. Nak Jadi Supermamanea . ^_^y

Salam Isnin semua orang :)

Ermm susah sebenarnya nak jadi mama yang terbaik ni kans . Macam-macam kena fikir . Macam-macam kena jaga dalam mendidik anak kecil ni . Dah semakin besar, makin banyak akal pulak si kecil . Macam-macam perangai yang dibuatnya . Kadang-kadang rasa macam nak marah (memang dah marah pun) . Kadang-kadang rasa buat apa nak marah sedangkan budak tu baru kecil dan belum nak faham apa-apa lagi . Aduh serba tak kena . Nak jadi garang atau lembut? Nak jadi kawan atau lawan? Argghh pening .

Oke mama sekalian! Cepat buat pilihan . hehe . Mamanea dah lalui semua ni . Baru saja lalui sebab anak pun makin membesar . Macam-macam ragam sekarang . Semalam Amnea buat perangai . Dah la walid tak ada semalam . Mamanea tengah iron baju dalam bilik . Hairan jugak Amnea tiba-tiba senyap saja . Mamanea pun intai la tengok . Rupa-rupanya baik punya buka pampers dan baring depan TV . Owh geram tu memang ada . Takut dia syoosyoo atas toto tu . Sebelum ni Amnea taklah suka buka-buka pampers kalau mamanea tak bagi pakai panties . Hurmm~ Fikir-fikir balik, benda kecik je buka pampers tu wahai mamanea! Kalau Amnea syoosyoo sekalipun, just mop lantai balik! Kan senang!! <-- Oke senang . huhuhu .

Lepastu mamanea bagi Amnea mandi . Lepas mandi tu mamanea chillex-chillex depan TV . Mamanea buat-buat merajuk dengan Amnea . Tak mahu layan Amnea . Buat muka garang dan masam-masam ni! Budak kecik tu perasan mamanea tak layan dia . Boleh pulak dia datang dekat mamanea dan geletek-geletek mamanea (hok olohh tak geli pun) sambil cakap ;

Amnea : "ala baby-baby..nyeynyenyenye.." <-- oke sangat lawak! mamanea tahan gelak sebab dia tiru mamanea pujuk dia dengan cakap macam tu . Buat-buat geli-geli panggil baby . huh! Pentiru betul!

Last-last tak jadi marah la uolss . Terus gelak-gelak dengan anak dara tu . :)) . Mamanea perasan sekarang Amnea faham apa yang kita buat dan apa yang kita cakap . Mungkin ini perkembangan terbaru Amnea lepas baik dari demam hari tu . Ermmm wahai mamanea! Anak dara mamanea tu dah besar dan semakin hari semakin belajar benda baru . So untuk peringatan dalam diri --> behave! jangan tunjuk perangai -ve kepada anakmu itu . hehehe . In Shaa Allah ^_^y

Kadang-kadang bincang dengan walid . Antara kami berdua siapa yang nak jadi watak garang? Walid selalu cakap biar walid jadi garang dan mamanea pulak jadi lembut . Tapi macam dah tertukar watak pulak . Hahaha . Yang selalu garang-garang ni mamanea . Tapi lepas marah tukar jadi baik pulak . Last-last Amnea yang pening! hahaha . Adoi la mamanea . Apa-apapun mamanea perlu tabah+sabar+tegas+lembut+dan seumpamanya untuk menjadi seorang SUPERMAMA!! ooyeahh doakan mamanea berjuang habis-habisan membesarkan anak ini dengan sangat bertabah hati ye kawan-kawan!! ^_^y . Oke stop dulu . Tata~

: Walid kata Amnea banyak tiru perangai mamanea yang suka bebal-bebal . huhuhu :


Comments

Popular Posts