. Peringatan Dari Yang Maha Berkuasa .

Assalamualaikum semua :)

Selamat pagi semua kawan-kawan mamanea . Hope pagi ni semua orang ceria dan memulakan tugas masing-masing dengan bersemangat waja . ^_^y . Pagi ni mamanea bangun ke kerja seperti biasa . Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bernafas pagi ini . Hari ini sekolah sunyi sikit sebab budak budak sekolah dan cikgu-cikgu cuti peristiwa sempena Hari Anugerah Kecemerlangan yang telah diadakan pada Sabtu lepas (22/6/2013) . Kenapa mamanea tak cuti? Ermm sebab kami staf-staf tak terlibat pun dengan Hari Anugerah yang telah dijalankan tu . Kalau terlibat, kami juga akan dapat cuti peristiwa ni (isy kenapa la Boss besau tak mintak kami terlibat . isk isk)

Syukur ke hadrat Ilahi jugak sebab cuaca pagi ni sangat baik . Hati memang mula risau dengan keadaan jerebu di sesetengah negeri yang semakin membimbangkan . Jerebu sudah pun merebak di kebanyakkan tempat dan sesetengah negeri sudah pun diisytiharkan sebagai darurat . Darurat bererti cuaca sangatlah tidak sihat dan berada pada aras yang sangat bahaya . 

Mamanea nasihatkan kepada negeri-negeri yang terlibat supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan minuman air kosong yang banyak, tidak melibatkan diri dengan aktiviti di luar rumah dan sentiasa memakai face mask . Sedia maklum, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 300 pun dah masuk paras bahaya (beracun) . Inikan pula sekarang bacaan IPU dah pun mencecah ke 700++ . Sangat-sangat merbahaya . 

Baru-baru ni Pulau Pinang dikejutkan dengan ribut yang mampu merobohkan bangunan menara konkrit . Keruntuhan jambatan kedua yang sedang dibina . Johor pula negeri terawal diserang jerebu . Merebak hingga ke Melaka, Negeri Sembilan , Selangor, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi . Ya Allah, jika ini adalah teguran dan amaran untuk kami, kami bersyukur ya Allah kerana Engkau masih memberi peluang kepada kami untuk terus berdoa dan kembali kepadaMu . Sesungguhnya kami leka dan alpa dengan nikmat duniaMu . 

Terlalu banyak kemungkaran yang berlaku di atas dunia ini . Mamanea sebenarnya sangat sedih dan takut bila baca status orang-orang di Facebook yang seperti menyalahkan jerebu . Ada yang kata jerebu menyusahkan . Jerebu menghalang kegiatan harian . Jerebu merimaskan . Jerebu itu . Jerebu ini . Kenapa mereka masih tidak sedar bahawa jerebu dan lain-lain bencana yang kita dapat ini adalah kerana perbuatan kita sendiri? Masih belum bersyukurkah kita bahawa Allah masih sayangkan kita dan masih diberi Ujian untuk kembali mengingati dan mendekatkan diri kita kepada Allah? T____T . Penting sangatkah urusan dunia hingga urusan akhirat dibelakangkan? Ermm .

Sebaiknya kita sujud syukur dan banyakkan berdoa daripada menjerit sana sini menyalahkan takdir Allah . Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada HIKMAH disebaliknya . Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa . Peringatan buat semua dan diri sendiri . :((

: Ya Allah ya Tuhanku ampunkan dosa-dosa kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang beriman . Amin~ :

Comments

Popular Posts