. Sweet Sangat Nur Eiman Amnea .

Salam Isnin Sekali Lagi (:

Sangat sweet anak mama semalam . Mama perasan anak mama ni dua tiga hari ni selalu nak manja-manja dengan mama . Tok Ton cakap Amnea rindu dekat walid kot . hehe . Mama pun rasa macam tu . Walid tak balik minggu lepas . Kiranya dua minggu la Amnea tak jumpa dengan walid . Kesian dekat anak mama sorang ni . 

Semalam anak mama tak mahu tidur . Tiba-tiba walid call . Mama bagi Amnea cakap dengan walid . Dia senyum suka sangat . hehe . Walid pesan dekat Amnea suruh tidur sebab mama nak pergi kerja esok . Dia jawab "ha" . Semua yang walid cakap, Amnea respon . Walid suruh sayang (kiss) walid, Amnea terus kiss phone mama bagi dengar bunyi kiss . hehe . Selalu kena pesan suruh kiss bagi bunyi tapi semalam pandai je bagi bunyi siap-siap . Tergelak mama . hehe . Saaayanng anak mama !! . 

Lepas walid letak phone, Amnea terus baring sebelah mama , hisap jari dan terus tidur . Alahai kesian anak mama . Rindu nak cakap dengan walid rupanya then baru nak tidur . hehe . Tidur nyenyak sampai ke pagi . Tak mintak pun susu . Puas la tu kot dapat dengar suara walid dia . Amnea .. Amnea .. Sweet sangat! ^_^

Comments

Popular Posts