. Macam Mana Nak Suruh Anak Dengar Cakap? .

Assalamualaikum kawan-kawan (;

Wah-wah best sangat bangun pagi tadi rasa sejukkk saja sebab semalam hujan lebat sangat . Rasa malas sangat nak bangun pergi kerja (tapi kena bangun jugkk T___T) . Eh eh entry kali ni bukan nak cerita pasal sejuk-sejuk tu . hehe . Just nak cerita pasal semalam . 

Semalam mamanea tinggal berdua saja dengan Amnea sebab walid Amnea kena pergi Kulim iring budak-budak sekolah adakan perkhemahan . Malam baru walid Amnea balik rumah . Macam biasa la mamanea ni buat kerja-kerja rumah . Malam tu mamanea lipat-lipat baju . Si budak kecik Amnea tu duk study sorang-sorang . Ni ha duk buat kerja-kerja dia tu : 


Punya kusyuk buat kerja sampai tak nampak orang lain dah . Tapi oke lagi la sebab dia tak kacau mamanea . So mamanea pun sambung lipat-lipat baju lepas nak tergelak tengok anak dara tu buat kerja sorang-sorang . :)) . Tapi kusangkakan panas hingga ke petang . Rupa-rupanya hujan di tengah hari . hehe . Dia dah bosan buat homework, dia datang kacau mamanea pulakkk . Adeh . Kacau macam mana?? Haa meh tengok sini :


Nampak tak apa yang mamanea capture? (Tak nampak ke jari-jemari yang kecik tu?? )Haaa kalau tak nampak meh tengok yang ni pulak :

. Tadaa!! .

Tu tu duk main-main dalam almari pulak dia . Selalu sangat nak kacau mamanea kalau lipat kain baju . Ermm . Penat-penat kita susun baju-baju dia dalam almari, kejap lagi senget-senget balik . huhu . Kadang-kadang tu geram sangat sebab kita ada lagi benda lain nak dibuat, duduk lipat kain baju pun dah jadi berjam-jam kena buat dua tiga kali . Marah pun dia gelak-gelak balik dekat kita ni . 

Ada satu tabiat Amnea ni suka hisap jari . Lepas kena marah dan dia gelak-gelak tu dia terus hisap jari . Mamanea pun marah la tak kasi dia hisap jari . Lagipun dah nak masuk dua tahun pun masih nak hisap jari lagi . Jari tu pun dah berbekas dah . Dia lari dan hisap jari lagi . Mamanea pun tengok dia dengan buat muka garang macam nak marah sambil cakap :

Mamanea : "Jangan hisap jari tu Amnea! Nanti mama tak mau kawan!"
Amnea : Tersengeh-sengeh sambil duk tunjuk hisap jari lagi . 
Mamanea : "No! No! No!" <-- sambil buat tangan macam nak tampar tu . Nak tahu tak dia buat macam mana ? hehe . Meh tengok dalam gambar dekat bawah ni :

. Tu duk menyorok di sebalik kerusi sambil hisap jari .

Hok olohh macam la mamanea tak nampak dia hisap jari belakang kerusi tu . Hurmm nakal betul la Amnea sekarang ni . Geram pun ada . Nak tergelak pun ada . Nampak terhegeh-hegeh pun ada . heheheh . Amnea . Amnea . 

Satu lagi cerita time siang . Mamanea duk iron baju kerja . Amnea pulak buat aktiviti dia sendiri . Tiba-tiba maklong Amnea call . Mamanea pun letak iron dekat tempat dia tu (yang dekat iron board) dan keluar bilik untuk jawab call . Amnea masih ada dalam bilik iron tu . Time mamanea nak keluar jawab call tu, mamanea ajak Amnea sekali keluar . Tapi si Amnea ni tak keluar-keluar bilik pulak . Mula-mula ingat dia duk ralit sepahkan barang-barang walid . Lepas habis cakap dekat phone, mamanea masuk bilik tengok baikkk punya si kecik tu duk iron baju mamanea!!! Ohmakjemahhhhhhhhhhhhhh!! . Dah tu sambil sengeh-sengeh pulak dia . Yang tangan tu dah pegang iron dan letak atas baju mamanea! . Nasib baik jugak mamanea dah slowkan level heat tu . (eh betul ke orang panggil level heat?hahaha) . Dan nasib baik jugak mamanea cakap sekejap saja di phone! Kalau tidak memang berlubang la baju mamanea!!! isk . isk . Ni muka budak baru lepas kena marah sebab pandai-pandai nak main iron . huh! (time ni sempat lagi duk meneran nak poopoo . hahaha)


Marah sebab risau kalau-kalau iron panas tu terkena tangan ke terjatuh atas kaki ke . Isy bahaya betul la . Silap mamanea jugak tak dukung dia sekali keluar bilik . Adoiii . Nasib baik la tak kena apa-apa . Hurm~ Oke itu saja nak cerita . Tenkiu kepada yang sudi baca . Sekian .^_^

: Kalau walid tak ada di rumah, kelam kabut la mamanea dengan budak kecik tu . huhuhu :

Comments

Popular Posts