. Upin Ipin .

Posted by shukriah sharuddin at 21:37
Salam semua :)

Mamanea ni asyik nak post entry baru saja kan? Sebenarnya mamanea bosan tak tahu nak buat apa . Dalam duk fikir-fikir tu ada saja cerita yang mamanea nak story dalam blog mamanea ni . Cerita di sebalik Upin & Ipin . :)) 

Owhh itu kartun kegemaran Amnea . Upin Ipin punya pasal, sanggup bangun tidur bila dengar suara Upin Ipin . Tak payah nak kejut-kejut bagai . Buka je cerita Upin Ipin terus mata pun terbuka pelan-pelan . hehehe . Dan lagi satu, kereta Mak Long Amnea yang mamanea pinjam tu ada pulak VCD Player . Abang Alif bagi pinjam VCD Upin Ipin yang terbaru <-- Abang Alif yang cakap . Baru tak baru mamanea bukan tahu pun . hehehe . Hari-hari jemput si boss kecil tu pulang, kena pasang VCD Upin Ipin . <-- budak kecil tu pasang sendiri uolssss . Kalut sangattt ni . Sekali saja dia tengok Abang Alif ajarkan mamanea macam mana nak pasang VCD tu, esoknya mamanea tak payah pasang ---> Amnea cakap "itsoke mama i pasang sendiri ". hahaha . Oke mamanea saja buat-buat dialog sendiri . :)) . 

So sepanjang perjalanan pulang ke rumah tu memang duk kusyuk tengok Upin Ipin dia la . Senang sikit mamanea nak drive . Tapi yang best, sampai saja rumah, dan-dan bangun kalut nak tutup VCD tu pulakk . hahaha . Nasib baik lagi kalut nak tutup . Kalau kalut nak tengok sampai habis VCD tu lagi parah . hehehe . Tapi oke saja sebab timing sampai rumah tu sambung tengok kartun dekat TV9 pulak . Upin Ipin lagi . Naik muntah mamanea . huhu . Dua beranak tu sama saja asyik nak tengok kartun . Walid tak lepas tengok Sepanbob . Sampai Amnea pun dah terikut-ikut . :))

Yang mamanea risaukan sekarng, kalau kereta walid dah sembuh, mana nak cari pulak VCD Player ni . Parah walid nak letak VCD Player pulak dalam kereta . (psstpsst maklong, boleh tak Amnea pinjam kereta maklong lama-lama?hehehehe) . Oke itu saja pasal Upin Ipin . Sekian dulu . :))

: Thanks Maklong & Paklong sudi pinjamkan kereta dekat Amnea :

2 comments:

fuadarshad said...

Tenks pak long n maklong....kereta savvy kita tengah kritikal.susah nak cakap...

shukriah sharuddin said...

:((((

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea