. Tak Payah! .

Posted by shukriah sharuddin at 21:16
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kawan-kawan!! :))

Hope semua sihat-sihat selalu . Buat apa tu hujung-hujung minggu ni? Bosan pulak rasa harini tak tahu nak buat apa . Actually Amnea dan mamanea ada di rumah tok Amnea ni sebab walid pergi Alor Star sebab nak hantarkan sparepart kereta dekat workshop . So semalam kami tidur sini la . yayy . 

Bosan melayan Fb tiba-tiba rasa nak post entry baru walaupun semalam dah pun post new entry . hehe . Best jugak ada blog ni . Kalau bosan saja boleh typing-typing . Kanss . Teringat satu cerita mamanea dengan si budak kecik Amnea tu . (alaaa lagi-lagi cerita budak kecik tu kanss . Ye la nak cerita pasal siapa lagi kalau bukan kisah budak kecik tu . hehe) Kisahnya pada suatu hari tu, mamanea sedang duk syoQ-syoQ layan TV dengan budak kecik tu . Tiba-tiba budak kecik tu duk panggil "wey-wey" <--sambil kaki duk cuit-cuit mamanea . Aik? Panggil wey-wey saja dekat mamanea?? Amboiiii dia . Biasa niiii . 

Mamanea pun marah la dia suruh panggil "mama" elok-elok . Baru dia panggil elok-elok . isyisyisyyy . Mesti Amnea ingat mamanea ni kawan-kawan dia boleh duk wey-wey macamtu . huhuhu . Sabor je la dengan  budak kecik yang tak faham apa-apa lagi tu . T_____T . Lepastu kan, Amnea bangun tuju ke TV then tutup TV . Dia lindung-lindung TV tu sambil cakap ;

Amnea : "ayah!" (ayah = tak payah)
Mamanea : "buka la balik TV tu Amnea . Janganlah lindung mama nak tengok cerita tu"
Amnea : "ayah!" <--sambil duk depa-depa tangan nak lindung . Hok oloh macam la besar sangat nak lindung-lindung bagai . T__T

Amboi diaa . Memang nak kena cubit dengan mamanea ni . huhuhu . Betul la uols sekarang budak kecik tu dah pandai nak gaduh-gaduh . Bila di rumah tok, ada geng tukang nak gaduh . Balik rumah nak gaduh dan marah-marah mamanea pulak . Adoila pening melayan budak kecik tu . Satu lagi kans, Amnea suka tiru mamanea . Mamanea kalau nak marah dia, mamanea cakap ;

Mamanea : "aipp takmau buat macamtu Amnea . Mama tampaQ satgi"

Oke sekarang duduk saja-saja nak cari gaduh dengan mamanea dia akan cakap ;

Amnea : "ampaQ ni" <--sambil tangan buat action nak tampar . huhuhu

Kadang-kadang tak pasal-pasal dia cakap ;

Amnea : "amboiii eeeca!" <--- (amboi biasa . Sambil duk jelir-jelir lidah) huh!

Haa ada satu cerita ni . Mamanea duk lepak-lepak dengan Amnea depan TV . Lepastu mamanea kacau Amnea duk kusyuk tengok TV tu . Mamanea cakap;

Mamanea : "Amnea, mama cantik tak?"
Amnea : "tampaQ ni!!"
Mamanea : "laaa cepatla cakap mama comel tak?"
Amnea : "tampaQ ni!!" <-- macam biasa duk tunjuk-tunjuk tangan nak tampar mamanea . cait!

Hahaha . Dia malas nak layan mamanea dia la tu . Geram sebab mamanea kacau dia tengok TV . Oke itu saja nak merapu untuk entry kali ni . Tulis entry ni pun hampir sejam sebab budak kecik tu duk kacau-kacau suruh dukung bagai . huhuhuhu . Oke tata dulu!! cuols di next entry! ^_^y

: Ya Allah ya Tuhanku, bantulah hambaMu ini untuk mendidik amanahMu ini sebaik mungkin .  Sesungguhnya AMANAH Engkau ini sungguh bernilai . Amin~:

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea