. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan .

Assalamualaikum semua ^_^

Amboi lamanya tak bermanja-manjaan dengan blog mamanea ni . huhu . Rindu sangat dah ni nak bertyping-typing . Bukan tak ingat nak berblog tapi tak ada masa nak update . hehe . Nak tau tak ke mana menghilangnya mamanea seminggu ni? <-- amboi tanya kalah retiss aih . hehe . Tak mau tahu pun mamanea nak cerita jugak . :)) . Sebenarnya mamanea jalan-jalan ke KL . Woww keyelll~

Ambil cuti empat hari (bermula Selasa hingga Jumaat) menghabiskan cuti sekolah . Saja nak bawak si kecil tu jalan-jalan . Kebetulan jugak maktok Amnea ajak ke KL . So jalan sekali la . Tambahan pakcik-pakcik sedara Amnea semua tinggal di KL . Jadi boleh la jalan-jalan melawat kawasan . :)) . 

Bertolak pagi Rabu dari Padang Benggali (rumah maktok) dan sampai KL pukul 3 lebih macamtu sebab walid Amnea cari jalan tak jumpa . hehe . Sampai saja KL kami disambut oleh hujan yang sangat lebat . Best jugak bila hujan . Tak lah rasa panas . hehe . Malam pertama stay rumah Mak sedara Amnea di Setiawangsa . Malam tu lepas Maghrib bawak Amnea pergi jalan-jalan tengok KLCC . Naik LRT you . Wahh bestla Amnea first time dapat naik LRT . :)) . Ramai jugak manusia-manusia malam tu walaupun malam weekdays . Seronok sangat lah budak kecik tu tengok banyak lampu-lampu dalam kolam depan KLCC tu . Lari sana lari sini . Jom cekidout gambar dulu . ^_^y

#Hari Pertama : Setiawangsa --> KLCC

. Proses membeli tiket LRT .
(budak kecik tu kalut jugak nak tengok)


. Tunggu LRT tiba . 

. Seat VIP tu . hehe

. walid . amnea . maktok . syafiq .

. captain LRT yang kecil . :))

. Welcome to KLCC sayang kecil mamanea!! .

. Join kakak Wani dan Abg SyafiQ tengok lampu dalam air pancutan .

Gambar yang mamanea ambil dari kamera handphone tak banyak sangat sebab banyak pakai kamera anak sedara mamanea . Tak sempat pulak haritu nak transfer dari kamera dia . So layankan je gambar-gambar yang tak berapa nak clear sangat ni . hehe . 

#Hari Kedua : Setiawangsa --> Zoo Negara --> Sate Kajang -->Putrajaya

Hari kedua (Khamis) bawak Amnea pergi Zoo Negara . Tapi yang tak bestnya masuk saja dalam zoo terus hujan dengan lebatnya . Ermm tak ada rezeki nak tengok binatang-binatang dengan lebih dekat . 

. Just arrived .

. Tunggu walid beli tiket .

. Tunggu nak naik tram .

. hujann . huhuhu . 

Time sampai Zoo ni pun dah petang pukul 4.00pm macamtu lebih kurang . Zoo tutup pukul 5.00pm . Tambah hujan pulak . Aduhh memang betul-betul tak ada rezeki . Tapi naik jugak tram walaupun hujan turun renyai-renyai . Just pusing satu round saja . Jadi la daripada tak dapat nak tengok apa-apa langsung kan . Mahal jugak masuk Zoo Negara ni . Dewasa RM33 . Nak naik tram tambah lagi RM3 satu kepala . Dah tu naik pusing satu round saja sebab hujan . Memang sangat-sangat rugi . Sepatutnya pihak zoo bawak la pusing dua tiga round sebab bayaran untuk satu round dalam keadaan cuaca hujan memang sangat-sangat tidak berbaloi . 

Keluar Zoo terus balik Setiawangsa dulu sebelum keluar makan ramai-ramai di Satay Kajang . Malamtu semua adik beradik family walid berkumpul . Mamanea tak snap gambar sebab dah snap pakai kamera anak sedara mamanea tu . Lepas makan Satay Kajang, terus pulang ke Putrajaya pulak ke rumah pakcik sedara Amnea . Bermalam di Putrajaya .

#Hari ketiga : Putrajaya --> Cheras --> Kajang

Hari ketiga just stay di Putrajaya (Jumaat) . Seharian rehat makan ridur sahaja . Kesian dekat kami tak ada siapa-siapa nak bawak pergi jalan-jalan . huhu . Nak ke rumah member pun tak ada siapa yang nak melawat  . So just tunggu hingga malam sebab malam tu ada jemputan Kenduri Kesyukuran di rumah abang sulung walid Amnea a.k.a rumah Paklong Amnea (actually rumah mil Paklong Amnea) . Makan-makan sampai lewat malam dan pulang terus ke Kajang pulak . Juga rumah pakcik sedara Amnea . hehehe . 

#Hari keempat : Kajang --> Padang Benggali --> Penang (Kenduri Acap) --> 1st Avenue

Hari keempat (Sabtu) lepas Subuh kami bertolak pulang ke kampung halaman (Padang Benggali) . Sampai sini lebih kurang pukul 2.30pm . Sampai rumah terus mandi-mandi dan siap-siap untuk ke kenduri kawan UiTM mamanea di Penang . Kira rushing jugak sebab takut lewat sampai . Gambar pengantin ada di bawah ni . Lets cekidouts!~


Nasib baik sempat jugak jumpa pengantin . Risau jugak kot-kot pengantin ada sesi outdoor petang tu . Tapi nasib baik pengantin tak pegi outdoor . hehe . Tapi ada sedikit terkilan jugak sebab tak dapat nak jumpa sahabat-sahabat yang lain yang pergi lebih awal dari kami . Ada jugak yang pergi lebih lewat dari kami . heheh . Tak apa lah tak ada jodoh nak jumpa . Lepas lepak sekejap dengan pengantin, kami pun beransur la . 

Tiba-tiba dapat plan nak bawak Amnea tengok wayang . ^_^y . Laju-laju mamanea ajak walid Amnea pergi singgah 1st Avenue . Kami tengok wayang tajuk 'Epic' . Best cerita ni . Sangat comel . Ye cerita kartun . Ini first time Amnea tengok wayang . Mula-mula risau jugak takut-takut Amnea tak tahan duduk lama-lama dalam panggung tu . Tapi so far oke saja . Sebab cerita kartun . Dan ramai yang bawak budak-budak . So Amnea ni tak duduk diam la duk intai-intai budak-budak dalam panggung tu . hehe . Oh lupa nak bagitahu, kami ambil couple seat . Muat-muatla untuk kami tiga orang . hehe . Belikan Amnea popcorn . Separuh dah habis di luar panggung! hahaha . Mula-mula nak mintak bean seat tapi tak ada pulak . So couple seat pun oke . Nak last-last cerita baru la si Amnea ni tidur . Entah dia tengok berapa percent je cerita Epic tu . hehehe . Habis saja cerita terus pulang ke Padang Benggali . Amnea tidur dari dalam panggung hingga ke esok paginya . hahaha . 

#Hari kelima : Padang Benggali --> Permatang Saga --> Nibong Tebal

Hari Ahad tu kami pergi kenduri kawan walid yang jadi pengapit walid time kenduri kami dulu . Siapa lagi tak lain tak bukan uncle Matwan ler . Ha jom tengok gambar pengantin dekat bawah ni :


Lepas kenduri terus drive pulang ke Nibong Tebal . Huh very-very long journey . Badan masih terasa letih tapi kena gagahi jugak bangun pagi tadi datang kerja . Oke penat dah typing-typing . Jumpa lagi di lain entry! Tata uolsss . ^_^/

Comments

Popular Posts