. Lagu Kanak-kanak #2 .

Assalamualaikum semua :))

Ceria-ceria harini sebab pagi tadi hujan mula turun walaupun pada awal paginya mamanea sampai ke sekolah dengan keadaan cuaca yang berkabus dan gelap . Walaupun hujan turun hanya sekejap sudah cukup untuk membersihkan sikit udara yang kini tercemar . :) Alhamdulillah . Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Ilahi . Berkat doa semua orang dan dengan keizinan Yang Maha Esa, jerebu yang membelenggu penduduk Malaysia kini semakin pulih . In Shaa Allah . Amin~

Entry baru ni mamanea nak share lagi satu lagu kanak-kanak yang mamanea ajar kepada Amnea . Sambil berbosan-bosan membelek phone, mamanea terjumpa satu video yang mamanea rakam ni . Teringat pulak janji mamanea haritu nak share lagu "Bangun Pagi" . huhu . Oke jom cekidout sama-sama jom! :)


Lirik lagu ni mamanea telah 'renovate' . hehe . Kalau nak join menyanyi sila ikut lirik di bawah :

Bangun Pagi

Bangun pagi, gosok gigi
Cuci muka, pakai baju
Minum susu, bawak buku
Saya pergi sekolah

Sebenarnya mamanea sendiri tak ingat lirik lagu asal . Sebab tu terkeluar lirik sendiri . huhu . Jangan marah ye . ^_____^

: Next entry lagu Satu-satu saya sayang Allah :) :

Comments

Popular Posts