. Tudung .

Posted by shukriah sharuddin at 17:29
Salam & Selamat Pagi :)

Harini aku nak cerita pasal budak kecik tu lagi . :) . Budak kecik ni kalau kita ajak keluar rumah nak pi ronda-ronda tu memang laju ja dia . Kalau nak suruh simpan barang dia buat tak tahu plak . haha . Memang akal jenuh sungguh .

Kalau kita ajak nak keluar, suruh ja buat apa pun memang laju . Suruh ambil benda apa-apa pun laju . Sampaikan time mama dia ni duk siap-siap kan, dia kalut dah tunjuk-tunjuk tudung suruh kita ni pakai sambil kata "Mama, dung!" hahah . Kalut betul la . Mama tau la nak pakai tudung tu satgi . Adoi tak sabaQ betul la budak kecik oi . (:



0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea