. Menanti Kepulanganmu --> Savvy . Eh Walid . hehe .

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari :)

Eee tak sabarnya nak tunggu walid balik petang ni . Dah tiga hari (Selasa, Rabu, Khamis) walid tak ada sebab outstation bawak budak sekolah camping . huhu . Bosan jugak duduk rumah kalau tak ada walid . Bosan mamanea dengan Amnea asyik main dua orang je . hehe (mintak-mintak walid baca entry ni dan terasa nak belanja kami dua orang makan pizza! Ngeee~) .

Dan yang paling gembira tadi walid wechat mamanea cakap nak terus ke Alor Star dulu nak jemput Savvy pulang . Yayyy!! Savvy dah sembuh . Rindu sangat nak bermanja-manja dengan 'budak kecik hitam' tu . Mamanea doakan walid dan Savvy pulang dengan selamat . Amin .

So far Amnea takla nakal sangat tinggal dengan mamanea di rumah . Jemput pulang dari rumah tok Amnea, dalam kereta maklong dia layan UpinIpin macam biasa . Sampai rumah buat homework dengan tekun sebab ada kerusi baru . hahaha . Lepas tu sambung tengok cerita kartun dekat TV . Malam main-main dengan mamanea, lepak-lepak depan TV . (Nasib baik tak menangis bagai sebab malam sebelum walid outstation tu dia nangis-nangis takut . Ingatkan sebab apa . Ermmm sebab takut dekat kelekatu!!! Hok olohh) . Dah habis tengok TV, masuk bilik dan tidur . Esoknya mamanea hantar ke rumah tok Amnea dengan jayanya . Begitu lah ulang siaran untuk tiga hari ini . hehehe . 

Tapi semalam macam saspen sikit . Mamanea buka TV9 tengok cerita "Batu Belah Batu Terlungkup" <--kalau tak salah tajuk dia yang tu . Memang cerita ni cerita lawak tapi ada jugak tunjuk-tunjuk hantu bagai . Adoi . Amnea pulak terus datang peluk mamanea dan cakap "akutt mama" . Isy TV ni!! Mamanea pun peluk-peluk budak kecik tu sambil tepuk-tepuk belakang dia . (sebenarnya mamanea pun meremang bulu roma!!!) . Buat-buat gelak tengok hantu tu untuk tidak membanyangkannyaaa di rumah . huhu. Haisyyy T______T . Last-last tutup TV masuk bilik dan tidur! Lagi best . hehe . 

Psstpsst . nak tau tak, malam sebelum semalam, mamanea masuk toilet (mestilah ada hajat yang nak dilaksanakan . hahahaha) . Tiba-tiba dengar suara budak kecik tu dari luar sambil duk ketuk-ketuk pintu dan cakap ;

Amnea : "mamaaa buka catt mamaaa.." <-- sambil dengar dia duk main-main dengan selak pintu di sebelah luar nak suruh buka pintu . Arrghh sudah budak ni . Cepat-cepat mamanea selesaikan benda yang nak diselesaikan dan terus buka pintu . Risau kalau pintu terkunci dari luar siapa pulak yang nak tolong bukak . huhu . Sebenarnya kelam kabut jugak ni tinggal dua orang dengan budak kecik tu di rumah . Fuhh nasib baik harini walid dah nak balik . huhu . Amnea . Amnea . Oke setakat itu saja mampu tulis . Mau rest-rest . Tata!

: we miss you walid <3 :

Comments

Popular Posts