. Latihan 'No Diaper' Success!! .

Assalamualaikum wbt

Wahh baru berkesempatan nak hapdet aihh . hehe . Tarik nafass dulu . Fuhh!! Oke today nak story pasal anak dara <-- macam biasa ler . Tengok tajuk post pun dah boleh agak mamanea nak story ape kans?? 

Ya betull!Story pasal anak dara mamanea tu dah tak pakai diaper . Sebelum ni mamanea ada cuba try test tak pakai diaper dekat Amnea . Tapi weekend aje . So hari biasa masih pakai diaper . Mula try tu time Amnea nak masuk 2yo tapi on off  sebab kadang-kadang weekend keluar jalan . So memang wajib la pakai diaper kans . hehe . Dekat rumah tok pun on off jugak sebab tok cakap tak sempat nak pantau tiap masa . huhu . Kalau weekend duduk dengan mamanea, tiap saat tiap detik kena tanya nak kencing atau berak tak . hehe . Almaklumla mama Amnea ni takut kena mop satu rumah . kuikuikui . 

Latihan 'No Diaper' ni terhenti agak lama . Sebab masa <-- oke salahkan masa (sebenarnya kemalasan mamanea sendiri) haha . Tiba satu masa tu Amnea sendiri yang tak mahu pakai diaper . Bila kasi pakai aje dia tanggal . Tok pun cakap macamtu . Mungkin sebab dia rimas dan satu lagi sebab tengok kakak Aimi (sepupu Amnea)  tak pakai diaper . So tok pun layankan aje tak kasi Amnea pakai diaper . Alhamdulillah tok kata Amnea kencing dan berak di toilet . :) Kebetulan satu hari tu diaper dekat rumah tok Amnea memang tinggal satu . Tok Amnea lupa nak bagitau mamanea . So satu hari tu memang betul-betul 'No Diaper' la!! hehehe . Orang yang paling gembira dengar berita ni mestilah mamanea! Yeaaahooo!! Dah boleh save dekat diaper . Tq sayang!!! hehe . Cuma malam nak tidur aje pakai diaper <-- kalau tak pakai memang hari-hari la kena sidai tilam! hahaha . 

Tapi sekarang nak keluar pun Amnea tak mau pakai diaper . Semalam walid bawak mamanea dan Amnea ke Pekan Ahad dekat rumah maktok . Sebelum keluar memang suruh kencing dulu ler . hehe . Diaper pun spare jugak dalam beg ni takut atas kereta nanti Amnea cakap nak kencing ke nak berak ke tak sempat nak cari toilet, laju-laju la sarukkan aje diaper tu . hahaha . Nak dijadikan cerita, dekat Pekan Ahad tu, sambil jalan-jalan beli ikan bagai, mamanea tergerak nak tanya Amnea :

mamanea : "Amnea nak kencing dak?"
Amnea : nak aak! (berak ler tu)
mamanea : "haaa??nak berak??betoi ni??
Amnea : "Amnea tut . hehe " (kentut haha)

Dengan tanpa membuang masaaaa, mamanea terus jalan laju-laju ke toilet . Nasib baik ada toilet! hahahaha . Dah sampai di toilet dua-dua toilet ada orang pulakk . hahahaha . Terus pass Amnea dekat walid suruh guna toilet laki . Rupanya walid kata Amnea tak berak pun . Kencing aje . Betul ler dia cakap dia 'tut' aje . kuangkuangkuangg . Penat mamanea marathon aje tadi . Buat saspen betul Amnea ni . hahaha . Itsoke sayang take your time untuk biasakan diri :) <--untuk mamanea jugak .

So kebimbangan mamanea sebelum ni untuk ajar anak tak pakai diaper dah pun hilang . Sebelum ni selalu google cari maklumat macam mana nak ajar anak tak pakai diaper dan pada umur berapa . Ada jugak mintak petua dan cara dari kawan-kawan . Dari info yang mamanea dapat, paling awal kanak-kanak tak pakai diaper setahun lebih (selalu yang momies surirumah atau yang taska or BS tolong ajarkan) . Ada jugak yang 3yo/4yo ikut kanak-kanak tu sendiri . Kira oke la Amnea 2yo dah boleh bagitau sendiri nak kencing/berak . Alhamdulillah :) dapat lagi satu experience tentang anak . hehe . 

Sedikit cara/petua dari mamanea untuk ajar anak tak pakai diaper : ikut pengalaman mamanea dengan Amnea
  • Bagitau contoh : mamanea selalu bagitau Amnea yang kakak Aimi PANDAI kencing/berak di toilet .  Mama dengan walid pun pandai . Nanti mesti Amnea tanya : "Amnea?" <-- dia nak mamanea cakap dia PANDAI jugak :) . time ni dan-dan la nak pegi toilet bila kita cakap dia pun pandai . hehe . Kes nak puji ler ni
  • Tiap 5minit tanya : kena tanya selalu sama ada nak kencing atau tak sebabnya nak ingatkan anak supaya kena kencing di toilet
  • Ajak ke toilet : try ler ajak . sure kencing punya! haha . kadang-kadang kalau tanya tu memang jawapan 'tak' je selalu . Bila pegang tangan bawak ke toilet, 'ade' plak ye kencingnye . hehe . ikut sela masa yang sesuai ler . takkan seminit sekali nak ajak . ye dak? tunggu ler tiap setengah jam :) . Lagi-lagi lepas minum susu 
  • Jadikan rutin : Maksudnya kat sini, bila anak dah biasa tak pakai diaper, jangan pulak tiba-tiba pakai pulak . Nanti dia keliru dan lupa kena kencing dekat mana . Cuma kena cakap baik-baik,explain elok-elok . macam mamanea cakap dekat Amnea lepas makan malam : "malam-malam nak tidoq Amnea kena pakai pampers tau" . So dia akan faham . Kadang-kadang dia tanya Aimi pakai pampers?Niesa pakai pampers?Ayeen pakai pampers? Iye kan aje .  Kes nak tiru orang jugak ni . hehe
  • Pesan : Mamanea selalu pesan/tanya dekat Amnea : " kalau Amnea nak kencing/berak kena kencing/berak di mana?" Amnea : "bilik ayaq" . So kena la jawab bagi dia excited sikit macam cakap : "betulll!!! yayy" atau "pandainyaa!!!" . Confirmla sengeh-sengeh sampai pipi sebab bagi jawapan yang betul .
  • Oke actually bergantung kepada anak jugak . Lagi cepat anak pandai cakap, lagi cepat la dia pandai nak bagitau nak kencing/berak tu . Macam mana nak train anak cakap? kita sendiri kena keluarkan perkataan tu . Contoh : time kencing, cakap la yang dia tengah kencing/syusyu/syisyi atau sebagainya . kalau berak, cakap la dia tengah berak/poopoo atau bahasa yang kita nak dia kenal . Cakap ulang-ulang . So dia bolehla tau nama perbuatan tu . 
Oke itu saja yang sempat mamanea share kali ni . Rasanya dah panjang berjela sangat dah entry mamanea ni . Kang sampai muntah-muntah orang nak baca . hehe . Pada yang sudi baca tu tenkiu banyak-banyak . :) Pada yang ada anak tu, boleh la kalau nak intai-intai cara yang mamanea share tu . Sekian dulu ye . tata!~

: comel aje tengok buntut tak pakai diaper tu . hehe :

Comments

Popular Posts