. Quran Kena Gunting T___T .

Posted by shukriah sharuddin at 21:33
Assalamualaikum 

Hai uols . Ingat lagi mamanea cerita pasal Amnea belajar gunting? Haa? tak pernah baca? haha . Oke-oke dan itsokee . Kalau belum baca, boleh saja cekidout bila-bila masa pun . :)) . Dalam entry tu mamanea just cerita pasal Amnea baru kenal dengan gunting dan hari-hari praktis pegang gunting dan menggunting-guntingan kans . 

Kali ni mamanea nak update yang Amnea dah pandai pun letak gunting di jari sendiri . Lepas seminggu macam tu dia praktis, terus pandai dah pegang apatah lagi mengguntinggg . hoho . Hari-hari la duk semakkan  meja study dia tu dengan kertas-kertas yang dia gunting . Itsoke sepah-sepah tu . Nama pun budak baru belajar kans . :)) . Paling teruk pun mamanea kena sapu saja la kertas-kertas tu . T__T . 

Lepas gunting tu pandai pulak datang dekat mamanea dengan bawak gam nak suruh mamanea bukak gam tu . :)) . Tapi sekali saja mamanea ajarkan cara-cara buka gam, terus dia tau buka sendiri . Tapi ada jugak kadang-kadang dia tak bole bukak sendiri sebab mamanea tutup kuat-kuat dan ketat-ketat! hahaha . Takut time kita tak tengok pun dia ambil masuk mulut ke apa . Just berjaga-jaga . 

Oke dua hari lepas mamanea jemput Amnea dari rumak tok Amnea dan terus balik rumah . Time ni walid balik lambat sikit sebab dekat sekolah walid ada latihan rumah sukan . Entah dari mana datangnya kerajinan mamanea, masuk rumah tukar baju t-shirt dan terus keluar basuh kereta . Sebelum basuh kereta tu, mamanea sediakan dekat Amnea biskut dan air solivite depan TV dengan harapan dia akan duduk diam-diam tengok TV sambil menjamu selera . Mamanea pun dapatlah mandikan kereta yang terlalu somott tu . 

Mula-mula tu mamanea ingat dia sedang bersenang-senangan depan TV la duk layan cerita kartun . Sambil duk syampu-syampu kereta tiba-tiba dengar bunyi benda jatuh dari dalam rumah . Mamanea pun intai-intai la dari luar rumah ni . Tak nampak pun budak kecik tu dekat depan TV . Erm ada la tu tengah main apa-apa . So mamanea biarkan je . Ada jugak mamanea duk panggil-panggil nama Amnea ni dari luar . Kejap-kejap nampak jugak dia keluar dari bilik study dia tu . Mamanea assume dia tengah buat homework la tu . Oke jugak dia tak nangis nak keluar ikut basuh kereta . <--kata mamanea dalam hati . hehehe . 

Oke dah selesai basuh membasuh tu, mamanea masuk rumah dengan tak tahu apa yang dah berlaku dalam rumah . Pergi dapur tengok ada botol kosong (botol susu Marigold kalau tak silap botol susu Goodday) jatuh di lantai . Dalam hati --> oowh botol ni la kot yang budak tu bagi jatuh sampai dengar ke luar rumah . Lepas tu masuk dalam bilik study Amnea . Masyaa Allah!! Ada Quran mamanea atas sejadah . Tepi Quran tu ada gunting budak kecik tu! Huh . Quran mamanea kena gunting!!!! Nasib baik la sikit saja . Tak pasal-pasal Quran mamanea ada corak-corak gunting dekat tepi-tepi . huhuhu . Mamanea marah la budak kecik tu : 

Mamanea : "Amnea gunting Quran mama ka??"
Amnea : "Ha"
Mamanea : "Sapa suruh Amnea gunting Quran mama?"
Amnea : "Amea" <--sambil duk sengih-sengih buat muka macam bangga-bangga sebab dia gunting
Mamanea : "Mama pesan suruh gunting kertas atas meja saja kan?? Kenapa Amnea tak mau dengaQ cakap mama?? <-- sambil dah buat muka super garang ni!! Geram betul dekat budak kecik ni .
Amnea : Sambil tersengeh-sengeh dan terus lari . T__________T

Time dekat rumah tok Amnea, tok Amnea cerita budak kecik tu ambil gunting sebelah tangan, ambil kain sebelah tangan . Dah action-action nak gunting ni . Nasib baik tok Amnea sempat tengok . Kalau takkkkk . hahahahaha . 

: Ermm dah pandai gunting ni semua dia nak gunting pulak :

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea