. Ni Mama Ni! .

Posted by shukriah sharuddin at 18:27
Salam Rabu Yang Sejuk :)

Bestnya! Semalam hujan . Sejuk sangat dan rasa malas nak bangun pagi tadi . Tapi kena bangun jugak la sebab nak pergi kerja . hehe . Sebelum tunggu alarm bunyi pagi tadi, aku dah terjaga dulu dah . Sambil duk baring sana baring sini melayan kesejukkan tiba-tiba budak kecik tu bangun ke arah aku . Aku pun tarik la dia dan peluk . Mungkin budak kecik tu sejuk kot . hehehe . Comel ja anak mama ni mamai-mamai . 

Lepas bunyi alarm tu aku pun bangun pergi mandi . Lepas mandi tu duk siap-siap tiba-tiba muncul si budak kecik tu depan pintu bilik . "Aikk? Anak mama bangun awal? hehe" (Aku sapa budak kecik tu) Budak kecik tu senyum pastu dia masuk semula dalam bilik and baring-baring . Aku pun buat susu untuk budak kecik tu walaupun dia tak mintak . :) . 

Lepas dah siap-siap semua, aku pun ambil barang-barang nak masukkan dalam kereta . Tiba-tiba budak kecik tu bangun and keluar dari bilik . Siap bawak kain dia tu . Time aku buka grill dan keluar nak masukkan barang dalam kereta, budak kecik tu panggil aku sambil tunjuk kereta kecik dia tu . Dia cakap "Ni mama!" . "Ya satgi mama ambik . Mama letak beg ni dulu tau" . Tak sempat aku nak ambil kereta kecik dia tu, dia siap ambil dah letak depan pintu . hehe . Nak bawak kereta kecik dia tu pergi rumah tok . Ala sayang mama ni pandai la . Selalunya mama tak bawak . Harini dah dia bangun awal, dia pesan la suruh bawak . Selalu dia lena bila angkat masuk kereta . hehe . :) . Jangan berebut dengan kakak Aimi sudah la nanti . Tak pasai-pasai nanti Kakak Aimi tak mau kawan sampai esok . ^_^y

0 comments:

Post a Comment

 

~ diarimaya.mamanea ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea