. Lagu Kanak-kanak #1.

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari buat semua :)

Sebenarnya dah lama mamanea nak buat entry pasal lagu kanak-kanak ni . Dulu masa belajar di tadika, cikgu tadika selalu ajar lagu-lagu dekat kita kans? Masa standard one pun kita ada kelas muzik . Macam-macam lagu yang kita belajar . Siap ada buku muzik lagi . Buku latihan yang ada line merah-merah kecik-kecik besar tu . KansKans?? Ingat lagi tak?

Mamanea masih ingat satu lagu ni yang bertajuk 'Semut' kalau tak silap . hehe . Ala lagu yang cerita pasal semut tu . Dekat buku muzik mamanea sebelah tu tulis lirik lagu tu dan sebelah lagi yang ada ruang kosong tu kena lukis-lukis . Mamanea lukis semut berdasarkan lirik lagu tu . hehe memang lawak time tu sebab mamanea punya pening macam mana nak lukis semut yang sedang terbang di udara . hahaha . Ada lagi antara lagu 'Bunga Mawar', lagu 'Berkelah' <-- lagu berkelah ni mamanea pening time nak lukis gambar orang melompat . Time tu kan kecik lagi . So tak pandai nak lukis kaki yang melompat nak senget-senget ke mana . hahaha . Ermm ingat-ingat balik time zaman kecik-kecik dulu memang best dan memang banyak kenangan yang tak dapat nak dilupakan .

Cepat saja masa berlalu dan sekarang mamanea sudah pun ada anak seorang . (bila nak tambah anak lagi ni???hehehe) . Dengan anak lah pulak mamanea main . Macam-macam benda la mamanea ajarkan si anak dara tu termasuklah mengkompos lagu untuk budak kecik tu . Antara lagu yang mamanea ajarkan ialah lagu untuk mengenal nombor . Nombor satu dua tiga dan juga one two three . Ada dua version lagu yang mamanea reka-reka ni . hehe . Satu version orang melayu satu version orang putih . hehe . 

Oke ni video yang sempat mamanea rakam . Yang ni versi omputih . Meh kita cekidout dulu video ni meh :


Macam biasa mamanea just rakamkan suara si budak kecik tu . Then edit-edit ler letak gambar . Dapat dengar tak suara budak kecik tu menyanyi? Oke lirik sebenar lagu mamanea reka ni seperti di bawah:

1. Versi Omputih :)

One two three four five
Six seven eight nine ten
Ten fingers, Ten fingers
Clap clap
Hoorayy!!

2. Versi Orang Melayu :)

Satu dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan sepuluh
Sepuluh jari, Sepuluh jari
Tepuk tepuk
Horayyy!!

Lagu ni mamanea reka sekali dengan gaya tau . Keluarkan jari satu-satu . Dah sampai sepuluh, kita jemput-jemputkan jari . Then tepuk tangan dan katakan Hoorayy!! . yayy . Amnea pun dah tahu gerak gaya lagu ni . Nanti ada masa mamanea rekod gaya yang Amnea buat . Mamanea just rekod suara kali ni sebab lagu ni mamanea reka time nak tidurkan Amnea . Sebelum tidur kena layan-layankan dia dulu . Tup-tup lagu ini terkompos dengan sendirinya . hehe . 

Sekejap saja mamanea ajarkan Amnea lagu ni cepat saja dia dah ingat . Kadang-kadang tu duduk saja-saja mula lah dia nyanyi sorang-sorang . Bukan setakat Amnea, walid pun dah boleh hafal lagu mamanea ni . hehe . Budak-budak ni cepat belajar kalau benda tu berkaitan dengan muzik . Kita sendiri pun macam tu kans? Muzik ni sedikit sebanyak membantu dalam pembelajaran . Contohnya lagu nasyid Kumpulan Raihan yang bertajuk 'Nama-nama Rasul' . Senang saja kita nak hafal nama-nama Rasul tu . Kans? 

Sebenarnya ada lagi mamanea ciplak lagu dan buat lirik sendiri . Nanti mamanea rekod dulu then mamanea share lagi di sini oke? ^__^y . Kalau uols nak ciplak lagu mamanea buat ni dan ajarkan kepada anak atau adik atau anak sedara pun oke saja . Enitaimm ^_^ . Oke stop sini dulu untuk hari ini . Walid Amnea pun dah bising sebab mamanea online lama sangat dia kata . hehehehe . Tenkiu kepada yang sudi layan blog mamanea . Luv uols <3 .

: Tunggu next entry mamanea pasal lagu Bangun Pagi :

Comments

Popular Posts