. Usaha Membuahkan Hasil .

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian ^_^

Tersenyum-senyum mamanea sambil menaip entry malam ni tau uols . Happy sangat-sangat macam baru dapat baby . Baby?? hehehe . Actually entry kali ni mamanea nak update pasal Projek Taman Mini mamanea tu . Uolss nak tau tak pokok cili mamanea dah keluarkan cili tau! Yes! Betul! Mamanea pun baru perasan petang semalam lepas pulang dari tempat kerja . 

Ceritanya begini:
Ahad malam mamanea baru sampai ke rumah selepas enam hari meninggalkan rumah . Dah malam-malam tu tak perasan la apa yang telah terjadi pada pokok-pokok Taman Mini mamanea tu . Before masuk rumah, mamanea just siram pokok-pokok kesayangan mamanea yang kehausan selama enam hari itu . huhu . Sedih kan . Nasib baik jugak hujan turun membasahi tanah dalam pasu . Walaupun tak masuk ke tanah sepenuhnya . So dalam keadaan gelap memang tak nampak la keadaan pokok-pokok tu  semua . 

Oke keesokkan harinya selepas pulang dari kerja, mamanea terkejut beruk tengok pokok pandan mamanea daunnya habis kekuningan . huhu . Luluh hati tengok keadaan pokok tu macam tu . Rasa bersalah pulak tinggalkan pokok-pokok tu lama-lama . Mesti sangat-sangat dahaga! Sori! Sori! Sori! Tanpa berlengah mamanea terus potong semua daun-daun yang kuning-kuning tu dengan harapan ianya akan tumbuh kehijauan lepas ni . Hopefully! T_____T . Laju-laju jugak mamanea bajakan semua pokok-pokok dan siram dengan penuh kasih sayang . :(((

Itu bad story . Dalam keadaan yang letih dan sedih lagi pedih, tiba-tiba mamanea terpandang pokok cili a.k.a cabai melaka yang sedang tumbuh meninggi dengan berbunga-bunga putih . :)) . Belek punya belek tup-tup wahhhh!!!! <-- kira macam menjerit la tu sebab gembira . hahaha . Cabai melaka dah keluarrrr!!! hooyayyy!! Lompat bintang!! Nak tengok tak gambar??? Orait! Lets cekidouts!~

. Tadaaa!!! .
. nampak tak ??? . 

Hehe walaupun cabai tu baru keluar dua biji (cabai orang panggil biji ke??) telah menghappykan mamanea dua tahun! ^____^ <--senyum sampai ke telinga . Oh pokok cabaikuuu . Inilah yang dikatakan kejayaan yang sebenar . Tanam sendiri dan hasilnya keluar di depan mata sendiri . Mamanea telah beroleh kemenangan yang pertama!!!!!! Sangat berharap pokok cabai ni akan bertahan lama . Amin amin amin~

: Mamanea suka sangat-sangat-sangat-sangat dengan cili a.k.a cabai melaka!! :

Comments

Popular Posts