Tebal, Cikgu-cikgu SMKA N.Tebal, Cikgu-cikgu SMKPBG P.Buntar, Lecturers UiTM Perlis & S.Alam dan yang paling ISTIMEWA --> CIKGU yang mendidik saya dari kecil sampai saya besar : MAK . I Love Uols Very Much!   

: Tema Hari Guru 2013 : Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda :

Comments

Popular Posts