. Cerita Nenek .

Assalamualaikum semua (;

Semalam mamanea ada buat status pasal Amnea menyanyi lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' . Baru tadi mamanea rekod suara Amnea menyanyikan lagu tu . Banyak kali rekod sebab budak tu asyik nak main-main . Penat buat recoding dengan budak kecik ni T___T . Fuiyo dah macam composer pulak mamanea ni . hahaha . Video tu ada di bawah ni . Video mamanea edit sendiri dan masukkan rakaman suara budak kecik tu . Jom kita layan dulu . hehe . 



Dan harini mamanea nak share satu kisah di sebalik lagu "Nenek nenek" ni . Kalau ikutkan lirik lagu ni :

Nenek nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa dapat dia yang jadi

Kalau tak salah mamanea lagu ni adalah lagu dari cerita filem P.Ramlee yang bertajuk Musang Berjanggut kans? Lagu ni orang menyanyi time main permainan tutup-tutup mata di mana seorang yang akan dipilih untuk menjadi nenek dan matanya akan ditutup dan perlu duduk di tengah-tengah . Manakala yang lainnya akan pusing-pusing mengelilingi nenek itu . Selesai menyanyikan lagu nenek nenek, si nenek yang kena tutup mata ni akan mencari la mangsa seterusnya untuk dijadikan nenek . hehe . Macam gitu ler ceritanya . :))

Kalau ikut kefahaman mamanea mengenai lagu ini, maksud tersirat lagu ni macam nak seram-seram sikit . kanss? Siapa perasan?? hehehe . Sebenarnya mamanea nampak lagu ni macam seram-seram sikit sebab terpengaruh tengok cerita "Nenek Kebaya" <-- haa siapa pernah tengok cerita ni dekat TV???

Cerita Nenek Kebaya ni kan seram . Ala yang Diana Rafar berlakon tu . Yang nenek dia paksa kahwin dengan laki tua lakonan ayah Sara Raisuddin tu . Ada la kisah-kisah nenek ni kahwin dengan anak raja . Pastu ada la dendam-dendam lama . Yang seramnya cerita ni sebab the truth nenek kepada si cucu ni sebenarnya dah meninggal dunia . huhu . Mayat yang mereka jumpa pun dah reput-reput bagai . Serammm . Ee takut nak cerita banyak-banyak . 

Kalau nak relate lagu ni dengan zaman datuk nenek kita dulu, macam lagu berunsur saka saja . Di mana nenek yang mempunyai saka ni duk mencari cucunya untuk diwariskan saka tersebut . huwaa takutt!! . Wahai cucu-cucu sekalian, beware!! hahahaha. Oke oke tak mau cerita dah . Sila faham sendiri . Bye!!!!!!!!!!!

: Orang tua-tua dulu kalau melarang sesuatu mesti bersebab kan? :

Comments

Popular Posts